Umum mengetahui Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seorang yang sangat gemar memasak dan ‘beraksi’ di dapur istana. Malah, baginda kerap memuat naik perkongsian menu masakan di laman Instagramnya.
Jika anda mengikutinya di laman Instagram @airtangan_tunkuazizah yang mempunyai hampir 1 juta pengikut (followers) itu, pasti skrin telefon anda akan ‘disajikan’ dengan pelbagai menu masakan yang dimasak oleh Seri Paduka Baginda Tunku sendiri.
Menariknya, baru-baru ini Tunku Raja Permaisuri ada berkongsi sebuah buku resipi hasil nukilannya, namun yang lebih menjadi perhatian adalah semua isi kandungannya ditulis dengan tulisan tangannya sendiri.
Dikatakan segalanya terinspirasi daripada buku resipi yang dimiliki atas nama Duli Yang Maha Mulia Allahyarhamah Tengku Ampuan Rahimah, iaitu Tengku Ampuan Selangor.
Menurut baginda lagi, buku resipi hasil tulisan tangannya itu dibuat kerana mahu memastikan ia menjadi warisan keluarga.
“Kenapa saya menulis resipi (dengan tulisan tangan) dan bukan dengan menaip di komputer adalah kerana saya mahu mewariskan resipi ini sebagai legasi saya; tulisan tangan.
“Seperti yang Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah Selangor pernah buat dulu..Betapa cantiknya tulisan tangannya dan betapa hebatnya juga Baginda memasak! Al-Fatihah!” katanya dalam perkongsian tersebut.
Di bawah ini adalah beberapa halaman muka surat yang mengandungi resipi masakan dalam buku resipi warisan tersebut.
Terdapat banyak nama resipi yang unik dan menghiburkan hati, antaranya Melting Moments (nombor 37), Mee Hasnah (60) dan Ikan Bilis Maziah (92).
Beberapa hari kebelakangan ini Baginda Tunku Azizah sering berkongsi halaman resipi-resipi dalam buku tersebut ke Instagramnya.
Bagaimanapun, ada satu jenis resipi yang menjadi perhatian warganet iaitu menu ‘Ayam Masak Yahudi’ hingga menimbulkan pelbagai persoalan daripada warganet.
Resipi Ayam Masak Yahudi itu berada pada nombor menu yang ke-104 di buku tersebut.
Disebabkan ramai yang bertanyakan resipi tersebut, Baginda Tunku Azizah kemudiannya memuat naik perkongsian apa sebenarnya resipi Ayam Masak Yahudi.
Ramai yang menanya ayam masak yahudi ! sebenar nya rencah nya sama dengan masak arab , cuma tidak masukan tomato dan susu cair, di gantikan dengan kicap …. jadi kita semua gelarkan masakan tersebut masak yahudi …. memang nakal!
Jom cuci mata, banyak yang ditawarkan di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Instagram Tunku Azizah