Rasa Ayam Black Pepper Ini Seperti Di Kedai. Ikut Resipi Ni Memang Gerenti Sedap.

Share

Ayam masak lada hitam memang menjadi kegemaran ramai. Pastinya akan bertambah nasi.  Biasanya jika beli di kedai harganya memang agak mahal. Namun, menariknya, perkongsian ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat hidangan ini.

Jika rasa teringin boleh cuba memasaknya di rumah. Rahsia rasa ayam lemak dan lembut, apabila beberapa ketul butter diletakkan pada ayam semasa proses membakar.

Untuk membuat perapan kena ikut sukatan yang diberikan.

Ikuti resipi ini.

Resipi Ayam Black Pepper.

Bahan-bahan:
Peha ayam 2
Bawang merah 3-4 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1 inci*
Sos Tiram 1 1/2 sudu*
Sos lada hitam 1 sudu*
Garam*
Lada hitam 1 sudu*
*Dikisar

Perapan: 
Perap ayam 1 jam
Bakar ayam 180•c
Dalam 45 minit
.
Isi kentang kalau suka. Sedikit butter letak sedikit di atas ayam.

Dua ketul peha ayam
Kisar perapan
Perapan ayam sebelum bakar
Butter di letak di atas ayam untuk rasa lebih lemak

Memang sedap! Selamat mencuba

Kredit: Yuhanes Kamaludeen