Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Rasa berbaloi penat apabila dapat merasai hasil sendiri.
Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama. Lepas ni tak perlu lagi nak beli atau merungut harga sayur semakin mahal. Tanam sendiri lebih baik, Selain menjimatkan, ia juga dapat membantu anda menjaga kesihatan kerana tidak menggunakan bahan kimia seperti mana sayur di luar sana.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Izham Alias berkongsi tip dalam menghasilkan ramuan rahsia campuran tanah untuk tanaman sayur. Ayuh kita cuba!
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Ads
Tanah Atas
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan Organik
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Ads
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Tambahan
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Ads
Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Asyik guna roti putih je untuk buat puding, apa kata hari ni kita tukar pula. Resipinya masih sama iaitu puding roti tapi kali ini kita gunakan pula biskut kering.
Resipi puding biskut ini dikongsikan oleh puan May Bunga.
Puding Biskut 4 bahan je sebenornya biskut kering tu dibu beli sebelom PKP lagi lama sgt tgk xterusik jadi mari idea nak buat kuih puding biskut! haaaaa jadi la puding biskut 😍 -biskut kering xkisah brand apa Kalau xde biskut kering boleh juga ganti dengan biskut marie
-milo/serbuk koko -susu -telur
Bahan-bahan
-20 keping biskut kering (ni nk buat 2 adunan tau satu adunan bahagi 10 keping/10 keping
Maknanya korang kene blander dua kali faham kan?
-4biji telur(guna 2 biji telur setiap adunan)
-susu pekat setengah cawan(bahagi pada dua acuan, korang rasa2 la klu nk manis lg tambah lg susu kalau rasa dh ok xperlu tmbah)
-serbuk koko 1 sudu
-milo 2 sudu besar
Cara membuat:
rendam dulu biskut ini 1 adunan ye ,dgn air supaya die lembut,lepas tu toskan,
nanti korang rendam lagi 10 keping biskut tu sebab nak buat dua adunan.
2. blander semua sampai hancur dan campur biskut yang lembik tadi bersama telur dan susu pekat.
3.ini dua adunan tadi satu korang biarkan colour plain(colour asal). satu lagi korang letak milo/serbuk koko untuk dapat adunan colour coklat.
4. sapu butter dekat loyang sebelom kukus
5. Kukus la buat selang seli colour plain+lepas tu coklat +lepas tu plain pula. setiap acuan kukus selama 5 minit ye acuan last kukus dlm 10 minit.
6. Selang seli kukus ye. Macam buat kuih lapis gitteew👍
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.