Walaupun kita sekarang dah moden dan lebih cepat kalau guna produk dipasaran, tapi petua tradisional jangan pula dilupa. Zaman dahulu ramai yang gunakan santan dan hampas kelapa untuk merawat rambut. Tapi tak kurang juga hebatnya dengan limau purut.
Ibrisam Wossali di facebooknya yang melakukan sendiri skrub limau purut di rumah boleh kita cuba. Senang dan sangat menjimatkan kos. Hanya ambil daun limau purut dibelakang rumah sahaja.
Katanya lagi, dia dan keluarganya sering mencuba malah dah lama cuba petua skrub limau purut ni. “Saya ada tanam pokok limau purut dan selalu berbuah. Maka tak jadi masalah untuk mendapatkan buah limau purut. Skrub limau purut ni boleh gantikan syampu kepala juga. Bukan saja sihat, malah rambut dan badan akan berbau haruman limau purut,” begitu katanya.
Cara Membuatnya:
1. Basuh bersih limau purut.
Ads
2. Potong nipis sedikit (supaya senang nak kisar)
3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (jika mahu scrub menjadi pekat). Kalau nak kasar, kisar sekejap saja.
4. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna ambil sedikit sahaja. Senangkan.
Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Lakukan urutan lebih sikit di kepala anda secara menyeluruh. Biar semua kawasan rambut kena skrub beraroma hebat ni. Biarlah sekejap pada kepala dan kemudian barulah dibilas seperti biasa. Hasilnya rambut lebih sihat, segar malah baunya pun wangi.
Ads
Kelebihan Daun Limau Purut
Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik. Antara kelebihan daun limau purut adalah:
1. Hilang Bau Busuk
Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.
2. Pewangi Semulajadi
Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.
Ads
3. Putihkan Gigi
Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.
3. Wangikan Badan
Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.
4. Tambah Selera Makan
Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.
Sumber DIY: Ibrisam Wossali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daun sireh memang banyak kegunaannya dalam kehidupan kita. Jika dahulu sireh hanya dimakan oleh nenek-nenek kita sambil duduk bersantai, tanpa kita tahu akan kelebihannya.
Jangan menidakkan kelebihan petua tradisional dalam kehidupan harian kita. Sepuluh masalah ini boleh diredakan dengan hanya air rebusan sireh ini.
Banyak manfaatnya buat tubuh kita semua. Lebih-lebih lagi bagi wanita. Wanita beranak ramai sangat disyorkan.
1. Bantu Masalah Wanita
Ambil daun sirih secukupnya dan rebus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat basuhan atau membersihkan alat sulit. Pastikan masih suam.
2. Ubati Keputihan
Ambil lima helai daun sirih bersama tiga kuntum bunga cengkih. Didihkan bersama tiga gelas air. Biarkan mendidih hingga menjadi sedikit pekat. Amalkan minum ketika masih suam.
3. Segar & Cegah Bau Badan
Rebus daun sirih secukupnya dan buat mandian. Pastikan ia masih suam.
4. Tangas Sirih
Tangas memang hebat kesannya bagi wanita beranak ramai. Rebus daun sirih bersama asam gelugor, garam dan manjakani. Ketika mendidih, angkat dan jadikan tangas. Buat langkah ini dengan kerap.
5. Cegah Bau Ketiak
Rendam 2 hingga 3 helai daun sirih dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam. Asingkan daun sirih kemudian diminum. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
6. Pulihkan Resdung
Sedut air rebusan sirih perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.
7. Pencuci Muka
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan masalah jerawat.
8. Kegatalan Vagina
Rebus daun sireh bersama asam keping dan ketika airnya suam, buatkan basuhan pada kawasan sulit. Lakukan beberapa kali sehingga pulih. Masalah bau pun hilang.
9. Sakit Gusi Dan Bau Mulut
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur sehingga bersih dari sisa-sisa sirih. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
10. Masalah Batuk
Minum setengah cawan air rebusan sirih setiap malam sehingga masalah batuk berkurangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam bidang seni kira-kira 17 tahun lalu, berbakul- bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Namun bagi empunya diri, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua asam garam yang wajib dilalui oleh setiap anak seni jika mahu bertapak dalam bidang tersebut.
Tidak hairanlah andai penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu tetap kebal dan tidak patah semangat.
Manakan tidak, waktu itu, fizikalnya yang berisi menjadi faktor kecaman lebih-lebih lagi dia bergandingan dengan Khai ketika itu menjadi igauan peminat wanita.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Ditanya perancangan untuk Raya aidiladha tak lama lagi, satu kemestian untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung.
” Arwah abah dan umi Khai dah tak ada jadi kini setiap kali raya akan beraya dgn keluarga saya di Kuantan. Selain itu, kami turut beraya bersama makcik dan pakcik Khai yang ada disana sebab arwah abah orang kuantan juga. Selepas blk dari kuantan akan beraya pula dgn adik beradik Khai.
“Ikutkan sudah 6 bulan tak balik. Ni kira paling lama saya tak balik kampung gara-gara PKP,” ujar Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kopi memang terkenal sebagai minuman yang popular di serata dunia. Begitu juga dengan coklat, rasanya yang manis dan dapat diolah menjadi pelbagai cita rasa, membuat coklat menjadi sangat digemari dan selalu dicari-cari oleh penggemarnya bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga tidak terkecuali.
Pun begitu, tahukah anda bahawa serbuk kopi dan coklat ini boleh disatukan untuk tujuan menghasilkan produk penjagaan kecantikan. Dikatakan penggunaan masker kopi secara konsisten dapat menjadikan kulit terlihat lebih bersih dan cantik. Begitu juga dengan coklat yang turut mengandungi banyak manfaat untuk kecantikan kulit. Dan, apabila dua bahan ini disatukan terhasilkan masker yang cukup istimewa dan unik.
Menariknya juga, masker ini boleh anda sediakan sendiri dengan bajet yang cukup rendah. Jom semak cara penyediaan dan pemakaiannya.
MASKERKOPI+COKLAT
Bahan-bahan :
2 sudu makan serbuk kopi
Sedikit dark chocolate
Sedikit air
Cara Buat :
Masukkan coklat dan serbuk kopi di dalam bekas.
Lumatkan coklat dan tambahkan sedikit air.
Kacau mesra.
Masker yang diadun sempurna
Cara Guna :
Bersihkan wajah sebelum menggunakan masker.
Ratakan di seluruh wajah. Kecuali sekitar mata.
Buat urutan perlahan-lahan selama 15 minit.
Bilas dengan air suam sehingga bersih.
[su_highlight background=”#fdfcf4″ color=”#8d0e12″]Ekstra info :[/su_highlight]
Coklat
Antioksidan tinggi dalam coklat dapat membantu untuk mencegah terjadinya penuaan awal seperti berkedut, garisan-garisan halus pada wajah dan lain – lain.
Kopi
Walau pun kopi berwarna gelap, namun kopi dapat membuat kulit menjadi cerah dan cantik. Kandungan antioksidan yang terdapat pada kopi mampu menanggalkan sel kulit mati dan menyamarkan bintik-bintik hitam sehingga kulit menjadi cerah dan halus.
Masker kopi mampu mengawal minyak yang berlebih pada kulit.
Sumber : Siti Juhaiza Jere
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...