Masalah biasa yang dialami golongan wanita adalah rambut gugur.  Sebenarnya bukan hanya wanita, tetapi lelaki juga turut mengalami masalah yang sama.  Namun, wanita antara golongan yang sering mengalami masalah rambut gugur, lebih-lebih lagi ketika selepas kelahiran.

Rawatan rambut menyeluruh menekankan empat aspek iaitu pembersihan rambut menyeluruh, mengelakkan keguguran rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan akar-akar rambut. tentang kepentingan penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala. Penjagaan rambut yang tidak betul akan menyebabkan rambut semakin menipis dan botak terutama di bahagian tengah.

Tip Penjagaan Rambut Sihat

  1. Gunakan produk rambut seperti syampu dan perapi yang bersesuaian.

Rambut Banyak Gugur, Usah Panik. Buat 13 Perkara Ni Sama Ada Lelaki Atau Perempuan Untuk Atasinya!

2. Letakkan syampu di tapak tangan, gosok sehingga menimbulkan buih kemudian sapukan pada rambut.  Elakkan dari meletakkan syampu terus ke atas kepala.

3. Gunakan hujung jari untuk mengurut lembut kulit kepala.  Elakkan menggosok atau menggaruk terlalu kuat menggunakan kuku ke atas kulit kepala.

4. Elakkan menggunakan air pada tekanan tinggi terus ke atas rambut.  Hal ini boleh memberi kesan pada akar rambut.

5. Gunakan perapi rambut yang telah disapu terlebih dahulu pada tapak tangan sebelum disapu kepada rambut.  Jauhi akar rambut.

6. Tidak digalakkan kerap menggunakan pengering rambut.  Jika perlu sekalipun, gunakan kepanasan yang rendah serta jauh dari rambut.  Pengering rambut menyebabkan rambut terlalu kering.

7. Sebaik-baiknya, gunakan tuala untuk mengeringkan rambut.

Rambut Banyak Gugur, Usah Panik. Buat 13 Perkara Ni Sama Ada Lelaki Atau Perempuan Untuk Atasinya!

Ads

 

8. Gunakan sikat yang jarang serta bermata bulat di hujungnya.  Sebaik-baiknya adalah sikat kayu.

9. Jaga pola makan. Diet yang betul memainkan peranan dalam menentukan kesihatan rambut. Pastikan anda mengambil makanan yang mengandungi banyak protein, vitamin dan air. Makanan seperti ayam, ikan, telur, bayam dan lain-lain sangat baik bagi pertumbuhan rambut.

10. Tekanan mental dan depresi boleh menyebabkan gangguan kesihatan fizikal. Stres boleh menghentikan pertumbuhan rambut. Selain itu, emosi terpendam dan kebimbangan dalam fikiran juga boleh menyebabkan rambut gugur.

11. Tidur mengatur hormon melatonindan kortisol dalam tubuh yang dikenal pasti memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut. Ketika tubuh tidak mendapat tidur yang cukup, proses pertumbuhan rambut akan terganggu.

12. Jaga kesihatan fizikal. Ketika tubuh sedang sakit, rambut tidak akan tumbuh sementara. Hal ini kerana tubuh sedang fokus dalam proses penyembuhan luka.

Ads

13. Amalkan memakai masker rambut. Buatlah jus menggunakan tiga biji kentang yang dilecek ditambah dengan sebiji kuning telur dan sedikit madu. Sapukan pada rambut dengan rata dan biarkan beberapa minit. Kuning telur dan madu membantu menambah kelembapan padan rambut sehingga rambut menjadi lebih halus dan lembut. Kentang pula mengandungi vitamin yang penting untuk kesihatan rambut.

Khasiat bahan alami untuk suburkan rambut

Lidah buaya

Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.

Minyak Zaitun

Caranya:  Sapukan sekurang-kurangnya lima titis minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.

Ads

Santan

Caranya: Ambil santan dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala hangat. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.

Madu asli

Caranya:  Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.

Saderi

Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI