
Mendambakan bentuk badan yang ideal bukan lagi igauan semata-mata, bahkan jika rajin amalkan minum air ini akan dengan sendirinya merasai kesan yang diharapkan. Cara penyediaanya juga tidaklah rumit dan sesiapa pun boleh amalkannya. Jom semak perkongsian daripada Norafiza Mahmud.
KURUS DENGAN HALBA + LEMON
Semua perkara kalau kita buat secara konsistan akan menjadi. Sama juga dengan diet, sama juga dengan penjagaan kulit muka atau badan.
Bahan-bahan:
½ Halba sudu kecil
Air 3 mug
¼ Lemon
Cara:
Rebus halba dengan air selama 30minit. Perah lemon sewaktu minum.
Mudahnya, bila kau orang didik diri untuk suka benda yang tidak sedap. Makin senang untuk kau orang capai taget kurus dan sihat.
Halba untuk ibu menyusu membanyakkan susu ibu tetapi tidak di galakkan untuk diambil dengan kerap, cukup sekadar seminggu 2 kali sahaja.
Teguk suam-suam tau!
sumber : Norafiza Mahmud
Kaki Lenguh-lenguh Pulihkan Dengan Urut Sendiri, Ni Tekniknya. Confirm Rasa Lega!

Sekali sekala mesti kita akan rasa sakit kaki, lebih-lebih lagi kalau banyak berjalan. Jika tidak pun disebabkan tuntutan kerja yang memaksa kita banyak berdiri.
Cara hendak melegakannya lain tak bukan mestilah dengan urutan, agar urat-urat di kaki tak bersimpul.
Jadi ketahui cara hendak mengurut kaki sendiri. Jangan biarkan diri terus mengeluh dan menanggung kesakitan.
Teknik urutan ini telah dikongsi oleh Puan Sarifa Redzuan II melalui fbnya.
Bila selalu sakit kaki, boleh urut macam ni.
- Sapu minyak seluruh kaki
- Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan lahan 6 kali – teknik Alternate palm
3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali – teknik knuckle
4. Buat putaran ke atas 6 kali- teknik thumb circle
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali – teknik thumb gliding
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali – teknik thumb gliding
7. Urut bawah ibu jari kaki – teknik thumb gliding
8.Tekan setiap jari jari – teknik static pressure
- Ulang dari langkah 1-8 pada kaki sebelah lagi
- Lap tapak kaki atau terus pakai stokin
Buat setiap malam sebelum tidur. In Sha Allah tidur pun lebih berkualiti. Bangun pagi esok kaki pun ringan ja rasa. Selamat berurut semua
Sumber : Sarifa Redzuan II
“Tak Semua Orang Boleh Jadi ‘Suri Rumah’ “. Rupanya Ini Sisi ‘Gelap’ Ramai Yang Tak Tahu.

Pernah dengar kan selalu orang kata, seronok apabila bergelar suri rumah tangga. Di rumah tanpa ada pengawasan. Boleh buat apa sahaja.
Realitinya, sebenarnya tidak semua wanita boleh bergelar suri rumah’ . Ini kerana ada cabarannya yang ramai tak tahu.
Menarik dengan perkongsian wanita ini dengan pengakuan mengenai pengalamannnya bergelar suri rumah. Jom kita ikuti coretannya.
Tak semua orang boleh jadi “Suri Rumah”.
Ceritanya, hari itu saya ada terbaca luahan seorang isteri yang mengalami tekanan selepas berhenti kerja atas desakan suami. Puncanya, suami mahu isteri jaga anak sendiri.
Ada orang ingat impian semua wanita mahu jadi suri rumah, sebab katanya seronok jadi suri rumah.
– Duduk rumah goyang kaki.
– Anak ada depan mata.
– Nak apa-apa minta suami.
– Tak perlu menghadap tekanan di tempat kerja.
– Boleh senang lenang tidur bila-bila masa.
Ini apa yang kebanyakan orang nampak. Tetapi pendapat saya, sebenarnya tak semua wanita “sesuai” jadi suri rumah.
Kenapa saya guna perkataan “sesuai”?
Sebab setiap orang mempunyai personaliti, impian dan latar belakang yang berbeza.
SISI ‘GELAP’ BILA BERGELAR SURI RUMAH
Pengalaman saya bekerja dan menjadi suri rumah sebentar beberapa bulan, ternyata “kerja” suri rumah lebih berat dari bekerja waktu pejabat. Lagi-lagi bila ada anak.
Tiada hari cuti.
Hari-hari menghadap dinding yang sama,
Berjumpa orang yang sama,
Rutin yang sama,
Kepenatan yang sama,

Bagi sesetengah orang mungkin selesa dan seronok, tetapi ia amat menyiksakan bagi seorang extrovert.
Si extrovert yang ada keperluan bercakap dengan orang.
Yang seronok berjumpa ramai orang.
Yang suka melihat permandangan berlainan setiap hari.
Yang perlukan pengalaman baru setiap hari.
Yang sukakan risiko.
Yang tidak suka berseorangan.
Sayalah tu.
Bila jadi suri rumah yang memang tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan, bukan tidak ada tetapi tidak sempat pun nak fikir sebab 100% masa menjaga anak “high need”. Nak pergi tandas pun berkejaran apatah lagi nak fikir masalah dunia.
Saya mula,
– Mudah menangis tidak ada sebab.
– Overthinking.
– Rasa tidak berguna dan menyusahkan orang.
– Kecewa kerana tidak ada pencapaian dalam hidup walaupun ada ijazah.
– Restless, anxiety tiba-tiba.
– Mimpi perkara bukan-bukan.
Jangan terkejut kalau saya kata, perasaan ini timbul dalam masa 1 bulan sahaja selepas berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Punyalah jenis tidak reti duduk diam, “cuti” sebulan pun dah resah semacam. Padahal waktu itu tak ada masalah apa-apa pun.
Selepas saya fikir dalam-dalam, barulah saya sedar yang semua perasaan negatif di atas muncul bila saya tak ada buat apa-apa selain rutin harian. Hari-hari rutin yang sama,
Pagi – Mandikan anak, sarapan, basuh baju, kemas rumah.
Petang – Tidurkan anak.
Malam – Kemas, makan dan tidur anak lagi.
Saya pula sejak dari sekolah rendah jenis aktif masuk segala aktiviti di sekolah ataupun di universiti.
Dari situlah, saya mula banyak membaca tentang perihal anak dan cuba kongsi apa-apa info tentang bidang saya. Sekurang-kurangnya saya tidak tenggelam di dalam dunia saya sendiri.
Tak sangka ramai yang mesej untuk dapatkan servis terapi cara kerja dari saya. Waktu itu sesiapa yang mesej saya bertanya tentang anak, semua saya cuba jawab dan bantu. Rasa seronok dapat berborak dan bantu orang lain.
Sampailah satu masa itu, saya cakap pada suami,
“Boleh tak kalau kita buat satu bilik jadi bilik terapi untuk I nak kerja?”
Tup-tup dari 1 bilik sahaja BEYOND Home Therapy ke pusat terapi yang ada berbilik-bilik. Tak sangka niat nak jaga anak sendiri, Allah gandakan rezeki kami sekeluarga.
Suamilah yang banyak berkorban untuk saya capai impian. Beliau pun sedar yang lebih baik saya kerja dari tak kerja. Bila tak kerja, emosi jadi tak stabil.
Point saya disini bukan untuk cerita pencapaian, tetapi nak cerita yang tidak semua wanita sesuai jadi suri rumah.
1. Ada yang stress bekerja, gembira duduk rumah.
2. Ada yang stress duduk rumah, gembira bekerja di luar rumah.
3. Ada yang boleh duduk rumah dan bekerja dari rumah.
4. Ada yang gembira bekerja sambil bawa anak ke tempat kerja.
Ikut masing-masing punya personaliti, minat dan impian.
Dalam kes saya, saya stress dan tertekan bila tidak ada sesuatu untuk dikejar. Bagi saya jadi suri rumah dan duduk rumah lebih penat dari keluar bekerja. Bukan masalah penat fizikal, tetapi “penat mental”.
Ia seperti, kita ada kasut untuk berlari laju tetapi diikat dengan tali. Susah untuk diperjelaskan bagaimana perasaan itu.
Yang lagi pelik, saya jadi lagi kurang melayan anak masa saya jadi suri rumah daripada semasa saya mula bekerja semula. Mungkin sebab rasa hari-hari buat benda sama dan fokus perihal rumah sahaja waktu itu. Tetapi bila mula sibuk dengan kerja, saya jadi lebih menghargai setiap saat dengan anak.
Saya pasti masalah ini mungkin banyak berlaku pada wanita atau ibu-ibu lain tanpa disedari terutamanya suri rumah.
Bagi saya, kerjaya suri rumah amatlah mulia. Bukan semua orang mampu menjadi suri rumah. Perlu kuat mental dan fizikal.
Nasihat saya sebagai “suri rumah tak jadi”:
1. Kenalpasti personaliti diri sendiri, sekurang-kurangnya tahu kalian jenis intovert atau extrovert.
2. Bincang sesama suami isteri, seeloknya bincang sebelum berkahwin sebarang kemungkinan.
– Adakah suami mahu isteri berhenti kerja selepas berkahwin atau bila ada anak?
– Isteri mahu bekerja atau jadi suri rumah?
Semuanya jadi mudah sekiranya ada kesepakatan antara suami isteri. Jangan sebelum kahwin kata dekat isteri boleh kerja, tiba-tiba dah kahwin lain pula.
3. Kalau rasa resah semacam, cepat marah-marah atau mula timbul perasaan pelik-pelik. Segeralah dapatkan bantuan atau cuba cari punca.
4. Letakkan diri sendiri nombor 1 sebelum orang lain, anak sakit kita boleh jaga tetapi kalau kita yang sakit?
5. Jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, semua orang ada impian, personaliti dan keutamaan yang berbeza – beza.
6. Percaya ketentuan Allah, kita rancang macam mana pun tetapi kalau Allah kata tiada rezeki, tiadalah. Rezeki Allah beri berbeza-beza.
Dapat jaga anak depan mata, rezeki.
Dapat suami yang redha isteri bekerja, rezeki.
Dapat mertua yang baik, rezeki.
Dapat anak yang tak banyak ragam, rezeki.
Saya harap ibu di dalam luahan yang saya baca itu dipermudahkan urusan. Orang lain memang mudah sahaja nak label itu ini, hakikatnya kita memang tak akan boleh puaskan hati orang.
Bila seorang ibu bekerja, dikatanya pentingkan duit sahaja tak sayang anak.
Bila tak bekerja, dikatanya tidak takut suami tinggal pula.
Begitulah. Yang penting kita jaga kita sendiri sebab kita sahaja tahu kita bagaimana. 🥰
Ada geng extrovert tak dekat sini?
Maryam Jamadi
Sumber: Maryam Jamadi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Anje Sama Macam Mak…Kuat!.. Tapi Mak Lagi Kuat. Kini, Nyawaku Pergi Buat Selamanya.” Luahan Ellie Suriaty Lepas Kematian Ibu!

Pergi tak kembali… Yang pasti setiap makhluk bernyawa pasti akan menemui Sang Penciptanya. Cuma tidak tahu bilakah masanya.
Semalam, ibu pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ellie memuat naik satu video berkongsi berita berkenaan di laman instagrmanya.
Hari ini nyawaku…. Penguat Semangat Perjuanganku.. pergi meninggalkan aku buat Selama – lamanya…. Anje sama macam Mak…Kuat!.. Tapi Mak lagi kuat!!.. Ya ALLAH.. Mak adalah MilikMU.. Mak pulang KepadaMU Ya ALLAH!… Ampuni segalanya buat hamba MU Ibuku ini ku mohon. Kau Telah Memberikan Yang Luarbiasa buat Ibuku sepanjang hayatnya Ya ALLAH!!!..
Aku BerSyukur dapat di lahirkan sebagai anak Mak.. Ibuku Noriah Binti Mat Akhir .. Semoga Mak di tempatkan di Kalangan para Solehah…Hamba2 YANG AMAT KAU KASEHI YA ALLAH!…
Semoga Ya ALLAH… IIZINKAN Mak dapat bertemu Abah di Pintu SyurgaMU.. Al-Fatihah- Tulis Ellie di kapsyennya.
View this post on InstagramA post shared by elliesuriaty_azryiskandar (@elliesuriaty_azryiskandar) on
Ramai pengikut di laman instagramnya turut menghulurkan salam takziah dan memintanya supaya bertabah dengan ujian tersebut.
shieraijoyBersih tenang muka dia…insya allah…elly terbaik jaga mak …sampai abis hayat….aku taip ni pun aku nangis….al fatihah….takziah elly
catwomenzInnalillahiwainnailaihirojiun.. ??? akak.. keep strong! Moga Allah ampunia Opah Nok dan mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah opah nok. Moga opah nok ditempatkan disisi kalangan orang-orang yang beriman dan solehah.
miss.radwaInnalillahiwainnailaihirajiun. Semoge akk sekeluarga kuat menghadapi pemergian org yg tersayang. Allahu sedih teringat arwah mak sy yg mghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Hampir 4 bulan dah pergi. Alfatehah utk mak ??
nor448224Assalamuamlaikum kak @elliesuriaty_azryiskandar salam takziah buat mu Kak sekeluarga.. Kuatkan semangat mu kakak syg… Sy fhm perasaan kakak.. Sy sdh 21thn xda mak… Al fatihah buat mak kakak ya.. Semoga d tmptkn bersama org² yg soleh Aamin³
yuslinammarInnalillahiwainnailaihirojiun… Mudah2an rohnya tenang di sana. Semoga akak tabah menghadapi kehilangan ini…
salmahkasihal.fatihah buat kak elly semoga tabah dn tenang menerima dugaan ni.. salam takziah buat kak rlly sekeluarga.. semoga rohnya dicucuri rahmat aminnn
Sumbet: IG elliesuriaty_azryiskandar