Dua bulan menyembunyikan wajah si kecil, akhirnyap pelakon Ozlynn Waty mendedahkan sebahagian wajah cahaya mata perempuannya yang diberi nama sebagai Cherdiq.
Ozlynn yang juga isteri Johan rajalawak memuat naik sekeping foto anak perempuannya itu. dalam perkongsian tersebut, pelakon berusia 40 tahun itu ‘menceritakan’ ragam dan tingkah laku anak keenamnya itu.
“Assalammualaikum.. nama saya Cherdiq, hari ni saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai hisap jari masa usia sebulan.. mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.
“Ye rambut saya lebat, kening warna brown.. mama panggil saya Shinchan. Saya tak suka tapi kena buat2 suka sebab nak mama happy. Saya suka tidur atas dada papa.. mungkin sebab papa ada kontrak dengan tilam Vono sebab empuk.
“Saya dah pandai berbual.. susu badan kegemaran saya. Tapi kalau mama penat, papa suapkan botol. Nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya okey,” tulis Ozlynn Wati menerusi kapsyennya.
Terasa hebat pula sekiranya kita mak-mak ni dapat praktiskan menanam menggunakan teknik hidroponik ini. Maklumlah, biasanya bercucuk tanam mesti dilakukan di atas tanah.
Untuk lebih jelas, ayuh fahami cara yang dikongsikan oleh IEza. Jom Semak.
ni cara saya.
Cara menanam pokok kesum dengan kaedah hidroponik.
1. Sediakan batang pokok kesum yang dah matang dan air.
2. Rendam batang kesum di dalam air selama 5-7 hari. Dan bungkus dengan plastik supaya daun kesum tidak layu dan cepat berakar (Letak tepi tingkap pun ok) tak perlu bawah panas terik matahari.
3. Hasil setelah rendam 5 hari. Keluar akar sampai ke atas.
4. Sediakan botol terpakai, potong dua. Bahagian bawah letak air. Bahagian atas, di muncung botol letakksn span aquarium.
5. Cucuk batang kesum tadi ke dslam botol yang telah di isi tanah hitam.
6. Tadaaa…Hasil selama 2 bulan. Akar penuh pada span. Pokok pun susah mati kerana dapat bekalan air yabg cukup. Letak baja dalam air.
Last sekali potong akar 3 bulan sekali bahagian bawah. Supaya pokok kesum sentiasa keluar akar baru. Pokok kena rajin-rajin trim ye.
Selamat mencuba
Ekstra info:
Bila pokok dah besar dan penuh dalam botol boleh alih kepada pasu yang lebih besar. (Bahagian bawah tutup lubang pasu)
Saya guna baja organic+kulit telur+ ezigrow
Medium Tanah:Tanah hitam yang dijual di nursery.
Sumber : IEza Liey via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kejujuran dan kesetiaan antara suami isteri itu penting dalam memastikan hubungan suami isteri yang terjalin terus kekal bahagia selamanya. Pun begitu, kita juga sering mendengar kata-kata bahawa kesetiaan lelaki biasanya diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita pula diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.
Bercerita tentang setia, seorang suami yang dikenali sebagai Johan Ahmad, 45 juga pernah mengajukan persoalan kenapa isterinya yang masih setia bersamanya sedangkan kini dirinya berstatus OKU.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, bilamana Sri Norliana Muliyono, 33, yang memilih setia bersama suami, Johan Ahmad, 45, yang telah kudung kaki kiri selepas terbabit kejadian letupan gas di bengkel kereta miliknya pada 2020, menjadi perhatian.
“Saya Tidak Pernah Rasa Terbeban…”
Sri Norliana berkata, kejadian itu nyata mengubah kehidupan mereka sekeluarga apabila suami yang sebelum ini berusaha mencari rezeki kini hanya mampu bergerak dengan bantuan kerusi roda.
Menurutnya, setahun selepas kejadian itu dia yang tidak pernah berkerja nekad mencari rezeki bagi menyara keluarga, namun mengakui suami melakukan kerja sampingan bagi membantunya.
“Kami menjalani kehidupan suami isteri selama 15 tahun dan ketika suami masih cukup sifat dulu dia seorang yang bertanggungjawab serta berusaha memberi nafkah keluarga dan menyediakan keperluan kami tanpa berkira wang biarpun sibuk berkerja.
“Jadi atas alasan apa saya mahu meninggalkan suami dalam situasi yang dia sudah tiada upaya dan kudrat seperti dulu, malah saya tidak pernah rasa terbeban,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Suami Rajin Membantu
Dia yang berkerja dalam penyelenggaraan penapis air berkata, dalam keadaan yang terbatas, suami tetap membantunya dengan menguruskan rumah ketika dia berkerja dan menghantar anak sekolah.
“Dengan berkerusi roda suami buat kerja rumah termasuk memasak untuk anak ke sekolah. Dia tetap melakukan tanggungjawabnya bukan saja bantu di rumah, suami juga menjahit dan menjadi ejen jualan dalam talian,” katanya tinggal di Taman Anggerik, Bandar Tenggara, di sini.
Sementara itu, Johan berkata, dia kehilangan kaki kiri sehingga paras pangkal paha, tangan kirinya turut parah apabila terbakar dalam kejadian itu menyebabkan tangannya tidak dapat digenggam dengan sempurna selain ibu jari kanan juga putus.
Tidak Mahu Hanya Bergantung Pada Isteri
Bagaimanapun katanya, dia tidak mahu hanya bergantung kepada isteri semata-mata biarpun fizikalnya tidak sama seperti dulu.
“Kejadian itu menyebabkan saya hilang kaki dan perniagaan bengkel kereta tetapi bersyukur keluarga masih setia bersama saya.
“Saya tetap mahu berusaha untuk kelangsungan hidup dengan mengambil tempahan baju kurung (hanya untuk keluarga dan rakan), cadar, langsir dan set tilam bayi sambil turut berniaga dalam talian.
“Malah saya akan membantu isteri menguruskan rumah dan memasak setiap hari. Saya faham isteri yang sebelum ini tidak pernah bersusah payah berkerja kini terpaksa melakukan semua itu, jadi tugas saya meringankan kerjanya,” katanya.
Menurut Johan, dia terharu dengan kerelaan isteri yang sanggup berkerja demi keluarga mereka selain ketulusan isteri yang terus setia bersamanya.
“Saya anggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Biarpun sekarang perbelanjaan kami sudah tidak sama seperti saya berniaga dulu tetapi ia masih cukup dan yang penting sentiasa bersyukur,” katanya.
Sebut sahaja sardin tin pasti ramai yang cukup sukakannya. Makanan paling ringkas, pantas disediakan dan paling penting sedap rasanya. Apa lagi kalau buat pedas-pedas dan dimakan ketika panas.
Lebih hebat lagi sekarang semua orang dah mampu buat sardin tin sendiri yang dibuat daripada ikan segar. Lebih selamat dan paling penting langsung tak gunakan sebarang bahan pengawet. Malah kosnya pun lebih murah jika dibandingkan dengan harga setin sardin di pasaran. Bak kata orang boleh beli ikan sekilo!
Dah alang-alang boleh buat sardin tin sendiri, apa kata kita variasikan lagi jadi resipi yang lebih kreatif. Himpunan resipi menggunakan sardin tin ini anda boleh cuba. Memang menarik dan sedap!
#RESIPI 1
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250ml santan
3 biji ubi kentang
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
#RESIPI 2
SARDIN TIN MASAK TOMYAM
Bahan-Bahan:
1 tin sardin -saiz besar
4 batang serai saiz sederhana – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
8 biji cili padi – ketuk
1 kiub perencah tomyam Knor
1 biji bawang besar
3 helai daun limau purut (urat tengah tu buang)
2 helai daun ketumbar jawa
Sedikit perahan lemon
Cara Memasak:
1. Rebus air bersama serai, lengkuas dan cili padi.
2. Masukkan perencah tomyam, kuah sardin dan bawang.
3. Bila dah menggelegak, masukkan sardin, daun limau purut, ketumbar jawa. Biarkan mendidih dan dikacau sentiasa.
4. Bila kuahnya dah pekat, perahkan lemon dan perasakan dengan sedikit garam. Biarkan masak seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 3
SARDIN TIN MASAK PAPRIK
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1sm halia
5 biji cili padi -ketuk
1 batang serai
3 helai daun limau
Sedikit lobak merah, jagung mini dan sayuran lain
Garam dan air asam jawa
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili padi dan kesemua sayura lain.
3. Masukkan kuah sardin dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan sardin dan letakkan sedikit asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun limau purut.
6. Apabila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 4
GULAI LEMAK KUNING KELADI IKAN SARDIN
Bahan-Bahan:
1 tin sardin besar
100gm keladi -dibasuh dan direbus
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 liter santan
1sm kunyit hidup
1 batang serai -ketuk
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan kuah sardin, keladi, serai dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan bersama sardin dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
#RESIPI 5
ASAM PEDAS SARDIN TIN
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering -dikisar
2.5sm kunyit hidup -dikisar
6 biji bawang merah -dikisar
5 ulas bawang puth -dikisar
3 batang serai -diketuk
4 helai daun limau purut
3 sudu asam jawa -dicampur dengan 1 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik garing.
2. Setelah garing masukkan kuah ikan sardin dan kacau rata selama tiga minit.
3. Kemudian masukkan ikan sardin dan tuangkan pula air asam jawa. Masukkan juga limau purut dan juga serai.
4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya dan angkat.
Mana satu resipi paling disukai? Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.