Rambut Sihat & Tak Gugur Lagi Bila Masukkan Bahan Ni Dalam Syampu!

Share

Rambut sering diibaratkan seperti mahkota wanita, ternyata ianya begitu berharga dan wajar dijaga rapi agar sihat dan cantik sentiasa. Namun tidak dinafikan juga, wanita sering berdepan dengan masalah rambut gugur. Lebih-lebih lagi dikalangan kaum ibu setelah melahirkan anak. Berlaku perubahan hormon dalam tubuh dan masalah keguguran rambut ini tidak boleh dipandang remeh. Apatah lagi jika semakin hari terasa semakin nipis pula rambut yang ada. Jika terus dibiarkan bimbang juga akan nipis dan akhirnya terlihat botak!

Oleh itu, segeralah cari rawatannya dan jika tidak pun boleh amalkan petua yang dikongsikan oleh Puan Najwa ini yang cukup mudah untuk diamalkan. Menariknya juga petua ini bukan yang biasa kita ketahui antaranya menggunakan lidah buaya atau sebagainya, tetapi kali ini dengan menggunakan cengkih.

Menurutnya, petua ini diperolehi daripada masyarakat Arab dan bolehlah dicuba. Apa yang pasti, Puan Najwa serasi dengan petua ini dan menampakkan kesan yang baik setelah mengamalkannya.

Jadi tunggu apa lagi, elok kita pula mencubanya!

Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat digunakan.. Najwa dah kali kedua guna petua ni.. memang puas hati alhamdulilah Mana-mana shampoo pun boleh.. tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni untuk lebatkan rambut tapi kesan dia banyak lagi.. Najwa takdak gatal-gatal lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarang ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu, alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..

*Najwa ambik petua ni dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak.

Cengkih Hilangkan Masalah Rambut

Bunga cengkih banyak kegunaan dia selain diguna untuk masak.. salah satu Najwa guna cengkih untuk hilangkan masalah Najwa alami lama dah..

Kelumumur
Rambut berminyak
Rambut gugur

sumber : Najwa Qadah