Bila heboh di media sosial berkenaan harga ikan siakap di sebuah restoran boleh mencecah hingga ribuan ringgit perlu di bayar oleh pelanggannya, hal ini tentunya ada yang berasa risau juga untuk membuat pesanan ikan siakap di restoran ketika makan bersama-sama keluarga tercinta. Takut terkena, insiden yang sama!
Pun begitu, memetik laporan berita di Utusan Malaysia buat peminat masakan berasaskan ikan siakap di negara ini tidak perlu risau kerana spesies tersebut masih lagi berada dalam jajaran harga rendah di pasaran domestik.
Photo by Kat_ G on Unsplash
Demikian laporan harga purata runcit diterbitkan secara mingguan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang memaparkan siakap adalah lebih murah berbanding ikan jenis lain.
Berdasarkan tinjauan menerusi laman sesawang rasmi agensi itu pada hari ini, harga spesies tersebut hanya RM19.59 bagi setiap kilogram direkodkan sepanjang minggu ketiga bulan lalu.
Untuk harga minggu pertama bulan ini, LKIM belum lagi mengemas kini tetapi jika dilihat trend ikan tersebut sepanjang Oktober lepas, harganya berlegar sekitar RM19 sekilogram sahaja.
Secara congak mudah, harga siakap hanya menokok sebanyak RM1 berbanding September sebelumnya iaitu langsung tidak banyak berubah pun daripada minggu pertama Januari lepas.
Bawal Putih Paling Mahal
Sebaliknya, laporan LKIM pada minggu ketiga Oktober itu menunjukkan harga ikan paling mahal di negara ini kekal dipegang bawal putih iaitu RM43.23, diikuti ikan merah RM30.11.
Seterusnya tenggiri batang dengan harga runcit RM28.68 disusuli kerapu (RM26.38), bawal hitam (RM25.96) dan kemudian siakap yang mahal sedikit daripada tilapia merah (RM13.98).
Ads
Setakat ini, rekod LKIM menunjukkan ikan paling murah di Malaysia terus disandang keli iaitu RM8.06 sekilogram diikuti selayang (RM9.57), cencaru (RM9.77) dan aya kurik (RM10.10).
Ikan popular rakyat negara ini iaitu pelaling pula masih lagi stabil iaitu RM10.17 sekilogram disusuli kerisi (RM12.41), selar kuning (RM12.72), selar (RM13.69) dan kembung (RM13.83).
Photo by CHUTTERSNAP on Unsplash
Semalam, Utusan Online melaporkan nasib sekumpulan pelanggan yang terkejut dikenakan caj RM1,196 bagi seekor siakap dimasak di sebuah restoran terapung di Langkawi, Kedah.
Namun pemilik premis makanan laut itu menjelaskan ia memang harga sebenar ikan seberat 7.5 kilogram tersebut bahkan telah memaklumkan mengenai caj ada dinyatakan dalam menu.
Ikan berkenaan malah diternak selama 11 tahun dengan hanya diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya bahan dedak lazim seperti di kebanyakan sangkar ikan komersial lain.
Harga yang dipaparkan LKIM itu juga adalah tidak jauh beza daripada statistik diterbitkan Jabatan Perikanan Malaysia untuk harga secara purata ikan tersebut sepanjang tahun lalu.
Ads
Agensi itu memaklumkan bahawa nilai runcit pengeluaran akuakultur ikan air payau tersebut pada tahun lepas ialah RM403,390,470 daripada keseluruhan 23,033 tan metrik dihasilkan.
Ini bermakna secara matematik, sekilogram siakap dijual pada harga RM17.51 dengan Pulau Pinang kekal paling banyak ikan ini dikeluarkan diikuti negeri jirannya, Perak dan Kedah.
Juga disebut kakap putih, ikan yang kaya khasiat ini dengan nama saintifiknya Lates calcarifer merupakan pemangsa, manakala spesies kecil pula amat popular dijadikan ikan akuarium.
Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.
Ia merupakan salah satu hidangan istimewa dan simbolik dalam masyarakat Melayu. Ia sering dihidangkan untuk majlis tertentu seperti perkahwinan, cukur jambul, akikah, berkhatan dan tahlil. Selain itu, pulut kuning juga dikenali sebagai ‘Pulut Semangat’ untuk diberi kepada anak-anak nak berkhatan atau pengantin baru.
Malah ada sesetengah pendapat mengatakan pulut kuning ini berasal dari istana dan merupakan makanan raja-raja. Warna kuningnya dikaitkan dengan warna yang digunakan oleh keluarga diraja.
Apa jelas, keenakan pulut kuning ini menjadikan ia trending hidangan dikalangan kita hari ini. Ia menjadi makanan harian sebagai sajian sarapan pagi, berbuka puasa dan sambutan hari raya yang enak dimakan dengan rendang, kari atau sambal tumis.
Jika dahulu cara membuatnya agak sukar seperti kena rendam semalaman, ada yang lembik atau hangit. Namun kini, ada cara mudah nak masak pulut, hanya menggunakan periuk nasi elektrik atau rice cooker. Confirm tak hangit dan lebih pantas!
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
CARA PENYEDIAAN:
Bahan-bahan: Beras pulut, kunyit, garam, gula, minyak masak dan santan dan daun pandan
1.Basuh beras pulut 300gram dan & tos air. Tidak perlu rendam.
Cendol, merupakan minuman yang cukup popular dan menjadi treadmark sepanjang masa. Rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman cendol punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni. Mana tahu, bermula dengan suka-suka untuk menyediakan cendol untuk keluarga, menjadi titik tolak bermulanya langkah anda untuk berniaga dan seterusnya menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan di masa akan datang.
Jom semak bagaimana cara penyediaannya.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Penangan bulan puasa kali ini memang dasyat betul. Semakin banyak resipi menarik dan kreatif telah dikongsikan oleh masyarakat Malaysia. Spicy orange chicken, menu yang menggunakan buah oren ini kelihatan sangat sedap. Rasanya yang mempunyai kombinasi pedas dan manis ini memang sesuai dimakan oleh warga emas dan kanak-kanak.
Resipi yang dikongsikan oleh @imannrashidd ini amat mudah kerana menggunakan ayam segera sahaja. Tambahnya lagi, buah oren yang digunakan dalam harus cari yang manis dan menu ini juga menggunakan madu sebagai pengganti gula.
Menarik bukan? Tak kenal maka tak cinta. Jadi, jika anda mahukan kelainan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Spicy Orange Chicken
Bahan-bahan:
Ayam segera
3 biji oren
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
1 sudu kicap
1 sudu sos cili
Minyak bijan
Madu
Bancuhan tepung jagung
Cara Penyediaan:
– Perahkan 3 biji oren ke dalam mangkuk.
– Tumiskan 3 ulas bawang putih yang sudah dicincang bersama 3 tangkai cili kering yang dipotong. Kemudian, masukkan air oren yang telah diperah tadi.
– Masukkan sedikit parutan kulit buah oren.
– Masukkan 1 sudu kicap, 1 sudu sos cili, sedikit minyak bijan, madu secukup rasa dan sedikit bancuhan tepung jagung.
– Kemudian masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan taburkan sedikit bijan. Siap dihidang.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.