Rambutan Selain Isinya, Biji Pun Enak Dimakan!

Share

Menikmati manisnya buah rambutan itu perkara biasa.  Namun pernahkah anda tahu, biji rambutan yang biasanya kita buang itu juga boleh dimasak dan dimakan.

Menariknya juga bukan sahaja sedap rasanya malah apa yang lebih penting dikatakan biji rambutan ini turut mengandungi khasiat dan baik untuk penjagaan kesihatan tubuh.

Cuba lihat biji rambutan yang telah digoreng ini,  nampak begitu menyelerakan bukan? Kerangupannya tentu mampu memancing selera anda untuk mencubanya.

kreadit : Elana Mukar

Tidak hanya digoreng malah ada juga yang menggolah resipi biji rambutan ini dengan  dimasak sambal tumis.

Mungkin antara kita tidak pernah mencuba rasa menu nan satu ini.  Jadi apa kata di musim rambutan kali ini kita cuba menyediakan hidangan unik ini.

Di sini tersedia resipi untuk dicuba.

SAMBAL TIMIS BIJI RAMBUTAN

Bahan bahan:

Biji rambutan(goreng tanpa minyak terlebih dahulu)
Bawang merah/putih (di kisar)
Cili kering ( di kisar)
Gula
Garam
Serbuk perasa
Minyak

Cara cara
1. Tumis bawang hingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan cili kisar,  kacau sampai pcah minyak.

3. Masukkan biji rambutan, gula, garam dan serbuk perasa. Nak sedap lagi tambah ikan bilis atau ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.

Selamat mencuba.

sumber :Zanna Nur Via MAHN