Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Waffle Anti Gagal, Mudah Dan Pantas. Confirm Anak Suka!

Share

Para ibu semestinya pening fikirkan menu snek untuk anak-anak kan? Menu waffle sangat sesuai dan sangatlah mudah untuk dibuat di rumah.

Rangup di luar lembut di dalam, resipi yang dikongsikan oleh @ummisyahirah_

ini memang digemari oleh anak-anak. Makan panas-panas memang sedap!

Waffle

Bahan-Bahan:

  1. 2 biji telur
  2. 3 sudu gula
  3. 1 sdk esen vanilla
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. 2 cawan susu full cream/ susu cair
  6. 1 sdk baking powder 1/2 sdk baking soda
  7. Garam secukupnya 1/4 cawan minyak masak
  8. Coconut waffle (kalau ada)
  9. 2 sudu tepung jagung

Cara-Cara:

– Pukul telur bersama gula dan esen vanilla.

– Masukkan tepung gandum, susu cair/full cream, baking powder, baking soda dan garam secukupnya.

– Masukkan minyak masak, coconut waffle,

– Waffle maker tak perlu sapu minyak, nanti texture jadi lain.

– Lepastu boleh panaskan dulu waffle maker, baru tuang adunan.

Sumber: @ummisyahirah_