
Menikmati manisnya buah rambutan itu perkara biasa. Namun pernahkah anda tahu, biji rambutan yang biasanya kita buang itu juga boleh dimasak dan dimakan.
Menariknya juga bukan sahaja sedap rasanya malah apa yang lebih penting dikatakan biji rambutan ini turut mengandungi khasiat dan baik untuk penjagaan kesihatan tubuh.
Cuba lihat biji rambutan yang telah digoreng ini, nampak begitu menyelerakan bukan? Kerangupannya tentu mampu memancing selera anda untuk mencubanya.

Tidak hanya digoreng malah ada juga yang menggolah resipi biji rambutan ini dengan dimasak sambal tumis.
Mungkin antara kita tidak pernah mencuba rasa menu nan satu ini. Jadi apa kata di musim rambutan kali ini kita cuba menyediakan hidangan unik ini.
Di sini tersedia resipi untuk dicuba.
SAMBAL TIMIS BIJI RAMBUTAN
Bahan bahan:
Biji rambutan(goreng tanpa minyak terlebih dahulu)
Bawang merah/putih (di kisar)
Cili kering ( di kisar)
Gula
Garam
Serbuk perasa
Minyak
Cara cara
1. Tumis bawang hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan cili kisar, kacau sampai pcah minyak.
3. Masukkan biji rambutan, gula, garam dan serbuk perasa. Nak sedap lagi tambah ikan bilis atau ikan masin yang telah di goreng terlebih dahulu.
Selamat mencuba.
sumber :Zanna Nur Via MAHN
Aneka Resipi Sayur Pembuka Selera, Gerenti Makan Bertambah

Isi Kandungan
ToggleAneka Resipi Sayur Pembuka Selera, Gerenti Makan Bertambah
Aneka resipi berasaskan sayur dan sayur kampung ini memang sedap. Setiap hidangan sama ada makan tengahari atau malam, seakan tidak lengkap jika tiada menu sayur-sayuran.
Ada masanya buntu juga menu apa yang hendak disediakan. Tak kanlah asyik nak makan menu yang sama sahaja setiap hari. Lagi-lagi kalau menu yang berasaskan sayur-sayuran. Kadang-kadang memang tidak dapat dinafikan mak-mak ketandusan idea menu untuk dimasak.
Berikut dikongsikan resipi berasaskan sayur-sayuran termasuk sayur kampung. Pilihlah yang mana satu untuk disajikan untuk dinikmati seisi keluarga.
RESIPI 1
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI 2
SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Sumber kredit: Mohd Rozmie
RESIPI 3
RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 bji terung- dibakar dulu dengan api sederhana. Buanglah kulit-kulit hangus. Potonglah ikut panjang yang kita suka.
BAHAN UNTUK KUAH:
100g santan pekat
200g air
1 biji bawang besar potong 6
1 tangkai cili merah potong memanjang
1 biji cili padi (sebagai penyeri)
1 sudu kecil garam
*1 tangkai kacang panjang (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan garam.
2. Masakkan semua bahan kuah hingga mendidih dan layu sikit semua bahan itu.
3. Selepas itu masukkan terung dan kacang yang sudah siap kita potong tadi.
4. Kacau supaya semua bahan mesra. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zubaidah Awang
Moga resipi-resipi ini membantu mak-mak mendapat idea untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga.
Lah! Tak Susah Rupanya Buat Sate Di Rumah. Ni Resipi Paling Sedap Boleh Cuba!

Memang sedap meniimati hidangan sate ini bila dimakan panas bersama seisi keluarga. Aromanya memang boleh buat kita terasa lapar.
Apatah lagi jika dibakar sendiri. Momen membakar sate pastinya menyeronokkan bila dilakukan dengan berkerjasama antara ahli keluarga.
Untuk yang ingin merasai sendiri pengalaman membuat sate, bolehlah sediakan dengan resipi yang dikongsikan ini. Mudah sahaja membuatnya.
Ini perkongsian daripada Noorlaili, melihat gambar sate yang dikongsikan olehnya ini sudah dapat dibayangkan keenakan rasanya.
Bila masih dalam #PKP sate pun buat sendiri na..kat bawah sis sertakan resepi sate simple..
RESEPI SATE
(Ayam seekor)
BAHAN-BAHAN:
*Ayam seekor (ambik isi saja potong dadu cuci & toskan)
BAHAN BLEND
*2 Labu bwg besar
*1 labu bwg putih
*2 inci halia
*4 batang serai
( Blend semua bahan di atas)
BAHAN PERAP
*2 Cawan gula
*2 sk garam
*4 sk kunyit
*3 sb jintan manis
CARA-CARA
*Dalam besen besar masukkan isi ayam, bahan blend dan bahan perap
* Gaul sebati/ perap
*bila dah perap baru cucuk
*Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dalam bekas dan sedikit minyak (untuk renjis masa bakar)
KUAH KACANG
*Segenggam cili kering
*2 labu bawang besar
*2 inci halia
(Blend bahan di atas)
*1 batang serai di ketuk
*2 cawan kacang tanah yg di blend
*2 keping gula melaka
*1/2 cawan gula
*Garam
*Air secukupnya
*Asam keping
Cara-cara
*Panaskan minyak
*tumiskan bahan blend masukkan serai (tumis sampai pecah minyak)
*Masukkan kacang tanah gaul sebati
*Masukkan air kacau dan biar mendidih(api slow)
*masukkan gula melaka, gula, garam dan asam keping
*masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yg kurang.
Selamat mencuba
Sumber : Noorlaili Zainal via MAHN
Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu, Gabungkan 2 Bahan Ini Confirm Elok & Lambat Busuk!

Cili padi memang tak tahan lama. Mudah lembik dan sudahnya berbau busuk. Kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja, cili padi yang kita beli sudah tidak boleh digunakan lagi. Membazir pula rasanya jika tidak sempat di masak. Sudahnya dibuang begitu sahaja.
Sebenarnya ada banyak cara untuk mengekalkan ketahanan cili padi ini. Namun perkongsian wanita cantik, Nurliana Liana di facebooknya dengan menggabungkan dua bahan ini, iaitu cili padi dan bawang putih, lain dari yang lain. Sungguh menakjubkan! Jadi kita kenalah cuba.
Menurutnya dengan melakukan petua ini, cili padi dapat bertahan lama sehingga tiga minggu. Malah masuk sahaja minggu ke3, cili masih segar lagi. Menarik bukan? Jom ikut petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Cili padi
Bawang putih
1. Buang tangkai cili padi.
2. Bersihkan cili padi dengan air bersih dan toskan hingga kering.
3. Masukkan ke dalam satu bekas dan alas dengan tisu.
4. Letakkan seulas bawang putih yang sudah siap di kupas pada bahagian tengah (seperti dalam gambar).
5. Simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Cara ini bukan hanya buat cili padi bertahan sampai 3 minggu malah tetap segar dan cantik. Masalah busuk dan lembik memang tak ada lagi. Empat langkah ini juga boleh anda cuba untuk pastikan cili padi kekal segar.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!.