Pedih ulu hati merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Namun, jika kerap mengalami sakit dada dan pedih ulu hati, pasti anda akan tertanya-tanya jika anda ada menghidap penyakit jantung.
PEDIH ULU HATI ATAU SAKIT JANTUNG, APA BEZANYA?
Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.
Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada. Kadangkala, sensasinya dapat dirasai sehingga ke anak tekak. Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan, ketika anda berbaring ataupun sedang membongkok.
Sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat dengan plak. Selalunya, plak yang terbina di dalam arteri terdiri daripada gumpalan lemak atau kolesterol.
Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah. Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung. Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung.
Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau. Itu adalah normal. Namun, jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.
Selain itu, jika anda telah pun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.
KENALI SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG DAN PEDIH ULU HATI
Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, heartburn atau sakit jantung?
Ads
Sukar untuk membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.
Heartburn selalunya mempunyai simptom-simptom berikut:
1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada.
2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
5. Boleh menyebabkan anda rasa masam pada lidah.
Ads
6. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.
Selain itu, 5 tanda lain sakit jantung yang perlu diketahui ialah:
1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
Ads
5. Nafas tercungap-cungap.
Tetapi, jika anda cuma mengalami heartburn atau pedih ulu hati, rasa pedih yang menyerang itu akan beransur-ansur hilang.
Namun, jika anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, segera pergi ke hospital ataupun dial 999 ketika kecemasan.
Simptom sakit jantung mungkin berbeza-beza mengikut individu. .
JANGAN AMBIL RINGAN JIKA ALAMI PEDIH ULU HATI
Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2018, hampir 36% kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular. Statistik ini mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapat rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.
Jangan abaikan rasa sakit dada dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja. Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda. Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Keputusannya untuk bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor mendapat reaksi ramai pihak.
Menjelaskan isu tersebut, akui Penyanyi Ashira, dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.
Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz memuatnaik hal terus menerusi Insta Storiesnya.
Dia turut berterima kasih atas keprihatinan semua, begitupun Ashira memohon Warganet tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.
“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?
“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.
Bahkan dia turut menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini.
“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.
“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” ujarnya lagi.
Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).
“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.
“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dialami.
Bila nak buat resipi mesti mak-mak akan cari resipi yang mudah dan cepat nak buat. Paling best apabila dalam satu resipi boleh buat dua tiga jenis.
Begitu juga dengan resipi ini Roti Donut Bomboloni, pelbagai roti boleh buat. Apa lagi jom lihat cara penyediaannya.
Takyah susah-susah pakai resepi lain-lain, satu resepi ni je dah boleh jadi macam-macam. Yang penting sedap, gebu, lembut dan jadi!
RESEPI 3 in 1 Roti Donut Bomboloni Sedap
(Burger malaysia pun boleh) Bahan A
* 11g yis paket (instant)
* 2 sudu besar gula
* 1 cawan air suam
bahan bertanda * satukan dan biarkan sampai naik buih
Bahan B
500 g tepung roti / tepung gandum
1 sudu kecil garam
4 sudu besar marjerin / butter
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil bread improver (kalau ada, lagi baik.. takde – boleh je janji buat)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur (pukul telur sekejap dengan garfu hingga berbuih)
Satukan semua bahan B sampai jadi macam serbuk roti
Campur dengan bahan A
Uli hingga tak lekat di tangan
Kalau guna breadmaker, masukkan Bahan A (cecair) dulu, kemudian masukkan Bahan B.
Biarkan lebih kurang 30 minit. Dah naik, tumbuk buang angin dan bahagikan doh kecil2 ikut suka besar mana. Roundingkan.
Kalau nak buat donut, buat lubang di tengahnya.
Ketepikan, biar sekejap dalam 10 – 15 minit.
Kalau nak buat roti, masukkan dalam loyang. Taburkan potongan kecil butter di atas adunan roti.
Untuk Donut :
Panaskan kuali api sederhana, masukkan donut dan biarkan sekejap, dah perang baru terbalikkan sebelah lagi.
Angkat, toskan minyaknya di jaring.
Kisar gula + sedikit susu tepung untuk salut donut.
Cucuk inti coklat / nutella untuk bomboloni.
Kalau jadikan roti, bila dah naik gebu, panaskan oven 160c, bakar roti api atas dulu 7 minit, kemudian buka api atas bawah 15 minit. (Agak-agak, ikut oven masing-masing ya)
Gebu, gebas dan sedappp!
Selamat mencuba semua! 😍
Sudah hampir 20 tahun memiliki rumah idaman, tentu ada yang bercadang untuk melakukan ubah suai rumah. Antara yang turut menjadi tumpuan adalah tangga dalam rumah.
Sebagaimana perkongsian Puan Aina Syafiqka telah melakukan makeover tangga dirumahnya.
Menariknya hanya bermodalkan RM200, berjaya menjadikan tangga kelihatan menarik.
Makeover Tangga Dirumah Bermodalkan RM200 Sahaja Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy
1. Bersihkan dahulu tangga untuk pastikan ia kering sebelum melakukan undercoat. 2. Selepas itu, undercoat dahulu kesemua 2 layer
3. Habis semua 2 layer, barulah pergi ke proses mengecat colour. Start dengan warna putih dan hitam.
4. Disebabkan cat itu kena mix dengan hardener untuk tidak membazir kuantiti cat tersebut, saya bahagi kan jumlah cat untuk mix dengan hardener.
5. Saya tak bancuh terus 1 tin sebab kalau dah bancuh dan mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu. So nak jimat dan tak nak bazirkan duit & cat saya bahagi2kan ratio.
Hasil Selepas Cat
Inilah dia hasil selepas kesemua cat selesai digunakan. Lepas ni nak turun atau naik tangga pun nampak cantik dah. Tak perlu nampak macam tangga biasa lagi.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.