Setiap rumah pasti ada simpan stok roti lagi-lagi bulan Ramadan ni supaya senang jika terlambat bangun sahur. Biasanya roti dimakan kosong ataupun bersama jem sahaja, tetapi kali ini ada resipi best yang pastinya dapat menambah selera anda.
Resipi jejari roti goreng bersalut tepung yang dikongsikan oleh Norhayati Hashim ini sangatlah mudah dan cepat. Bukan itu je, resipi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan atau kurang selera makan terutama waktu sahur. Tak rugi kalau anda cuba.
Jejari Roti Bersalut Tepung Bestari
Bahan-bahan:
- Roti gardenia
- Tepung pilihan hati. Tepung bestari(asli). Nak guna yang spicy/blackpaper pun boleh.
Cara Penyediaan:
– Buat bancuhan tepung basah atau kering dan asingkan. Kalau guna tepung bestari ni telur ta perlu tambah. Dah cukup semua dalam tepung tu, garam perasa bagai pun tak perlu.
– Masukkn roti dalam tepung basah dan salut sebati. Letak pulak tepung kering, gaul-gaul rata biar semua roti kena.
– Goreng lah sampai warna brown. Angkat dan tos minyak pada tisu dapur tu.
– Siap. Jom cari sos. Yumeh!
Selamat Mencuba
Sumber: Norhayati Hashim
Tomyam Makin Umphh Kalau Patuhi 8 Perkara Wajib, Gerenti Sedap Lagi Terangkat!
Tomyam antara menu yang paling mudah disediakan di bulan puasa. Jimatkan masa memasak dan paling pantas untuk disediakan.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Rupanya Guna Air Sejuk, Ais & Garam Kasar Lagi Cepat Bersihkan Kerang Dari Berus Pakai Tangan. Wanita Ni Kongsi Caranya
Sedapnya makan kerang bakar, cicah pula dengan sos ala thai manis-manis pedas. Memang menyelerakan. Atau boleh juga dibuat rebus, letak serai cili dan bawang. Sudah membuka selera.
Tapi, bab nak mencuci tu ambil masa sikit. Apa tidaknya, permukaan cengkerang yang tidak sekata menyebabkan ia mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara cuci cengkerang ini.
Perkongsian video dari puan Norhilyani Harun menerusi MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL boleh membantu ibu-ibu untuk mencuci kerang dengan dengan mudah dan cepat.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari.
Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Tip Lembutkan Laksa, Rebus Tak Sampai 10 Minit
Ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa tanpa perlu rebus lama. Hanya rebus 10 minit sahaja. Orang utara mungkin sudah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang belum tahu.
Tip Lembutkan Laksa
Makan laksa memang sedap tapi ramai tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa yang mengambil masa lama. Jadi selepas ini tiada lagi alasan malas untuk masak laksa. Suzana Saad ada petua bagaimana nak lembutkan laksa dengan cara yang cepat.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu:
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, bila-bila terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Rebus Tak Sampai 10 Minit
Ini caranya:
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun sudah cukup.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api dan tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama satu jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Sumber: Suzana Saad
Artikel berkaitan: Laksa Mee Pangkor Original, Ini Resipi Macam Mana Nak Masak