Ramuan Rempah Nasi Arab, Buat Sendiri Lagi Terjamin Keaslian Rasanya!

Share

Menyediakan menu istimewa untuk keluarga tercinta, tentunya nasi arab boleh dijadikan pilihan.

Pun begitu, untuk pastikan nasi arab yang ingin dimasak enak rasanya, pemilihan rempah atau pes nasi arab amat penting untuk mendapatkan keaslian rasa.

Dipasaran memang banyak pilihan pes, namun kita tidak pasti mana satu memberikan keaslian rasa nadi arab sebagaimana yang diingini.

Jadi, nak selamat daripada tersalah pilih, apa kata kita sendiakan sendiri rempahnya sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.


Hari ni sis nk kongsi cara buat rempah kabsah atau rempah nasi arab..

Sis buat siap2.. Nnt raya boleh sis masak nasi arab ni utk ank2..Utk sekilo beras cuma guna 3 sudu besar jer rempah.. Yg lebih boleh di simpan..

Bahan-bahan :

2 sudu besar ketumbar..
1sudu besar lada..
1 sudu besar bunga cengkih..
1 sudu besar jintan manis..
Jintan putih
1 sudu besar buah pelaga

Cara penyediaan :

1. Sangai semua bahan rempah dan dikisar. Kemudian campurkan dengan dgn 1 sudu besar serbuk kunyit dan 1 sudu besar serbuk cili.

 

2. Gaul sebati.

 

3.Ambil 3 sudu besar untuk 1 kg beras.

sumber : Nurzaleha Umar via MAHN