Ramai Cuba Petua Nak Kulit Cerah & Berseri. Tapi Ini Cara Paling Win!

Share

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya  kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.

Cara-caranya seperti bawah ini.

1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan  menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).

2. Kisar beras yg direndam semalaman (setengah cawan beras).

3.  Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.

Tip:

•    Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)

•    Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.

Sumber: Aya Zuki