Tempat isteri sememangnya pada suaminya. Walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun, selagi suami tidak melanggar syarat, seorang isteri wajib menjadikan suaminya di angka nombor satu. Kemudiannya barulah mendahulukan kedua ibu ayahnya.
Itu kisahnya dengan suami yang menjadi nombor teratas dalam hidup indah seorang isteri. Bagaimana pula kisahnya dengan mentua dan ibu kandungnya?
Ada pendapat mengatakan bahawa tempat kedua bagi seorang isteri adalah ibu bapa mentuanya, iaitu ibu bapa kepada suaminya berbanding ibu ayah kandungnya sendiri. Harus mengutamakan ibu bapa mentua berbanding ibu bapa kandung. Soalnya benarkah begitu?
Ramai isteri yang buat silap. Tak perlu terus berteka-teka dan tidak pasti, ada baiknya semua isteri-isteri dengarkan penjelasan penuh berkhemah daripada yang selayaknya, Dr. Ustaz Rozaimi Ramle yang menyatakan hal ini dengan sejelas-jelasnya.
UNTUK ISTERI: MERTUA LEBIH UTAMA DARIPADA IBU BAPA KANDUNG?
Kalau isteri suami no 1, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? Kalau suami pulak ibu lebih utama dari isteri kan? Tapi nafkah tu memang isteri la yang mesti diutamakan.. kan? Tapi kebajikan ibu bapa tak boleh diabaikan.
Jawapan: Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.
Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini.
Ads
Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri.
Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua’lam.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?
Di sini kami kongsikan satu ringkasan fatwa, sama seperti yang ustaz jawab di atas.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri.
Ads
Benarkah hal ini?
Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.
2. Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
Ads
3. Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4. Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.
5. Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.
*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi
Perasan tak, setiap kali buat video bersama anak-anak, usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida atau singkatannya DSV mesti akan mengucapkan ayat keramat ini pada anak-anaknya. Bak kata netizen, siapa sangka daripada kata-kata itu menjadi doa untuk anak menjadi seorang yang baik pekerti.
Baru-baru ini, anak lelaki DSV, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin ada memuat naik satu video di laman Tiktoknya yang telah mendapat pujian ramai dek kerana sikapnya yang baik dan menghormati orang lain.
Mengikut jejak ibunya, Kacak dipercayai bakal melancarkan baju melayu jenamanya sendiri. Dalam video yang dikongsikan, Kacak yang memakai baju jenamanya itu telah mendapat pujian oleh seorang pekerja warga Bangladesh di sebuah stesen minyak.
Disebabkan itu, Kacak berhasrat untuk menghadiahkan koleksi bajunya memandangkan pekerja itu belum mempunyai baju raya meskipun baju tersebut masih belum terjual.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah kesopanan Kacak dalam menyantuni pekerja tersebut dengan begitu baik. Ramai yang memberikan pujian kepada remaja berkenaan kerana turut memeluk dan mencium tangan pekerja itu ketika bersalaman sebagai tanda hormat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa sebak melihat reaksi kacak yang memeluk lelaki tersebut ketika dia menghulurkan tangan untuk salam. Malah, mereka juga turut mendoakan supaya kacak dimurahkan rezeki.
Kacak merupakan anak kedua DSV dan mempunyai seorang kakak yang juga menceburi bidang seni iaitu CikB atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 17.
Sumber: TikTok kacak officialmy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang Petintah Kawalan Pergerakan tentunya kita sebagai ibu ayah akan pastikan stok makanan di rumah sentiasa mencukupi untuk seisi keluarga.
Jika boleh pelbagai jenis makanan dibeli untuk memenuhi keperluan, seperti ikan, ayam, telur, sayuran hinggalah junk food yang kita fikir untuk kudap-kudapan anak-anak di rumah.
Pun begitu, tahukah anda tindakan kita dengan membeli stok makanan yang tidak sihat akan turut mempengaruhi kesihatan anak-anak kita.
Kenapa dikatakan begitu?
Jadi nak tahu lanjut, ikuti perkongsian doktor ini.
Dah seminggu anak-anak duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.
Kawan-kawan yang kerja di klinik kesihatan beritahu perkara yang sama juga.
Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda immuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.
Gambar hiasan
Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Jajan.
Keropok.
Mi segera.
Air kotak.
Gula-gula.
Coklat.
Minuman dalam tin.
Air gas.
Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting.
Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia.
Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.
Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!
Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.
Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah.
Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni.
Bantu saya #share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapelat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.
Musim hujan begini, pastinya tidak terlepas daripada demam dan selesema. Terutama bagi mereka yang mempunyai antibodi tak kuat. Jika anak-anak anda jenis yang sukar nak makan ubat, pasti ini mendatangkan masalah.
Susu kunyit salah satu kaedah tradisional yang dikongsikan oleh Sue Bertley menerusi laman facebooknya bagi menghilangkan batuk, selesema atau penyakit ringan lain terutama yang melibatkan saluran pernafasan. Mungkin kaedah ini sesuai untuk ibu-ibu praktikkan kepada anak-anak yang tak suka makan ubat.
Jom cuba:
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung atau susu Farm Fresh/GoodDay/ DutchLady)
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (optional)
Cara-cara:
Didihkan sedikit air dalam periuk.
Tumbuk isi kunyit hingga hancur dan perah jusnya.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu dan kacau hingga sedikit berbuih. Ambil sedikit serbuk Lada Hitam, masuk dalam susu tu.
Kacau seketika, kemudian, masukkan jus kunyit. Setelah sebati, tutup api.
Tip tambahan
Masukkan madu sebagai perasa
Langkah berjaga-jaga:
Yang ada penyakit batu karang tak boleh minum air susu kunyit ini.
Ibu mengandung disarankan dapat nasihat Doktor.
Untuk budak, mulakan dengan dos kunyit rendah, kalau okay baru naikkan sedikit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar simbol kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga waktu untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan.Sempena Syawal, Majalah Keluarga bertuah diberi peluang untuk...