
Dah fikir menu untuk esok, atau masih buntu? Inilah dilema ibu-ibu kan bila nak sediakan juadah untuk seisi keluarga, baik sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.
Okey,hari ini admin leraikan kebuntuan, jom cuba resipi mudah yang dikongsikan oleh puan Nurul Ateekah ini. Selamat memasak esok. Simple tapi sedap!
AYAM GORENG SERAI THAI@FRIED CHICKEN LEMONGRASS THAI
Tak boleh NaK berenti makan😊Yang penting makan bersama sayur kailan belacan Dan telur Mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati KESEDAPANNYA😊
Bahan-bahan
500 gram isi ayam dipotong kecil(dicuci bersih)
2 batang serai(dipotong 2 cm Dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu )
2 sudu besar sos tiram Belian online DI SINI
1 sudu besar sos ikan Belian online DI SINI
1 sudu kecil gula Belian online DI SINI
2 sudu besar tepung jagung Belian online DI SINI
5 helai daun limau purut dihiris
Bahan ditumbuk@dikisar halus Tanpa air
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam Belian online DI SINI
5 ulas bawang putih Belian online DI SINI
Cara membuat:
1)sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam Dan kesemua bahan(KECUALI DAUN LIMAU PURUT),Serta bahan Yang dikisar halus.gaul sebati Dan perapkan paling kurang selama 30 minit
2)panaskan minyak,agak2 boleh tenggelam Kan ayam apabila digoreng nanti.
3)masukkan ayam Dalam kuali panas Dan goreng sehingga keperangan.
4)apabila ayam Sudah masak,angkat Dan masukkan kedalam bekas Serta taburkan daun limau purut Yang telah dihiris tadi.ratakan ayam bersama daun limau purut
5)Dan siap untuk dihidang
Credit : Fb Nurul Ateekah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Begini Cara Betul Simpan Daun Pisang Jika Nak Kekal Hijau, Segar & Tahan Lama Sampai 2 Bulan!

Biasa kan makan nasi lemak yang mana pelapiknya menggunakan daun pisang. Bukan sahaja selamat digunakan, malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil, Ramai Wanita Tak Ambil Kisah, Dengar Apa Kata Doktor Ini!

Selepas disahkan mengandung, kebanyakkan wanita sentiasa memperkatakan mengenai ketakutan untuk melalui proses bersalin. Tak ramai yang membincangkan mengenai proses kehamilan yang membimbangkan.
Sedangkan mereka terpaksa melaluinya pada tempoh waktu yang lama iaitu selama sembilan bulan. Bukankah ini lebih merisaukan?
Menurut Doktor Norintan Zainal Shah daripada Hospital Colombia Asia, dianggarkan lebih 8 peratus wanita hamil mengalami masalah penyakit darah tinggi ketika bersalin. Dan lebih bertambah buruk lagi, jika tekanan darah tidak dikawal, boleh menyebabkan masalah sawan.
Sawan inilah yang kita namakan sebagai eklampsia. Wanita yang mengandungkan anak pertama lebih berisiko untuk mengalaminya.
“Tak ramai wanita hamil terfikir untuk berbincang mengenai masalah darah tinggi ketika mereka hamil sedangkan hakikatnya mereka sangat cenderung untuk mengalami masalah ini. Lebih buruk lagi masalah yang dianggap biasa ini boleh mengundang risiko paling berbahaya, hingga menggadaikan nyawa.
“Eklampsia merupakan masalah yang sangat serius. Ia berlaku selepas usia kehamilan mencecah 20 minggu. Sawan yang dinamakan sebagai eklampsia ini merupakan kekejangan otot diluar kawalan dan tanpa disedari oleh pesakit. Sawan yang dikenali sebagai ‘kejang tonik-klonik’ ini, jika tidak dikawal dengan segera, pesakit boleh berisiko untuk mengalami koma.
Sebelum berlakunya eklampsia, pesakit selalunya mengalami pre eklampsia. Pre-eklampsia adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang wanita hamil didapati meningkat dengan tinggi dan air kencingnya juga mengandungi protein.
Kedua-dua masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana wanita hamil yang mengalami masalah ini perlu dirujuk sesegera mungkin ke hospital, bagi menstabilkan tekanan darahnya. Apabila pesakit menjadi stabil, doktor kemudiannya akan berbincang untuk melakukan proses melahirkan bayi pesakit pre – eklampsia ini walaupun bayi belum mencapai tempoh matang.”
Menurut Doktor Norintan, wanita yang menghidap penyakit darah tinggi sebelum hamil dinasihatkan untuk menstabilkan tekanan darah mereka terlebih dahulu dengan kawalan ubat dan pemakanan yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk hamil.
Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum hamil lebih berisiko untuk mengalami pre eklampsia dan eklampsia.
Faktor-Faktor Eklampsia
Bagi wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sewaktu hamil ( usia kehamilan 20 miggu ke atas) tetapi ujian air kencing adalah normal ( tanpa kehadiran protin), golongan ini lebih dikenali sebagai ‘pregnancy induced hypertension’ atau ringkasnya PIH.
Pesakit PIH selalunya boleh mengawal tekanan darah tinggi dengan memakan ubat dan boleh menunggu hingga bayi matang sebelum bayi tersebut dilahirkan.
Faktor-faktor terjadinya PIH, pre-eklampsia dan juga eklampsia dilihat masih samar dan masih belum diketahui punca sepenuhnya terjadi masalah ini. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tekanan darah akan mula menurun dan kembali ke tahap normal.
Daripada sinilah timbulnya teori bahawa bayi dan uri di dalam pesakit PIH dan pre eklampsia menghasilkan bahan toksin yang mencetus kenaikan tekanan darah tinggi. Setelah kelahiran bayi dan uri, serta keluarnya bahan toksin, tekanan darah secara automatik akan kembali stabil.

“Tanda-tanda para ibu hamil yang mengalami pre-eklampsia ini di antaranya adalah kenaikan tekanan darah, berat badan naik mendadak, pengeluaran protein dalam air kencing, bengkak di kaki dan wajah, gangguan atau penglihatan sedikit kabur, pandangan silau dan juga masalah sakit kepala seperti pening, mual, muntah dan juga sakit ulu hati.
Kebiasaannya gejala dan tanda ini muncul pada kehamilan trimester kedua. Jika mengalami masalah ini, wanita hamil dinasihatkan untuk segera ke klinik dan mendapatkan bacaan tekanan darah atau terus merujuk masalah ini kepada hospital.”
Kesan Eklampsia
- Menjadi koma atau maut akibat pendarahan dalam otak.
- Setelah sedar dari koma, berkemungkinan buta atau lemah anggota seperti pesakit angin ahmar.
- Bayi dalam kandungan menjadi kecil dari segi perkembangannnya.
- Berlaku pendarahan dalam uri (Abruptio placenta)
- Bayi terpaksa dilahirkan pra-matang bagi menyelamatkan nyawa ibu.
Ibu hamil dinasihatkan sentiasa mengambil ubat-ubatan pada kadar yang disyorkan dan teratur seperti yang disyorkan oleh doktor untuk mengawal tekanan darah ini. Walaupun setelah melahirkan anak, bacaan tekanan darah juga hendaklah sentiasa dipantau kerana eklampsia masih boleh berlaku di dalam tempoh berpantang.
“Anak Istimewa Lebih Mencabar. Perlu Ajar Lebih Kerap.” Ibu Ni Kongsi ‘Period Kit’ Buat Anak Perempuan, Lengkap Arahan Bergambar

Apabila anak-anak perempuan menginjak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh, banyak perubahan yang berlaku. Antaranya didatangi haid. Bagaimana agaknya persediaan untuk mereka, terutama apa yang patut dilakukan apabila mula datang haid.
Sebagai ibu, tugas dan tanggungjawab menerangkan tentang haid sudah semestinya dipersiapkan di dalam diri kerana lambat atau cepat, anak perempuan anda pasti akan melalui proses ini.

Puan Syahirah Omar dalam facebooknya berkongsi tentang period kit buat anak perempuan. Lebih istimewa lagi, perkongsian tersebut juga menumpukan pada anak istimewa yang pastinya bakal melalui fasa yang sama seperti anak perempuan lain.
Pagi ni aku nak share tentang period kit buat anak perempuan kita.
Aku tak pasti mak mak lain buat macamana, tapi aku nak kongsikan persediaan untuk anak perempuan kita yang bakal melalui period buat kali pertama.
Memandangkan anak aku anak istimewa, effort tu kena lebih sikit.Persediaan tu aku dah buat beberapa tahun lepas. Aku gunakan kaedah social story untuk ceritakan pada dia apa yang dia perlu lakukan kalau tiba tiba period kali pertama di sekolah.
Aku sediakan period kit yang mengandungi
– pad
– underwear
– plastik bag sampah eco
– calendar, pen dan note book
– hand sanitizer
– baby wipes
– print kertas arahan step by step dibawah.
Isikan di dalam satu bag berzip yang mudah untuk dibawa kemana saja.
Aku kongsikan social story buat anak aku ya.
Maaf jika dalam Bahasa Inggeris.
What to do when you get your first period?
1. You may have noticed some spots of blood in your underwear.Don’t panic! The blood might be red, brown, or even blackish.
2. Keep calm, tell your mom or class teacher ( whisper in her ear)
3. Get your period kit and go to the toilet.
4. Unwrap the pad, remove the backing to expose the sticky side of the pad.
5. Center the pad in the middle part of your underwear. Pull up your underwear.
6. Keep your dirty underwear in a plastic bag.
7. Wash your hands.
8. Mark the date on your calendar.
9. Change your pad every 3 to 4 hours. ( sooner if you have a really heavy flow)
Arahan ini, boleh dijadikan dalam bentuk bergambar. Tak semua anak suka arahan dalam bentuk bertulis. Print dan masukkan di dalam period kit tadi . Maklumkan pada guru kelas yang kita sudah sediakan period kit dalam beg sekolah anak.
Setiap anak kita berbeza level kefahaman mereka. Seeloknya kita tunjukkan bagaimana untuk gunakan pad dengan cara yang betul. Bagaimana untuk basuh, bagaimana untuk buang.
Untuk anak istimewa, lebih mencabar. Mak mak perlu ajar anak dengan lebih kerap. Tuang sedikit pewarna merah di seluar dalam dan pad, tunjuk pada anak dan latih anak. Rutinkan mereka supaya walaupun mereka tidak bertutur sekalipun, mereka akan cuba ikut apabila dirutinkan.
Ceritakan pada anak, yang mereka perlu jaga aib mereka apabila datang haid. Bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Ceritakan juga mereka sudah wajib untuk solat dan menutup aurat. Cuma, rutin solat dan menutup aurat tu perlu dibuat sejak mereka kecil lagi bukan selepas didatangi haid.
Ceritakan yang akan berlaku perubahan pada diri mereka. Contohnya perubahan pada buah dada, private part, ketiak.
Ceritakan juga berapa hari kitaran haid, apa yang mereka tidak boleh lakukan sepanjang haid, dan apa yang akan berlaku jika mereka melakukan hubungan sex setelah di datangi haid.
Jangan malu untuk ceritakan pada mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila mak ayah tak berceritalah mereka mula mencari jawapan sendiri dan perasaan ingin mencuba tu meluap luap.
Ok, aku izinkan untuk share. Semoga bermanfaat.
-Syahirah Omar
Mak anak istimewa.