Walaupun sibuk dengan pelbnagai urusan rasmi, namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkesempatan membuat tinjauan di sebuah pasaraya bagi melihat keadaan terkini.
Dalam perkongsian beliau menerusi laman facebooknya Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri memuji sikap orang ramai yang semakin peka dengan arahan pihak berkuasa.
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.
Ads
Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.
Ads
Ziee An🤲 Jaga diri #StayHealthy TS Muhyiddin Yassin 💪 Tolong #StayStrong untuk diri & kami rakyat Malaysia. Terima Kasih untuk semua yg TSMY lakukan demi kesejahteraan Negar & Rakyat. #StayAtHome
Kamarul ZainalKesihatan juga perlu jaga Tan Sri, semoga Allah beri kesihatan yg baik kepada Tan Sri untuk mentadbir negara dalam krisis yang melanda sekarang dan semoga diberi kemudahan dalam setiap perancangan.
Ads
Ann Shah AriffinThe most tested PM in Malaysian history. Stay strong, be humble and keep up the good work!
Iqram LutfiAlhamdulillah.. TSMY kerap melihat situasi dan permasalahan rakyat.. Semoga Allah memanjangkan usia tan sri.. Semoga Allah memberikan tempoh pemerintahan yg panjang di bawah Tans Sri.. Semoga Allah membantu Malaysia bangkit di bawah pemerintahan Tan Sri..
Ike TanOur PM so cute! Yes, you may have not been an ideal candidate nor was your present government voted in – but you have done so well during these trying times. Great job and keep up the good work! And do stay safe too, my PM.
Mohamad MuammarMoga diberi kesihatan yg baik buat ayah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Terima Kasih krna hadir pd waktu tepat rakyat memerlukan ayah.. Semoga virus Covid 19 nie hilang sebelum puasa yg akan dtg.. insyAllah.. Amin.
SK ChewGood example, Ketua isi rumah yg keluar seorang saja utk membeli barangan keperluan- social distancing
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melakukan perancangan kewangan untuk berhari raya walau ada yang menyifatkan seakan sukar untuk direalisasikan tetapi andai bijak diurus akan mudah kita menjalani kehidupan ini.
Melihat lebih detail, wanita ini kongsikannya contoh kira-kiranya untuk dijadikan panduan.
BAJET RAYA – NGABIHKAN BOREH JO…
Ada rakan sahabat mencadangkan akak untuk membebel tentang bajet raya. Baiklah akak cuba ya… Jika ada yang tertinggal, silakan saja tambah agar kita semua beroleh manfaat.
Bagi rakan sekerja yang mengenali akak tentulah terfikir, elleehh…. akak suami isteri bergaji Manager juga Senior Engineer. Lagi nak sembang pasal bajet raya!
Duhai sahabat,Jika anda membaca e-catatan “Pelabur Bilis Yang Rojak” pasti anda faham bagaimana akak sentiasa menulis daripada perspective rakan bergaji rendah juga pasangan muda.
Benar, pendapatan isi rumah kami hari ini mencecah lima angka. Namun di awal perkahwinan kami adalah miskin bandar.
Arrgghh.. Anda bacalah e catatan akak baru anda faham. Barulah anda tahu bahawa 13 tahun lepas akak pernah memakai ‘kasut’ yang sama seperti anda.
Okay, berbalik kepada persoalan bajet raya, akak berpegang kepada beraya lah mengikut kemampuan. Jika bergaji besar tidak mengapa.
Namun jika gaji isi rumah di bawah RM3,000 anda mungkin berkeluh kesah bagaimana mahu membina bajet bagi menyambut perayaan?
Maka ini adalah pandangan akak yang pernah bergaji kecil juga :
1 – Pecahkan jumlah bajet perbelanjaan raya tahunan kepada beberapa bahagian seperti gambaran di bawah.
2 – Bahagikan jumlah tersebut kepada kadar bulanan dan kemudiannya harian. Barulah nampak berapa kadar harian perlu di simpan.
3 – Daripada situ kita boleh nampak bahawa peruntukan raya adalah pada kadar di bawah RM5 sehari. Bajet begini sederhana tapi bahagia.
4 – Kalau kita mengamalkan tabung berwarna hijau, hal ini tidaklah menjadi masalah. Setakat baju raya tiga orang anak tentulah lepas. Beli jenama Hari-Hari dan Mydin pun okay juga. Janji selesa.
5 – Tambahan pula jika kita punyai dana kecemasan untuk kerosakan kereta, kesihatan juga ‘unforseen maintainance’. Jika tiada apa berlaku, pulangkan balik ke dalam tabung kecemasan.
6 – Pakaian raya jika Baju Melayu dan baju kebaya seharusnya selang dua tahun barulah beli. Suami isteri di hari lain pakai baju uniform pejabat.
7 – Ye la, bukannya setiap hari kita pakai baju Melayu juga kebaya. Terkadang time kenduri kendara atau majlis tertentu sahaja. Itupun kalau ada jemputannya…
8 – Bab duit raya juga berilah secukup rasa. Jangan malu jika envelop kita nipis. Sekurang2 kita guna wang simpanan, bukan wang pinjaman untuk beraya.
9 – Kuih raya dua tiga jenis dah cukup dah. Adik beradik lain pun bawa balik kuih ke kampung juga. Jika di combine dah dapat 5-6 jenis kuih. Kan meriah jika adik beradik berkongsi rasa?
8 – Dalam wassup group family bincang dengan abang kakak. Saya bawa balik kacang dan kerepek, abang bawa semperit, kakak bawa tart nenas dan adik bawa air cordial. Mak ayah tentu gembira lihat keakraban kita adik beradik saling bekerjasama.
9 – Lebih meriah jika sekeluarga berkongsi rasa. Sediakan juga sedikit wang untuk beli lauk pauk juga. Sesekali balik kampung jangan jadi buaya. Selamba membedal makanan langsung tak nak keluar belanja. Sorang seratus dua, 3-5 beradik dah tentu cukup belanja.
10 – Jika gaji tak cukup untuk bina tabungan raya, carilah pendapatan kedua. Target sehari mahu dapatkan minimum RM5 sebagai bajet raya tahunan.
11 – Bajet raya tahun ini seharusnya bermula semenjak lepas raya tahun lepas. Rancang awal mengikut kadar harian tidaklah pening kepala.
12 – Macam biasa, kalau malas cari pendapatan kedua ikat perut kurangkan belanja. Dah memang asas kewangan begitu. Samada tingkatkan pendapatan atau kurangkan belanja.
13 – Jauhi perangai bergaya sakan di hari raya, hutang peribadi tidak terkira. Pagi raya kemain suami isteri menangis keinsafan. Balik raya fikirkan hutang suami isteri menarik muka. Apa guna bergaya raya hingga hilangnya rasa cinta?
14 – Credit card pun jangan asyik diguna. Wang plastik itu bukanlah hak kita. Itu wang bank yang punya. Gaji ciput perlulah kita berkira-kira. Berbelanja dengan berjaga-jaga.
15 – Yang mertua ipar duai janganlah perangai syaitoon kembali di hari raya. Buang perangai membanding mengumpat sesama kita. Menantu ini bagi angpow sedikit menantu itu bagi banyak. Adoiii jangan jadi dasar mertua versi ‘mak kau hijau’
16 – Kita ini di zaman millenium. Masyarakat lebih pintar. Kita tak heran gaya kalau poket rabak di sini sana. Langsir, sofa dan balang kuih bukanlah keutamaan berbanding saling menziarah bertanya khabar sanak saudara.
17 – Biar kurang gaya asalkan buku akaun berderet angka, asset dan passive income sentiasa ada. Bila dikutuk, abaikan saja. Mereka tak nampak angka PNB, KWSP, TH, AHB, portfolio juga pendapatan sewa yang kita punya. Tak perlu pun kita heboh cerita. Asset kita tak perlu dijaja cerita kepada sesiapa.
18 – Ehhh tapi ingat, bajet pun bajet juga. Zakat fitrah bayar sekarang. Jangan asyik bertangguh sesaja. Takut nanti terlupa, sibuk gegarkan rumah kawan yang layak menerima di awal pagi raya. Ini menyusahkan semua.
19 – Akak cerita ini bagi yang bergaji kecil. Yang gajinya besar masa ini adalah musim kita bersedekah. Berilah mengikut kemampuan. Dalam rezeki kita ada hak kawan. Jangan kedekut hingga menewaskan rekod ‘Haji Bakhil’ pula.
20 – Dalam gambaran di bawah akak cuba bina cadangan bajet bagi isi rumah bergaji bawah RM3,000. Anda nilai dan selarikan ikut kesesuaian. Dah nama pun cadangan secara anggaran.
21 – Sekian dulu bebelan akak. Semoga sedikit memberi manfaat. Mulakan bajet raya seawal boleh ya.. Jangan too little money, too much to spend pula.
22 – Ehh! Lagi satu, beria-ria buat BAJET RAYA tapi tak kalau tak de disiplin nak patuh, lebih baik jangan buat bajet. NGABIHKAN BOREH JO…
Notakaki : Sila rujuk anggaran bagi mendapat sedikit idea cara mudah membina bajet raya. Asingkan mengikut kategori ya!
Hubungan suami isteri diakui memang banyak cabarannya, dan untuk mengekalkan keharmonian alam perkahwinan hingga hujung nyawa bukanlah mudah. Perlu pengertian, pengorbanan dan keserasian di antara suami dan isteri.
Berkongsi detik bahagia buat puan Napisah Noor, 56 dan suaminya Abdul Latiff Abdul Rahman, 56 sempena 30 tahun melayari bahtera rumah tangga, telah merakam gambar kenang-kenangan ala-ala pre wedding yang nampak begitu romantis sekali.
“Saya bukan mahu menunjuk bahagia tetapi apa yang dilakukan ini sebagai kenangan saya dan suami sempena 30 tahun melayari bahtera rumah tangga,” kata Napisah Noor.
Demikian respon Napisah apabila gambarnya bersama suami, Abdul Latiff Abdul Rahman, 56, tular di media sosial memakai busana pengantin berwarna peach merakam gambar kenangan ala ‘pre-wedding’ di Langkap, di sini, sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-30.
Memetik berita yang dikongsikan di myMetro, difahamkan gambar mereka mendapat perhatian warganet yang memberikan idea untuk sambutan ulang tahun perkhawinan nanti selain ramai yang turut mendoakan suami isteri berkenaan.
Napisah berkata, idea untuk merakam gambar itu daripadanya sendiri sebagai kejutan untuk suami sempena ulang tahun perkhawinan mereka ke-30 pada 12 November lalu yang juga hari lahirnya.
Kejutan Buat Suami
Menurutnya, dia mendapatkan khidmat jurusolek daripada anak angkatnya, Normaizatul Azawiyah yang membantu merealisasikan ideanya itu.
“Idea datang secara spontan dan hanya suka-suka saja untuk meraikan hari lahir dan ulang tahun perkhawinan kerana perancangan anak yang mahu membawa kami bercuti ke Port Dickson terpaksa ditunda.
” Saya kemudian meminta suami yang berkerja sebagai pemandu lori mengambil cuti dan kononnya mahu memberikan kejutan tetapi terpaksa memberitahu pada Rabu lalu kerana kami perlu mencuba baju pengantin,” katanya yang tinggal di Kampar ketika dihubungi, hari ini.
Kenangan Untuk Keluarga
Menurutnya, suaminya tidak menolak, malah menyokong apa dilakukan asalkan dia gembira dan suaminya bersama anak juga memberikan kejutan hadiah padanya.
“Saya suka bergambar berbanding suami dan dia juga jarang senyum ketika mengambil gambar. Sepanjang proses merakam gambar itu suami nampak gembira dan tersenyum, itu yang membuatkan anak-anak mengusiknya.
“Semua ini hanya untuk kenangan keluarga kami. Sementara masih ada masa bersama saya mahu manfaatkan dengan detik indah selagi ia tidak melampaui batas,” katanya.
Napisah berkata, ia juga mengembalikan memori ketika melangsungkan perkhwinan mereka dahulu dan anak juga gembira melihat mereka kembali menjadi ‘pengantin’.
“Anak-anak seronok dan tak sangka saya akan buat begini. Alhamdulillah, kami juga banyak mendapat respon baik selepas gambar tular di media sosial, ada tumpang gembira dan mahu mengikut idea ini,” katanya.
Ayam Goreng Ala Korea ini pasti menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi peminat cerita Korea. Asyik betul apabila melihat mereka makan terus rasa terliur.
Rahsianya terletak pada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Kalau biasa anda membeli untuk menikmatinya, apa kata kali ini buat jer Ayam Goreng Ala Korea sendiri resipi daripada Zurina Zulkefli.
Ayam Goreng Pedas ala Korea Salut Cheese Snek saya petang ini. Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Saya suka 🙋🏻♀️. Sebelum digaul dengan tepung saya biasa perap ayam guna yogurt perisa original, lebih senang berbanding guna susu.
Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula saya lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup. Resepi saya sertakan pada setiap gambar walaupun rasa saya ramai je yang dah biasa buat ayam korea ni ❤️.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua.
Satu botol yogurt perasa original.
Tepung beras dan tepung jagung.
Serbuk lada sulah dan lada hitam.
Pes pedas korea, apa² jenama yang ada di pasaran.
Serbuk Cheese.
Minyak masak.
Cara membuat:
Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam (saya guna Ajishio) untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.
Kemudian masukkan sebotol yogurt.
Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpan tepi.
Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
Ini pula serbuk cheese yang saya guna, buatan bumiputra juga Saudagar Rasa. Cuma perlu campur dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Senang je. Anak saya suka sebab cheese dia sedap. Secukup rasa. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata. Ayam pedas bersama cheese.