
Ayam masak lada hitam memang menjadi kegemaran ramai. Pastinya akan bertambah nasi. Biasanya jika beli di kedai harganya memang agak mahal. Namun, menariknya, perkongsian ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat hidangan ini.
Jika rasa teringin boleh cuba memasaknya di rumah. Rahsia rasa ayam lemak dan lembut, apabila beberapa ketul butter diletakkan pada ayam semasa proses membakar.
Untuk membuat perapan kena ikut sukatan yang diberikan.
Ikuti resipi ini.
Resipi Ayam Black Pepper.
Bahan-bahan:
Peha ayam 2
Bawang merah 3-4 biji *
Bawang putih 3 biji *
Halia 1 inci*
Sos Tiram 1 1/2 sudu*
Sos lada hitam 1 sudu*
Garam*
Lada hitam 1 sudu*
*Dikisar
Perapan:
Perap ayam 1 jam
Bakar ayam 180•c
Dalam 45 minit
.
Isi kentang kalau suka. Sedikit butter letak sedikit di atas ayam.




Memang sedap! Selamat mencuba
Kredit: Yuhanes Kamaludeen
Cara Ringkas & Cepat Nak Simpan Daun Pandan Agar Kekal Beraroma

Pemilihan daun pandan yang segar sangat penting untuk digunakan di dalam masakan bagi memastikan hidangan yang dimasak beraroma wangian pandan. Pun begitu, dalam mengekalkan kesegaran daun pandan ketika disimpan untuk tempoh masa yang lama, bukanlah semua maklum kaedahnya!
Jika tidak tahu gayanya, daun pandan yang diletakkan di dalam peti sejuk sekali pun akan layu dalam tempuh kurang daripada tiga hari dan hilang aromanya.
Sebenarnya ada 2 cara yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan daun pandan ini agar kekal beraroma dalam tempoh yang panjang. Malah jika dipraktikkan, akan memudahkan anda untuk menyediakan bahan masakan yang menggunakan ramuan pandan di dalam resipinya.

[su_highlight background=”#dbf67c” color=”#04030f”]Kaedah 1 :[/su_highlight]
Masukkan daun pandan di dalam beg plastik dan kemudian ikat kemas. Setelah itu, barulah disimpan di dalam peti sejuk dan tempatkan di bahagian penyimpanan sayur-sayuran.
[su_highlight background=”#f6e67c” color=”#04030f”]Kaedah 2 :[/su_highlight]
Jadikan pati pandan. Berikut cara membuatnya :
- Daun pandan dicuci bersih.
- Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus.
- Tapis dan ambil pati pandan tersebut.
Mudah sekali bukan? Bila kita sudah tahu trik untuk memastikan pandan yang disimpan kekal beraroma, tentu sahaja tidak menjadi kerisauan di hati setiap kali ingin memasak menggunakan pati pandan. Kata mudahnya, stok pandan sentiasa ada!
Pun begitu, dalam berkongsi tentang cara penyimpanan pati pandan ini selain biasanya dimasukkan di dalam bekas berpenutup. Ada satu cara yang dilihat sedikit berbeza, mudah dan ringkas. Malah turut menjimatkan ruang penyimpanan makanan di dalam peti sejuk. Ini telah dikongsikan oleh Shaz Abdul di dalam fbnya.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku.”
Pati pandan yang dibekukan ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk dijadikan ramuan kek, kuih muih dan sebagainya. Selamat mencuba!
Cara Buat Asam Pedas Berempah Terlajak Sedap Versi Orang Melaka. Kuah Pekat Secukup Rasa, Memang Padu!

Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Menu ini antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak.
Apa kata untuk menu berbuka petang nanti, ibu-ibu cuba buat asam pedas untuk hidangan seisi keluarga.
Asam pedas ni mcm2 versi… ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..
Bahan-bahan
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu.
5. Renihkan seketika lalu masukkan bendi.
7 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut.
8. Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak.
9. Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta.
Kek Oren Lembap Sedap & Mudah Dibuat, Gebu Pula Tu. Hanya Guna Sukatan Cawan, Boleh Dikukus Atau Dibakar. Wanita Ni Kongsikan Rahsia Kek Tetap Moist!

Untuk minum petang hari ini mungkin ibu-ibu boleh cuba Sunquick Moist Cake ini. Nampak sedap dan mudah sahaja dibuat hanya guna sukatan cawan. Nak tahu caranya, jom admin kongsikan resipi dari puan Irma Sheky.
Bekalan utk sminggu, buat 3 adunan dptlaa 9 tupperware nii, 1 kg gandum jer tuupun ada lbh lg 1 cwn nii. Dh biasa mkn benda sama bminggu berbln, ikut kudrat & rezki sambil jimat petrol n bajet mbeli. Mkn panaspun sdp, sejuk dr fridgepun sdp, buat simple2 jerrr…..
SUNQUICK MOIST CAKE
Hasil Tangan iR ~HATii~
BAHAN2 :
– 3 cwn tepung gandum
– 1 st baking powder
– 1 st soda bikarbonat
* satukan ketiga2 bahan, gaul2kan skjap & ayak.
– 4 biji telur A @ 5 biji telur B
– 2 sb parutan kulit buah sunkist
– 1/2 cwn sunquick (perisa OREN)
– 2/3 cwn gula
– 2/3 cwn susu pekat manis
– 1 cwn minyak sayur @ minyak masak
– 1 cwn air panas
– sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren.
* blh krg @ lbhkan sesudu dua gula @ susu jk nk lbh @ krg manisnya.
CARANYA :
* stlh pecah telur, buangkan tali pusatnya spy kek tak hanyir, so x guna esen vanilla pun xperr.
– Pukul telur + gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
*dh siap pukul sampai gula hancur so dh ready utk masukkan tepung
* masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau2kan
* kacau2kan adunan tepung hingga mesra smuanya.
*Jika adunan agak makin likat & berat blh terus campurkan dgn minyak, selang selikan dgn tepung, sambil2 dikacau buat hingga habis tepung & minyak.
- Boleh terus campurkan susu pekat & kacau2
- Terus tuangkan air panasss berasapp2 ke dlm adunan, kacau bg padu mesra
- Apabila adunan dh smooth & x bketul terus taruk sunquick
- letakk pewarna jg kulit limau sunkist & pukul lg* saya prefer pewarna debu
- pukul laju2 hingga bgabung padu smua bhn * masa nii adunan pun dh mula naikkk & sedikit berbuih
- Kacau dengan tangan atau pukul dgn mixer kasi smooth yerr…bila dh cengginiii cantikkk dh x berketul dh so ready to cook.
- Isikan separuh @ 1/2 dr tinggi acuan, pastu terus kukus, jk nk bkr pun blh tp jgn plak guna tupperware nii gantilaa dgn tray, terbakorrr habisss makkk hahaa….
- Kalau sekali kukus naik dua bekas gini, dimasak lbh krg 25 – 35 minit @ hingga bila dicucuk lidi d tghnya xder melekat lg * api bsr yerr.
siapppp…
* saya x tutuppun tupperware tu masa dikukus..tp make sure jgn terlbh lama masanya nnti menitikk air atas kek dh x cantikk.
DONE SUNQUICK MOIST CAKE
* Sukatan satu adunan di atas utk sebiji kek bersaiz 8″x8″ @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (spt bekas dlm gmbr saya nii)
* UTK DIKUKUS :
jika guna tupperware plastik tahan panas mcm gmbr nii blh terus tuang & kukus dgn api bsr lbh krg 25 – 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus).
* UTK DIBAKAR :
alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak & bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray kek dgn tray berisi air.
– cucuk dgn lidi tgh kek, jk kuar x melekat ok siapp utk diangkat n Ready To Deco juga.. kot2 utk buat jualan, utk buat hadiah dsbgnya yerrr….
* kek nii xder pengawet so, saya terus simpan fridge utk thn lbh lama yerr.. tp make sure disimpan dlm bekas tertutup spy still moist.
* jk nk deco wv cream cheese blh krgkan sikit manis kek nii yerr, InsyaAllah wp dikurangkn sesudu dua gula @ susu kek still soft so don’t worry….
‘PRAKTIKKAN JIKA BERMANFAAT,
ABAIKAN JIKA BAWA MUDARAT’……
Slmt Mengekek…..