Ibu kepada enam orang cahaya mata dan usahawan berjaya, Datin Sri Shahida Mohd Rashid dipuji wargamaya kerana dilihat semakin langsing dan ramping.
Menurut perkongsian DS Shahida melalui Instagramnya, dia terpaksa berdiet kerana masalah kolesterol dan risiko kencing manis yang dialaminya sehinggakan dia tekad untuk bersenam dan berdiet malah turut kerap berpuasa.
“Banyak betul tanya kenapa saya dah kurus dekat video sebelah. Saya dah hampir 4 bulan memang skip ambil gula, kerap puasa dan juga pergi kelas fitness.
“Asalnya bila buat medical checkup tak berapa cantik, kolestrol tinggi, risiko kencing manis pun hampir-hampir. Jadi saya decide untuk mulakan cara hidup sihat walapun saya ni pemalas nak bersenam,” katanya berkongsi.
Ads
Bahkan katanya lagi, walaupun payah diawalnya namun katanya aktiviti bersenam kini menjadi rutin baru yang menyeronokkan.
“Dari terpaksa sekarang jadi hobi pula. Bila tak bersenam rasa ada kekurangan dalam hidup.
“Start dari jangan minum air manis, lama-lama bila dah biasa minum air kosong kita pun tak lalu nak makan benda-benda manis,” tambahnya berkongsi ketika menjawab pertanyaan wargamaya menerusi ruang komen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut DS Shahida memuji penampilan terbarunya malah memuji kesungguhannya menjaga pemakanan biarpun sudah punya anak ramai. Bukan mudah nak berdiet!
Terdahulu, DS Shahida yang mendirikan rumahtangga bersama Datuk Sri Alif Syukri dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.
Nak cantik tak boleh malas sebab macam-macam petua yang boleh dipraktikkan. Tambah-tambah zaman ekonomi meleset ini.
Guna sahaja barangan di dapur seperti telur, madu, baking soda, beras kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. Malah petua begini juga dapat melindungi kulit dari bahan kimia
Jika anda mahu mendapatkan kulit yang halus dan mulus kena ikut petua. Bukan hanya perempuan, lelaki juga boleh mencubanya. Jom semak sama-sama.
Sumber: Fayyanfreaks
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak perlu berhabis untuk mendapatkan kulit wajah yang gebu dan sihat jika anda rajin amalkan petua penjagaan kecantikan ini. Maklumlah, nak cantik kenalah usaha dan bila dah cantik kenalah maintain.
Untuk itu, apa kata amalkan petua yang dikongsikan oleh Huda Seman atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Mak Tok. Menurutnya, untuk dapatkan kulit wajah berseri hanya menggunakan dua bahan sahaja dan menariknya kos yang digunakan untuk hasilkan sendiri ramuan tersebut cukup murah.
Jadi jom kita lihat petua ini.
“Mak Tok dah terai korang memang best weh hasil kejadiannya bile kite amalkan dan buat sendiri hasil memang puas hati. Yang mane nak muka glowing mowing meh cuba petua mak tok nie jer. Takat nak floles kan muke dan hege pon jimat meh #diykan jur.
“Hehe betul mak tok dah buat bukan tuk floles jer, jerawat ke parut jerawat atau muke blackout kalu amalkan sure cantik.
“Rasenya dah ramai yang tau kan kan. Jum kite pakat buat dan cantik tuk suami korang.”
Bahan-bahan:
1/2 biji timun
Gel Alovera
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis teh
Cara caranya :
2. Kemudian letakkan di dalam mangkuk dan campurkan dengan alovera. Kacau air timun dengan alovera hingga sebati.
3. Kemudian masukkan dalam dalam bekas spray dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara pakai :
Ketika hendak tidur atau masa free spraykan sahaja ke wajah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wany Hasrita dikenali dengan suara yang merdu dan bakat vokal yang memukau. Selain daripada bakat dalam bidang nyanyian, Wany Hasrita juga dikenali kerana penampilannya yang menawan dan kerendahan hatinya.
Cuaca negara kita yang panas membuatkan kita sering terdedah dengan sinaran ultaungu. Maka sebab itulah rutin kecantikan perlu dilakukan secara konsisten agar kulit wajah kekal terpelihara.
Tidak terkecuali juga dengan Wany, beliau juga mempunyai rutin penjagaan kecantikan yang diamalkannya setiap hari. Penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkongsi tip untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah, saya memakai krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit wajah. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany, anak kesayangan Norita Jaafar ini.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8.00 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.
Elak Makanan Berminyak
Selain amalan penjagaan wajah secara konsisten dan penggunaan produk yang betul, pemakanan juga harus dititikberatkan.
Wany juga akui dia mengelak menikmati makanan berminyak dan coklat dalam kuantiti yang banyak kerana ia adalah salah satu penyebab masalah jerawat. Malah makan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat.
Amal Minum Air Putih
Sementara itu, amalkan minum air putih antara dua hingga tiga liter sehari untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit wajah.
“Atas faktor tersebut, ke mana sahaja destinasi yang ingin saya tuju, wajib membawa satu botol bersaiz besar berisi air putih,” kongsi Wany lagi.