
Tiada siapa yang mengetahui rahsia bila kita akan menemui Sang Pencipta. Namun mati dalam keadaan husnul khotimah memang seharusnya menjadi salah satu impian dari umat muslim.
Husnul khatimah membawa maksud kematian di dalam reda Allah dan kita juga reda dengan ketentuan Allah SWT.
Muat naik foto Pencetus Ummah (PU) Amin dan Insta Story di laman Instagram mengundang sebak dikalangan wargamaya.
PU Amin memuatnaik beberapa keping foto pengebumian jenazah seorang imam masjid yang juga merupakan kenalannya. Katanya lagi, arwah kemalangan motor setelah mengajar Al-Quran.
Meninggal dunia lepas habis mengajar Al Quran
Dia yang menyertakan kapsyen penuh makna yang mengundang sebak di kalangan netizen.
“Takziah buat sahabat seperjuangan,Al Fadhil Ustaz Irfan Al Hafiz. Seorang hafiz Al Quran dari Shubro Mesir. Ahli Quran. Irfan Imam Masjid Tg Karang. Umur sebaya baru 32 tahun.
Pergi dulu dari kami. Baru je kahwin. Irfan kemalangan motor petang tadi. Meninggal dunia lepas habis mengajar Al Quran di MITTIS. Husnul Khatimah. Sayu hati ini. Moga Allah tempatkan nya di Syurga. Al Fatihah..”
Memori kenangan bersama:
Anak Selangor,Mesir
2014 (Tahun Akhir),
Bazar Rumah Selangor,
Hayyu Asyir, Kaherah Mesir.
Warganet Ucap Takziah
Melihat foto pengebumian jenazah itu, para netizen mengucapkan takziah dan mendoakan arwah.
.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
‘Semalam Air Muka Arwah Sedih.’ Wanita Maut Dibelasah Guna Tukul Besi Akibat Cemburu Buta Suami, Anak Baru Berusia 6 Bulan

Akibat cemburu, seorang suami bertindak memukul isterinya dengan tukul besi sehingga maut.
Kajadian ini berlaku di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu pada jam jam 8 pagi selepas mangsa yang baru sahaja sampai di rumah selepas menghantar anak ke sekolah berhampiran.
Difahamkan berlaku pertengkaran di antara pasangan suami isteri ini sehingga menyebabkan mangsa dipukul menggunakan tukul besi dan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan dahi.
Suspek yang merupakan suami kepada mangsa kemudian telah pergi ke rumah datuknya yang tidak beberapa juah dari lokasi. Dia telah memaklumkan kepada kakaknya yang dia telah membunuh mangsa menggunakan tukul tersebut sambil menangis ketakutan.
Kemudian suspek pulang semula ke rumah dan meratapi mayat isterinya yang terbaring di ruang tamu. Disebabkan ketakutan melampau, suspek cuba membunuh diri tetapi dihalang oleh ahli keluarga dan jiran.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, pihak polis telah menemui enam kesan kecederaan akibat hentakan kuat yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa. Dua kesan hentakan di bahagian mata kanan, dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.
Kesan kecederaan itu berkemungkinan kerana dihentak dengan tukul berkali-kali.
“Ketika kejadian, pasangan itu bersama bayi yang berusia tiga bulan berada di dalam rumah itu. Mangsa, Rubiah Sabtu, 41, menjalankan perniagaan kedai runcit dipercayai dibunuh akibat masalah perselisihan faham.
“Pasangan itu baru setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan. Mangsa sebelum ini pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai enam anak,” katanya.
Adik mangsa iaitu Rozilan Yusof berkata, kakaknya itu seorang yang pendiam dan baik. Mereka sangat rapat walaupun berlainan bapa dan selalu berkongsi masalah. Kejadian yang menimpa kakaknya itu membuatkan dia sangat terkejut.
“Saya dikejutkan dengan panggilan daripada bekas abang ipar (bekas suami mangsa) jam 10 pagi yang memaklumkan kakak mati dibunuh. Saya seperti tidak percaya sebelum pergi ke rumah mangsa, remuk hati melihat kakak sudah tidak bernyawa,” katanya.
Menurut Rozilan, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa adalah pada petang semalam. Melihat air muka kakaknya kelihatan sedih, namun tidak pula bertanya mengenai hal itu.
“Biasanya kalau ada masalah, dia akan cerita pada saya dan saya pun tak tanya kenapa mukanya sedih ketika itu. Dia ada menghubungi saya pada jam 1.10 pagi tadi untuk meminjam kipas kerana anaknya panas. Tetapi tidak dapat membantu sebab masih bekerja di kedai makan.
“Abang ipar (suspek) sangat baik dengan saya dan kami kenal lama kerana tinggal sekampung. Dia jenis pendiam, sepatah saya cakap, sepatah dia jawab. Dia bekerja sebagai tukang rumah. Bila balik bekerja, dia akan duduk di rumah membantu isterinya termasuk bermain dengan anak-anak.
“Beberapa hari saya tidak berjumpa dengan dia (suspek) dan kejadian hari ini sangat mengejutkan kami,” katanya.
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak Buat Modal Beli Rumah RM300K Dalam Masa Lebih Singkat, Begini Cara Boleh Buat Walau Gaji Tak Banyak!

Gaji kecil sebenarnya tidak menghalang untuk anda memiliki rumah idaman untuk keluarga tercinta. Cuma ada strategik yang tepat perlu diatur untuk direalisasikan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Harith Faisal di akaun fbnya.
Kita ni manusia penuh dengan sifat tak sabar. Semua nak yang best. Semua nak yang mahal. Semua nak yang mewah. Tapi itu semua nak dapat segera dan cepat. Apa kata kita rendahkan sikit target tu dan mula kecil-kecilan. Sabarlah sikit!
1. Nak ada simpanan RM40K untuk buat modal beli rumah RM300K. Simpan RM500 sebulan. Nak cukupkan RM40K, ambil masa 80 bulan, lebih daripada 6 tahun. Sebab kita rasa jauh sangat 6 tahun tu, kita pun tak mula-mula menyimpan.

2. Rendahkan sikit bajet rumah yang nak dibeli tu. Contohnya RM150K. Kena ada RM20K sebagai modal untuk beli. Simpan RM500 sebulan, dalam masa lebih kurang 3 tahun dah cukup modal tu. 3 tahun okaylah juga. Tak lama macam 6 tahun tu.
3. Nak beli rumah idaman terus sebagai rumah pertama. Landed, dua tingkat harga sampai RM500K. Tapi gaji ciput RM3,000 saja. Boleh berimpian. Pastikan impian tu boleh dicapai. Mulakan langkah dengan beli rumah kecil-kecil bawah RM200K.

4. Ada sebab kenapa saya galakkan anak muda beli rumah kecil-kecil sebelum beli rumah impian. Dengan rumah kecil tu, anda akan dapat positive cashflow dari sewaan setiap bulan. Anda dapat pengalaman berkomitmen dengan bank pada skala kecil.
5. Yang paling best, bila dah ada rumah kecil ni, anda tak berapa kisah dengan kenaikan harga rumah. Sebabnya rumah kecil anda pun naik harganya. Selepas 5-10 tahun guna duit penyewa untuk bayar hutang bank, boleh jual dah rumah-rumah tu.

6. Katakan ada 4 rumah kecil. Jual 2 buah untuk dapatkan tunai, tinggalkan 2 buah untuk dapat cashflow positif setiap bulan. Tunai yang anda dapat boleh jadi modal untuk beli rumah idaman. Gaji masa tu pun bukan RM3000 lagi. Mesti dah naik, kan.
Sekian. Bermulalah sekadar yang kau mampu. Rendahkan target kalau perlu. Kurangkan belanja kalau kau rasa dah tak mampu. Perlahan-lahan melangkah dengan ilmu. Tapi kalau dah power, tak kisah pun nak laju-laju.
Sumber : Harith Faisal
ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Perempuan Ni Satu Je, Kalau Kita Dah Kantoi Menipu, Memang Sampai Kiamat Depa Tak Percaya. Jangan Main-Main, Boleh Jadi ‘Nighmare’ Pada Kaum Lelaki Ni

Rumahku syurgaku. Itu adalah satu ungkapan indah dan manis buat pasangan yang ingin sama-sama membina bahagia. Namun, impian itu takkan berkekalan andai ada salah seorang dari anda tidak jujur dalam perkahwinan. Memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Harga sebuah kemaafan tidaklah boleh sampai memaksa pasangan kita untuk menerima kebohongan kita ‘membabi buta’. Tidak dinafikan, isteri ni ada kelebihan deria keenam dalam merasai apa yang tersirat di hati jika pasangan cuba menipu atau berbohong.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, selidik terlebih dahulu. Usaha membabi buta menuduh tanpa usul periksa. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
Baca perkongsian dari saudara Ariff Ismail mengenai isu ini.
JANGAN TIPU WANITA
” Yang abang balik lambat, p tengok bola dengan member “
Bila kita cakap macam ni, jawapan isteri :
” okay abang, jangan balik lambat sangat “
Jika kita dalam sutuasi ini, nak teruskan dengan niat atau batal kan saja niat kita? Kalau betul nak p tengok bola, teruskan. Kalau nak kelain batal kan saja niat kita tu brother.
Kaum hawa ni, dia ada kelebihan yang kita kaum adam tak ada. Kita kalau buat salah belakang dia, mesti peratusan nak kantoi tu sangat tinggi. Panca indera kaum hawa ni padu, kalah kuasa Thanos.
Cuba kita buat muslihat sikit, kata nak p tengok bola tapi p tengok wayang, paling paling dia dapat kesan lokasi kita. Tak pon dia akan keluar ayat ” tengok bola kat mana tu, bukan musim bola dah habis ke?”.
Ehh macam mana kaum hawa ni boleh tahu, untuk pengetahuan kaum adam sekalian, untuk memastikan kejujuran kita, mereka sanggup google dan kaji semua perkara berkaitan apa yang kita buat.
Hobi kita boleh jadi hobi depa juga. Tapi cuba kita kaum adam ni, kita sukar untuk sama sama kaji hobi mereka. Nak ikut depa buat hobi depa pon kita boleh bagi 1001 alasan. Sebab tu lah kaum hawa ni Super Power bab mencari ketidak jujuran lelaki.
Perempuan ni satu je, kalau kita dah kantoi sekali menipu, memang sampai kiamat lah depa tak percaya dah. Baru jadi “nightmare” kat kaum adam. Mereka ni bukan nak menyibuk, tapi mereka ni bab bab kejujuran ni asas utama.
Lagi satu dengan kaum hawa ni, tak perlu tipu pon, cuba kena guna bahasa dan cara yang betul untuk jelas kan pada mereka. Inshaallah mereka akan faham dan beri kerjasama.
Kesimpulan nya, jujur itu lebih baik dari menipu atau berkata dusta. Kunci kebahagian kita terletak pada kejujuran. Inshaallah cinta Adam Dan Hawa akan mekar ke syurga.
– Ariff Ismail –
#resepikeluarga
#doublefbrothers
#isgteam