Memiliki rambut yang lebat, sihat dan bermaya tentunya suatu yang diingini oleh kita dan untuk mendapatkan rambut yang sihat, semestinya perlu penjagaan sepenuhnya daripada empunya badan.
Kesedaran mengenai penjagaan rambut telah lama kita fahami, sama ada menggunakan bahan-bahan sedia ada di pasaran atau pun dengan mengamalkan kaedah bahan alami. Kedua-dua kaedah ada manfaatnya yang tersendiri.
Berkongsi pengalaman menggunakan kaedah penjagaan rambut secara tradisi, Fatin Amierah berkongsi amalannya untuk memastikan rambutnya sentiasa bermaya, berkilat, lembut dan tebal. Nak tahu lanjut apakah caranya, ini perkongsiannya;
RAMBUT SECANTIK MODEL IKLAN SHAMPOO
Poyo sangat tajuk status.Haha…. Okay btw tips ni sangat bagus untuk uolss yang ada masalah rambut contohnya rambut gugur, rambut keras macam dawai , rambut tak berapa nan hado , kelemumur bagaikan salju berguguran, rambut rosak sebab dok pi buat rebonding, colorkan dan segala macam mak nenek .
Bahan :
Ads
1. Santan kotak (asli lagi bagus)
2. 1 bijik limau nipis
* Santan tu guna suku je . Actually, kuantiti ikut pada panjang mana rambut uols .
Cara :
1. Campurkan kedua2 bahan tadi dan gaul rata .
2. Ratakan dengan sikat atau berus gigi yang dah tak pakai dan lumur kat rambut & kulit kepala .
3. Guna jari pun boleh
4. Balut rambut pakai towel atau shower cap . Pakai plastik pun boleh lahh.
Ads
5. Biarkan selama 30 minit-1 jam dan shampoo rambut macam biasa .
6. Takyah guna conditioner dah ye .
KEBAIKAN :
-Rambut akan tumbuh lebih cepat dan lebat
-Repair rambut yang rosak & bercabang tiga empat
-Lembutkan rambut dan mampu buat rambut uols berkilat meghelip .
-Sihatkan dan lembabkan kulit kepala
-Atasi rambut gugur dan kelimumur yang gugur bagaikan salju
-Lambatkan proses rambut beruban (awek muda)
-Nutrition semulajadi & conditioner rambut
Ads
Okay dah .. buat seminggu DUA kali tau .
Paling malas seminggu sekali . Maka percayalah rambut uols akan jadi shine bright like a diamond.
Mencuba sesuatu teknik yang baru untuk memasak jika lebih memudahkan berbanding cara biasa, tentu tiada apa salahnya.
Ini sama kisahnya untuk merebus telur. Jika kita biasa rebus diatas api, kali ini kita buat menggunakan periuk nasi dan uniknya lagi, tidak menggunakan air tetapi memadai tuala yang dibasahkan.
Untuk lebih lanjut, jom ikuti perkongsian daripada puan Yaya ini.
Saya post lg sekali ye cara masak telur guna rice cooker .Maaflah saya pon first time try.
step 1– Basahkan tuala dan letak kan di dalam rice cooker(Tak payah letak air just basahkan tuala je)
step 2 – Basuh telur dan susun dalam rice cooker
step 3 – Tekan button untuk memasak
step 4 – Tunggu sampai button keep warm
siap!!
Sumber : Yaya Baiyah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua pasangan yang baru berkahwin dimurahkan rezeki dengan dikurniakan anak sebagai penyambung zuriat dan pengikat kasih sayang antara suami isteri. Setiap ujian dan dugaan yang diberikan Allah itu menjadi satu rahsia dan di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya.
Bercerita tentang lewat dikurniakan zuriat ini, admin terbaca satu posting fb daripada Nurul Balqis tentang usaha dan ikhtiar yang dilakukan sebelum dikurniakan anak. Diharapkan perkongsian ini, dapat membantu pasangan suami isteri yang senasib dengannya untuk mengamalkan apa yang telah dilakukan.
Menurut Qis, sebelum ini dengan perkahwinan pertama diatelah dikurniakan seorang anak dan apabila berkahwin buat kali kedua pada tahun 2015, agak sukar baginya mendapatkan zuriat. Ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Balqis atau lebih mesra disapa Qis ini.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2 tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah.
Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis. Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah.
Lakukan Perbagai Usaha
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil.
Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar.
Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Saranan Dari Kawan
Buah zuriat
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat.
Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama.
Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana.
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya dan selamat melahirkan pada tanggal 3 Mac 2018 yang lalu.
Ini cara menyediakan air rebusan buah zuriat
Cara Penyediaan :
Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar.
2. Buat sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
3. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
4. Inilah buat zuriat
5. Kemudian di belah dua
6. Kemudian dipotong kecil
7. Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh. Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.
Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau.
8. Haaa dah siap, dah boleh minum.
Dan inilah permata hati pengarang jantung pasangan Nurul Balqis dan suaminya Mohd Zhafirul Sabri, anak comel ini diberi nama Fakhira Delisha Binti Mohd Zhafirul Sabri secantik namanya begitu juga wajah si kecil ini.
keluarga bahagia…
Ekstra Info :
*Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
*Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan.
*Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye.
Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya?
Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Sumber : Nurul Balqis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang hanya nampak luaran namun yang mengalaminya tahu betapa masalah kemurungan memberi impak yang cukup mendalam. Bukan pada diri sendiri bahkan turut membabitkan orang sekeliling.
Kisah wanita yang terjun bangunan, mengelar sehingga menyebabkan kematian anak sendiri dan sebagainya sering kita dengar sejak akhir-akhir ini.
Kerana itu orang sekeliling terutama ahli keluarga perlu peka dengan masalah ini. Jangan ambil ringan kerana ia boleh mengundang masalah yang lebih besar.
Berikut adalah perkongsian dari Puan Zarina Shahrin yang pernah melalui saat-saat sukar apabila diri dilanda kemurungan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi situasi ahli keluarga atau orang terdekat mengalami masalah kemurungan.
Kemurungan.
Sejujurnya dahulu semasa berperang dengan penyakit ini, saya tidak tahu saya sedang menghadapi kemurungan. Setiap hari bergelut dengan “benda gila” yang mengganggu emosi dan fikiran yang mana akhirnya dilepaskan kepada anak-anak melalui jeritan dan pukulan. Tapi bila suami ada di rumah, dan “berfungsi” sebagai housemate dan “another parent” bagi anak-anak, perasaan itu hilang. Diri rasa tenang.
Pernah, saya rasa nak buat-buat terjatuhkan anak (dari tingkat 6) semasa suami tengah kunci pintu rumah, bila kami nak keluar ke mana-mana. Saya fikir masa tu, akan kurang satu beban bila anak kurang seorang.. (astaghfirullahalazim) ..Syukurlah perasaan waras yang tinggal entah 10-20 peratus masih ada untuk menghalang niat gila saya ketika itu.
Pernah, bila bawak kereta dan berhenti di lampu isyarat yang mana kebetulan kereta saya di depan sekali. Bila perhatikan lori besar dari arah kiri/kanan yang sedang mengejar lampu hijau, saya geram dan rasa sungguh-sungguh nak memecut dan rempuh lori-lori ini… Biar mati. Habis cerita. Sebab hidup rasa tiada makna. Rasa tak diperlukan. Rasanya kalau saya hidup pun, anak-anak asyik kena marah kena pukul, baik saya mati sahaja. Again, tahap sedar yg tinggal 10-20 peratus itu menghalang saya daripada melakukannya.
Hidup saya kucar-kacir.. basuh pinggan di dapur, anak menangis di depan saya tinggalkan pinggan penuh di sinki dengan air terpasang. Lepas anak berhenti nangis, tengok pula kain baju belum dilipat, lipat dulu.. bila tengah lipat baju, perasan air bunyi kat dapur, baru sedar tadi tergopoh-gapah tinggalkan benda kat dapur.
Tinggalkan baju yang tengah dilipat pegi dapur pulak sambung basuh pinggan periuk, lepas tu sidai baju dalam mesin basuh.. bila pergi semula ke depan, masyaallah ternampak kain baju yang sedang dilipat tadi tertinggal begitu sahaja. Pakej dengan anak2 dah tolong sepahkan. Selalu juga terasa aku ni gila ke apa.. Otak aku ni dah jem ke buat kerja separuh tinggal sana-sini.. perkara kecik sebegitu pun buat saya tertekan.
Mengapa tak share dengan suami? Selalu. Ya, jawapannya selalu. Tapi selaku makhluk yang fikirannya lebih ringkas, jawapan suami saya hanyalah “rileks, buat apa nak stress. Siapkan satu-satu..” — jawapan tidak membantu. Pernah saya kata padanya, “sayang rasa sayang dah gila la abang” ..dengan airmata yang baru nak bergenang sebab nak mengadu betapa penatnya dan saratnya perasaan yang sedang saya tanggung… Dia sambil ketawa menjawab, “la gila kenapa pulak sayang..” Sekarang saya tahu dia tak bermaksud mentertawakan saya, tapi pada ketika itu saya sungguh-sungguh rasa diketawakan. Airmata yang tadinya mula bergenang jadi kering. Lantas saya jawab la begitu-begitu sahaja.. Dan perasaan tertekan pun semakin terpendam menjadi semakin sarat..
Setahun lebih berperang dengan diri sendiri yang gila. Sehingga kemuncaknya bila saya tahu yang rupa-rupanya saya sedang mengandungkan anak ketiga sudah hampir 10 minggu. Saya menangis semahu-mahunya kerana sungguh-sungguh belum mahu dengar berita tentang kehamilan lagi. Anak sulung setahun lapan bulan dan anak kedua baru 8 bulan.. Rasa nak digugurkan sahaja anak dalam kandungan pada waktu itu. Mujur Allah temukan dengan rakan2 yg membantu. Gugur airmata keibuan saya bila seorang rakan berkata “sedih baby kalau dia tau ibu dia nak buang dia..”
Penyelesaiannya datang bila seorang lagi kawan mencadangkan cuti setahun tanpa gaji. Ya, cuti. Dan cuti itu haruslah benar-benar cuti, yang mana anak-anak ke taska dan saya dirumah bersendirian. Berehat. Ketika berpantang, anak-anak ke taska, suami kerja, saya dengan baby bersendirian. Lepas baby 2 bulan, Baby pun pegi taska bersama kakak-kakaknya.. saya dirumah sorang-sorang. Pada awalnya hanya tidur, tidur, dan tidur…
Saya boleh tidur sampai pukul berapa saya nak tidur. Baju blonggok biarkan. Ada mood basuh, takda mood biarkan nanti suami akan bawa ke dobi. Saya mula mencari penyelesaian untuk memudahkan kerja saya. Beli bakul – satu anak satu bakul baju supaya saya tak payah lipat baju. Untuk pemakanan anak-anak, saya dah mula gunakan konsep – asalkan makan kenyang dan bukan kenyang dengan makanan ringan. Tak kisahlah kalau 3-3 orang nak makan bubur kosong pun takpa. Nasi dengan kicap sahaja pun takpa asalkan makan. Kalau dulu mesti ada protein dan sayur.
Menjelang bulan ke enam selepas anak ketiga join ke taska. Saya terperasan yang emosi sudah stabil. Kerana. Enam bulan masa yang saya dapat untuk bersendirian. Berehat, dan buat ikut suka hati saya. Saya akui suami kadang rasa marah sebab saya dah la cuti tapi rumah tak terurus sama macam hari kerja. Tapi saya abaikan. Saya abaikan sahaja semua benda. Sebab saya nak berehat. Dengan rehat itulah saya telah menjadi diri saya semula, biarpun ada rakan2 lama yang datang bertanya mengapa saya sudah tidak seperti dulu.
Dan hari ini, dengan izin Allah selama lebih kurang setahun kebelakangan ini saya telah confirmkan yang saya bebas daripada penyakit gila ini. Rasa dah tak mahu ingat lagi..
Dan betapa sedihnya rasa hati saya bila hari ini seorang rakan menunjukkan hasil ujian mentalnya. Dan keadaannya lebih teruk daripada saya.. I know she needs help. But her husband did not know. Doaku supaya Allah pelihara kamu sekeluarga.
Sekian, ZarinaShahrin. RakanFacebookAnda.
**Jangan ada komen mengecam suami saya hanya kerana kurang penglibatan beliau dalam post ni ok. ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak meruntun jiwa apabila kehilangan insan yang dikasihi pergi secara mendadak. Begitulah yang dirasai kini buat usahawan dan pempengaruh media sosial,...