Rumahtangga bahagia adalah idaman semua pasangan bahagia. Saling melengkapi adalah kunci kebahagiaan.
Nak bahagia ada caranya antaranya suami yang harus memahami isteri, sebagaimana perkongsian.
Solat isyak di astaka di padang. Anak-anak nak ikut.
“Tak apa, abang solat, saya jagakan budak-budak”, kata acik cantik.
Tarikh hari ni istimewa. Kenapa istimewa? Saya pun dah lupa.
Cuma saya tahu, kita semua pernah rasa istimewa setiap hari-hari kita bersama pasangan.
Dan rasa itu kadang-kadang hilang kejap dari hati kita setelah sekian lama bersama. Kasih sayang itu dari hati. Hati itu milik Allah.
Orang kata, rumahtangga yang bermasalah selalunya punca dari suami yang taguna.
Entahlah. Saya tak tahu salah siapa apabila rumahtangga bermasalah, yang saya tahu, suami cuba jaga 7 perkara ni. Kita jaga sama-sama.
1. Jangan jerit pada isteri. Itu sangat menyakitkan mereka.
2. Jangan mengata atau cerita tak baik mengenai isteri kita. Selalunya, mereka akan jadi siapa yang kita katakan itu.
3. Usah marah isteri atau jatuhkan maruah dia dengan mengkritik mereka depan anak atau orang lain. Tak perlu dedahkan kelemahan mereka. Kelemahan kita akan terdedah juga. Jadilah pelindung mereka.
4. Usah bandingkan isteri kita dengan wanita lain. Kalau wanita lain tu lebih baik untuk kamu, mesti Allah dah jadikan dia isteri kamu. 5. Berlemah lembut dan jadilah orang yang menenangkan isteri. Dia sudah korbankan banyak perkara kerana bersama dengan kita. Sikap jengkel dan kasar kita sangat menyakitkan mereka. Mereka adalah sebuah jiwa yang perlukan belaian, bukan sekadar seketul daging dan darah.
6. Hargai dan berterima kasihlah pada isteri kerana menjaga rumah, anak dan diri kita. Itu satu pengorbanan besar.
7. Jangan penat beritahu dia ‘i love you’ sepanjang hari dalam hidupnya. Mereka tak akan pernah penat mendengarnya.
Seronok baca kan? Sekarang, tukar perkataan isteri dalam setiap 7 point ini kepada perkataan suami. Ha, rasa apa?
Usah letak harapan orang untuk berubah. Kau akan kecewa. Letak harapan diri kita berubah, supaya kita tidak mengecewakan.
Bukan apa orang perlu buat, tapi apa kita boleh buat. Sahabat Yaminika selalu pesan, “Sayangi pasangan kita, kerana Allah. Allah dahulu, tapi keluarga bukan kemudian”
Zaim Zin, suami kiriman salam.