Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Irfan Haris membuktikan dia mampu cemerlang dalam pelajaran apabila muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik program Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU.
Irfan atau Ifran Haris Othman, 20, berkata, dia bersyukur dengan pencapaian tersebut dan menganggap ia hadiah paling bermakna buat kedua ibu bapanya.
“Saya rasa sangat gembira kerana menerima anugerah ini dan ia adalah hadiah buat mama dan abah,” katanya. Irfan berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram dan turut memuat naik beberapa foto pada Majlis Konvokesyen Universiti UOW Malaysia KDU yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.
Perkongsian kejayaan Irfan Haris mendapat pujian peminat. Penyanyi lagu Redha tersebut turut memuat naik gambar mencium ibu bapanya yang turut hadir pada majlis berkenaan.
“Secara rasminya, saya telah tamat diploma,” tulisnya pada unggahan tersebut.
“Akhirnya, tahniah Irfan dapat anugerah pelajar terbaik! Awak memang layak mendapatnya dan saya bangga menjadi rakan awak,” komen pengikut di Instagram.
Tahniah Irfan Haris, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat para peminat dan juga artis yang lain.
Sumber : MStar
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club