
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
2. Kisar beras yg direndam semalaman (setengah cawan beras).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
“Happy Birthday Anak Abah.” Sedih Tak Dapat Peluk & Cium, KJ Sambut ‘Birthday’ Anak Luar Tingkap!

Saat ini, bukan hanya golong perubatan dan ‘fronliners’ lain yang sibuk dengan kerja-kerja menyelamat. Semalam, ketika membuat pengumuman menerusi satu sidang akhbar jelas terpancar raut wajah yang penat dan keletihan di wajah Perdana Menteri kita dalam berhadapan dengan situasi genting sekarang.
Demikian juga dengan tuntutan tanggung jawab yang turut dipikul oleh barisan menteri. Dalam satu perkongsian, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin memuat naik gambar bersama anaknya.
Dalam perkongsian semalam Menteri yang cukup terkenal dengan jolokan ‘Abah KJ’, dia memberitahu terpaksa menyambut hari lahir anaknya dalam jarak tertentu bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun hari ini. Gambar tersebut membuatkan ramai yang sebak dan tersentuh hati.
Menurut KJ lagi, beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya. Sebaliknya masing-masing hanya mampu memandang antara satu sama lain di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan sebarang wabak.
“Happy 5th birthday, my little lion man. Because Papa has to go out for work, Papa has decided to self-isolate when coming home. That’s to keep you and everyone else safe (especially grandma!).
“It makes Papa sad that I can’t hug you and kiss you today, and that we can only see each other through the window. When you grow up, I’ll tell you all about how everyone in the world had to play their part to help each other. Love you, my Raif.
View this post on InstagramA post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
Ramai yang melayangkan ucapan tanda terima kasih atas keprihatinan KJ serta ucapan selamat hari jadi baut anaknya.
Sumber: ig khairykj
Rendaman Kulit Bawang Elak Semut & Bena Putih. Rajin Buat, Tanaman Hidup Subur!

Jika mahu tanaman yang ditanam hidup subur dan bebas dari serangan serangga perosak, bolehlah dicuba cara yang lebih mudah, jimat dan selamat sepertimana yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad.
Hanya menggunakan kulit bawang dan dikatakan mampu mengawal serangan semut, ulat mahu pun bena putih yang merupakan musuh tanaman.
Nak tahu caranya, jom lihat detail perkongsian ini.
Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip, bena putih dan lalat.Cara cara saya bagi kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya. Semut kecik dan semut hitam dah tak ada.
Step 1 : Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
Step 2 : Kulit-kulit bawang rendam sekejap aje dalam beberapa minit.
Step 3 : Kemudian,isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya. Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali, contoh botol jus oren twister. Tambah air paip bagi penuh. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lepas tu spray pada pokok yang bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari. lnshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Sumber : Liyana Mohd Poad
Pesakit Diabetes Kena Elak Makan Oat Jenis Instant & Quick, Ada Sebabnya & Dr Ni Jelaskan!

Umum mengetahui oat bagus untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Namun, mungkin ada yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes perlu elakkan makan oat jenis istant dan quick oat.
Rata-rata daripada kita, hanya membeli sahaja tetapi tidak tahu rupanya oat ini ada pelbagai jenis, dan sebaiknya perlu memilih jenis oat yang betul.

i) Instant oat
Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
ii) Quick oat
Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.
iii) Rolled oat
Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
Ia lebih tebal daripada quick oat.
Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.
iv) Steel cut oat
Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.
Tampil berkongsi info, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.
“Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.
“Namun, yang berbeza adalah nilai indeks glisemik (GI) iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan serat akan dibuang,” terangnya.
Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.
“Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.
“Ini kerana nilai GI bagi instant oat dan quick oats adalah 83 iaitu hampir sama seperti nasi putih,” tambah beliau.
Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.
Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Zubaidi Ahmad
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club