Melihat rambut semakin hari semakin menipis, wanita mana yang tidak risau? Silap-silap ada yang berasa murung dengan masalah serius keguguran rambut yang dihadapinya itu.
Tidak mahu terus dibelenggu dengan masalah keguguran rambut berpanjangan, segera atasi dengan menyediakan minyak yang berfungsi melebatkan rambut ini dengan menggunakan bahan alami.
Bagaimana hendak buat dan apa ramuannya, jom semak perkongsian di bawah.
Jadi hari ni, cikgu kongsi minyak yang boleh bantu selesaikan masalah kulit kepala . Manfaat minyak ini adalah :-
– Lebatkan rambut
– Atasi masalah rambut gugur
– Redakan masalah kegatalan kulit kepala
– Redakan masalah kelemumur
– Menghitamkan rambut
– Sihatkan rambut dari masalah kering dan bercabang
Ramai orang terutamanya wanita yang selalu alami masalah keguguran rambut dan masalah kelemumur sekali gus membuatkan kulit kepala sangat gatal dan tidak selesa.
Jadi minyak ini di formulasi khas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Pakailah minyak ini setiap malam sebelum tidur sambil mengurut perlahan lahan kepala itu untuk melancarkan peredaran darah. Esok cucilah.
Namun, ada baiknya anda amalkan dulu langkah penjagaan kulit kepala yang cikgu share sebelum ini sebelum memakai minyak ini untuk kesan yang lebih efektif.
Ads
Gabungan bahan bahan sangat bagus dalam menghambat bakteria dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, dan perempuan .
Untuk lebatkan rambut baby juga boleh di sapu sedikit setiap hari. Kesan ketara apabila baby membesar dan rambutnya juga lebat dan hitam pekat.
Bahan yang digunakan sangat mudah di dapati. Cikgu ambil di belakang rumah jer.
Ads
Anda pun boleh tanam dalam pasu .
Ni resipi nya
RESIPI MINYAK RAMBUT LEBAT
Segenggam daun kari
Segenggam daun inai
2 ulas bawang putih
1/2 biji limau purut
250 ml minyak kelapa
Cara cara
Ads
1. 100ml minyak kelapa di blend bersama daun kari, daun inai , bawang putih dan limau purut sehingga sebati
2. Bahan blend tadi di masak di atas double boiler bersama 150 ml lagi minyak kelapa.
3. Sekiranya tiada double boiler boleh panaskan bahan di dalam bekas kaca tebal di atas periuk yang di isi air.
4. Kacau kawan jam sambil niat baik baik selama 30 minit.
5. Tutup api. Biarkan suam dan tapis ambil minyak dan simpan dalam bekas.
Alhamdulillah. Dah siap.
Selamat mencuba!
Nota kaki:Minyak ini boleh tahan dalam 6 bulan. Namun ada baiknya buat untuk keperluan. Tidak perlu buat banyak banyak.
Siapa yang tak gembira kan melihat pokok yang ditanam hidup subur. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Namun, apabila diserang penyakit mahupun haiwan perosak memang automatik rasa geram kan.
Apa tidaknya, kita terpaksa berhadapan dengan haiwan perosak atau haiwan liar seperti babi hutan dan sebagainya yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya jika tiada orang yang menjaga sepanjang masa.
Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.
Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali. Jom kita cuba petua mudah ini yang yang dikongsikan Maria Isabella menerusi page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Saya share utk kawan2 kebun bandar.(copy paste)
Kawalan Secara Biologi untuk Mengelak Serangan Babi/khinzir :
Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera subulata (bunga putih) ini biasanya di tanam di ladang kelapa sawit. Kalau Tuan/Puan perasan ada di keliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar. Bagi tanaman kelapa sawit Bunga Turnera Dan Air Mata Pengantin ditanam bertujuan untuk mengawal ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.
Bunga Turnera juga sesuai ditanam di Kawasan tanaman yang Tuan/Puan usahakan seperti Pisang, Kelapa dan lain-lain seperti padi.
Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.
Bunga ini mengeluarkan bau yang babi/khinzir tidak suka. Ianya boleh tanam di sekeliling Kawasan tanaman untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan Perosak. Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini menganggu deria bau babi.
Bunga ini ada yang berwarna putih dan kuning. Yang kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa. Boleh Google.
Kajian pernah dijalankan di Taman Botani Negara Shah Alam terbukti berkesan mengawal serangan babi/khinzir.
Selamat Mencuba!
Sumber Fb: Zarina Jaafar
*BAGUS TEKNIK NIE JIKA BERKESAN 😊💪🙏
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak bila dapat mandi sambil bermain air memang seronok mereka rasakan. Tambah-tambah lagi jika dapat berendam, walau sekadar hanya merendamkan sebahagian badan sekali pun itu sudah membuatkan mereka keriangan.
Pun begitu, malang tidak berbau dan sebagai ibu ayah kita perlu lebih berhati-hati. Kita tidak mahu keriangan anak-anak boleh bertukar menjadi tragedi andai tanpa pemantauan daripada kita orang dewasa. Ini memandangkan menurut Dr Kamarul Ariffin kanak-kanak dikatakan boleh lemas di dalam air walaupun pada kedalaman hanya 1 inci atau lebih kurang 2.5 sentimeter.
Ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Kesibukan mengurus keluarga jangan pula menyebabkan kulit wajah kita hilang serinya dan lebih parah lagi menyebabkan timbulnya jerwat, bintik-bintik hitam, jeragat dan sebagainya. Bimbang semua ini terjadi, disarankan kepada ibu-ibu walau sesibuk mana sekali pun, penjagaan kecantikan jangan diabaikan. Inilah esen kita sebagai wanita yang perlu dijaga.
Untuk itu, apa kata kita amalkan beberapa petua orang lama dalam memastikan wajah terjaga dan nampak berseri-seri mengikut jenis dan masalah kulit yang berbeza-beza. Jom semak.
Kulit Berminyak
Jika kulit anda daripada jenis berminyak, biasanya masalah yang sering dihadapi adalah kulit mudah berjerawat. Oleh itu, jika ingin dirawat dengan cara alami, ambil daun sirih dan daun jambu. Kemudian diramas di dalam semangkuk air. Sapukan air itu kepada kulit wajah dan biarkan sehingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Lap lembut wajah dengan tuala. Sebaiknya amalkan selalu untuk melihat kesannya.
Menyegarkan Kulit Wajah
Jika wajah terlihat kusam, ambil teh dan rendam semalaman. Kemudian air tersebut dibuat sebagai air basuhan muka. Cara ini secara tidak langsung akan menjadikan kulit wajah nampak berseri-seri.
Caranya mudah sahaja. Sebelum cuci wajah dengan sabun, basuhkan dengan air lebihan teh tersebut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan setiap pagi.
Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam
Jika ternampak kulit wajah sudah ada bintik-bintik hitam jangan dibiarkan, segera lakukan amalan ini iaitu dengan merendam daun mambu, beras dan kunyit hidup. Kemudian ditumbuk halus dan disapukan pda wajah. Lakukan rawatan ini dua kali sehari sehingga kulit kelihatan licin dan sihat.
Daun mambu juga diketahui sangat bagus untuk membantu menghilangkan bintik hitam pada sel-sel kulit yang sudah mati. Ia juga baik untuk merawat penyakit campak dan kudis kering.
Licinkan Kulit Wajah
Kekalkan kulit bersih serta licin dengan menggunakan beras. Fungsi beras ini sama seperti scrub untuk melicinkan wajah. Caranya mudah, dengan membasuh beras dan direndam selama beberapa jam, kemudian dikisar bersama kunyit hidup. Sapukan campuran beras dengan kunyit pada seluruh wajah dengan lembut.
Hilangkan Kotoran Pada Kulit Wajah
Perahkan limau dan ditapis jusnya kemudian sapu pada keseluruhan wajah boleh bertindak sebagai penyegar dan sekali gus menghilangkan kotoran jauh ke dalam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.