
Menjelang raya yang bakal tiba ini, pastinya ibu-ibu sibuk nak menyediakan keperluan seperti pakaian dan juadah untuk pagi raya. Namun, penampilan diri jangan diabaikan. Kulit kusam dan tidak bermaya akibat kekurangan tidur, letih dengan urusan kerja dan rumahtangga, dan sebagainya lagi.
Justeru, lakukan tip ini jika mahu mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri. Tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata, sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
2. Kisar beras yg direndam semalaman (setengah cawan beras).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Suami Hebat, Pasti Ada Isteri Yang Hebat Di Sisinya!

Pemahaman tentang erti hidup yang berkat dalam membina keluarga bersama pasangan, mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan.
Walau sedang suami diuji dengan kesesakan hidup, namun isteri yang hebat tetap teguh dibelakang suami memberi semangat.
Ini sebagai mana yang diceritakan oleh Encik Khairul Hakimi dan ayuh kita cedok inti pati perkongsian bermanfaat tersebut.
Baru-baru ini selepas kelas, saya nak balik sangat, kemudian ditahan oleh salah seorang dari peserta yang nak sangat ucap begitu begini kepada saya. Saya layankan sahaja kerana beliau nampak teruja sangat.
Kontrak tidak disambung
Kisahnya, suami beliau diberhentikan kerja kerana kontraknya sudah tidak disambung selepas 3 tahun bekerja. Notis yang diterima kurang 3 minggu menyebabkan suaminya itu jadi terpinga-pinga nak cari kerja di mana. Umur sudah lebih 40 tahun dan sukarnya nak cari kerja yang sesuai.
Minta sana sini semuanya tak berjawab dan akhirnya duduklah di rumah dari seminggu akhirnya jadi sebulan. Oleh kerana tak tahan, si isteri (peserta kelas saya tadi) memujuk beliau untuk ambil sahaja pekerjaan yang ada.
Lalu si suami yang dah biasa tunjuk itu ini di Facebook, akhirnya pergi ke stesen minyak terdekat dan memohon untuk kerja sahaja di sana. Gajinya sangat-sangat rendah namun itu tetap membantu keluarga beliau.
Beliau layan suaminya sama sahaja dengan sebelumnya. Cuma, ada kala suaminya kena kerja hingga 12.00 tengah malam, dan beliau terpaksa menanti takut-takut si suami memerlukan air panas minum dan sebagainya.
Berkata sabar
Kata si isteri ini, berkat dia sabar lebih 6 bulan, tak merungut duit tak cukup, tak juga bising suami kerja teruk, gaji kecil dan terus sahaja berbakti untuk keluarga, akhirnya si suami dapat naik jadi akauntan di stesen tersebut. Disayangi dan kini gajinya lebih kurang sama dengan nilai yang dia diberhentikan dulu.
Saya tanya beliau kenapa beliau cerita kepada saya, kata beliau “saya duk teringat tuan tulis di wall tuan pasal berkat. Jadi saya nak ucap sangat terima kasih ke tuan. Sungguhlah, berkat itu macam makhluk. Jika kita reda, kita buat dan usaha, walau kecil, nanti-nanti Allah akan ganti. Seolah-olah makhluk berkat ini naik ke langit dan beritahu Allah yang kita ini dah cuba jadi yang terbaik walau banyaknya kesusahan melanda.
Terus berusaha
Saya ingat lagi masa mak ayah datang rumah, juga mak ayah mentua. Semuanya cakap suruh suami saya cari kerja lain, namun kami berdua tak pernah jawab. Kami angguk sahaja. Kami tahu dah puas kami cakap yang kami duk usaha tapi tak dapat, namun nak beri mak ayah faham, susah. Mereka mesti ingat kami belum berusaha lagi.
Sama juga jiran duk cakap suami saya dah macam Bangla. Kulit dari cerah jadi hitam duk layan kadang-kadang tengah panas pegang sepanduk suruh orang masuk ke stesen minyaknya. Saya diamkan juga. Dulu kereta semua kena Tarik. Hari ini kami beli dah Proton Baru. Yang Suv tu, leganya Tuan. Alhamdulillah. Syukur sangat saya.”
Saya lihat dia duk kesat-kesat matanya. Nampak bergenang dan puas betul beliau bercerita.
Terus berdoa
Yang penting ialah berusaha. Kemudian, yang keliling kena faham, bantu, dorong dan tolong mana yang mampu. Yang tidak, kena berusaha juga diam dan berdoa bukannya membising kritik dan kutuk tanpa bantu sikit pun.
Kita ini sering sahaja melihat kesusahan orang, namun kita bantai tuduh dia malas dan sebagainya. Kita tak tahu cerita di belakang itu bagaimana. Saya puji dan kagum keluarga yang begini. Orang yang dah merasa kena hina kerja kilang, kemudian ditolak-tolak ke sana kemari dengan gaji kecil, tak mampu itu ini, memahami benar kisah ini, lebih lagi apabila saat Allah berikan ganjaran, hadiah dan kesenangan dengan bergaya.
Hidup berkat
Ianya seperti sebuah proses yang dinantikan sangat. Dulunya nak beli ubat anak pun kena marah apabila nak pinjam duit orang keliling, tiba-tiba hari ini kita bantu pula anak dia yang sedang kesusahan. Itulah keseronokan kita bermain dengan perkataan berkat.
Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini takat hamba sahaja. Yang kena berusaha jadi orang baik sama ada kita sedang susah atau kita sudah senang.
Benarlah, setiap suami yang hebat, ada isteri yang hebat juga di sebelahnya.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad.
Begini Cara Jimatkan Duit Beli Barang Mekap, Amalkan 6 tip mudah Ini.

Ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, banyak perbelanjaan yang terpaksa dipotong. Hanya keperluan penting sahaja masuk dalam list. Bagi wanita yang sudah biasa membeli barangan penjagaan diri termasuklah alat mekap, pasti hal ini menjadi satu masalah. Bagaimana mahu berjimat cermat dalam penggunaan barangan mekap kan?
Usah bimbang, jom cuba tip mudah ini. Pasti berguna dan sesuai untuk anda praktikkan terutama ketika tengah ‘sesak’ tak dapat nak beli alat mekap baru
Tisu tandas lap minyak pada wajah
Tisu tandas biasanya lebih tebal berbanding dengan tisu kecantikan biasa. Letakkan pada bahagian yang berminyak dan gosok. Jangan gosok dengan kuat ye!
Tips ini sesuai untuk kulit yang berminyak. Patikan anda tidak menggosok dengan kuat kerana boleh merosakkan kulit
Bedak tabur untuk lipstik tahan lebih lama
Bagi memastikan lipstik anda lebih tahan lama, letakkan sedikit bedak tabur semasa menggunakan gincu.
Bekas lama jangan dibuang, anda boleh gunting dan lihat isi dalamnya
BB Cream, CC Cream atau Foundation anda sudah habis? Anda pasti? Cuba gunting dahulu dan lihat ke dalamnya. Walaupun mungkin tidak banyak, namun sekurang-kurangnya ia mampu menjimatkan anda.
Eyeliner putih sebagai eyeshadow base
Anda tak ada eyeshadow base? Kehabisan eyeshadow base? Guna sahaja eyeliner putih sebagai eyeshadow base. Cubalah dan tengok hasilnyanya nanti!
Maskara Kering? Guna air panas
Cuba letakan sedikit ubat titis mata ke dalam maskara anda. Sudah pasti anda boleh gunakan semula. Cara kedua adalah dengan menggunakan air panas. Namun jangan memasukkan air dalam bekas mascara. Rendam ia dalam bekas yang berisi air panas. Biarkan selama beberapa minit dan anda boleh gunakan kembali mascara tersebut. Panas akan mencairkan maskara yang kering
Ubah lipstik matte menjadi glosy
Anda perlukan lips gloss? Anda hanya miliki gincu matte? Letakkan sedikit baby oil selepas anda menggunakan gincu matte anda.
Selamat mencuba ya!
Sumber: Siakapkeli.my
HUAWEI Share – Bersama Berhubung Semudah Satu Sentuhan! Ini Sebabnya Kenapa Siri HUAWEI P40 Lebih Baik Daripada Telefon Bimbit Lain!

Baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia, pasti ramai yang teruja dengan kemunculan HUAWEI siri P40. Selain dilengkapi dengan sistem Ultra Vision Penta Camera yang menghasilkan fotografi terbaik, ia juga mempunyai kesambungan terbaik dan juga perisian HUAWEI luar biasa.
Menerusi teknologi Huawei Share, ia membolehkan pengguna berhubung dengan mudah dengan semua perkara dalam sebarang senario, sama ada di pejabat, di rumah, atau di mana sahaja.
Huawei Share tidak hanya berkongsi fail antara telefon, tetapi juga menyediakan mod interaksi OneHop inovatif antara telefon dan peranti pintar lain, seperti pemindahan fail, perkongsian audio, sambungan rangkaian, dan unjuran skrin, membawa pengalaman interaksi yang lebih semula jadi.
Apabila anda perlu memindahkan foto yang diambil dengan telefon semasa perjalanan ke komputer untuk diedit, anda hanya dapat menyentuh telefon berkemampuan NFC anda pada tag “Huawei Share” di sudut kanan bawah PC untuk menyambungkannya. Sekiranya telefon anda menggunakan EMUI 10.0 atau versi yang lebih baru, anda juga dapat menikmati fitur Kolaborasi Multi-skrin inovatif yang disediakan oleh Huawei Share.
Mesej dipindah ke seluruh peranti
Ia tidak hanya menyediakan pemindahan fail yang lancar antara PC / tablet dan telefon pintar, tetapi juga memungkinkan papan kekunci dan tetikus komputer riba berfungsi sebagai periferal telefon, menjadikan sinergi komputer riba / tablet-telefon pintar mungkin. Sebagai contoh, dengan satu sentuhan, mesej dapat dipindahkan ke seluruh peranti.
Dengan menyentuh telefon ke PC atau tablet anda, antara muka telefon akan dipaparkan di PC. Anda boleh membuka aplikasi di telefon anda atau menyeret dokumen dari telefon ke PC dengan menggunakan tetikus. Anda juga boleh klik dua kali dokumen untuk mengeditnya (hanya disokong dalam EMUI 10.1 dan versi yang lebih baru).
Apabila anda pulang ke rumah, sentuh telefon anda di bahagian atas pembesar suara Sound X untuk memainkan muzik dari tempat anda berhenti, berkat ciri Perkongsian Audio Satu Sentuhan. Sekiranya anda ingin menghentikan sebentar main semula muzik, anda tidak perlu mengeluarkan telefon anda dari poket anda – menutup bahagian atas pembesar suara dengan telapak tangan anda akan melakukan muslihat.
Sambungan Rangkaian Sekali Sentuh
Sekiranya rakan anda datang dan ingin bekerjasama untuk permainan, ciri Sambungan Rangkaian Sekali Sentuh dari Huawei Share dapat membantu. Tidak perlu memberitahu mereka kata laluan Wi-Fi anda berulang kali.
Dengan menyentuh telefon mereka di kawasan NFC di sudut kanan bawah penghala Huawei, mereka dapat mengakses jaringan Wi-Fi anda. Berkat fitur Unjuran Layar Satu sentuhan, mereka juga dapat menyentuh telefon pada alat kawalan jauh dari skrin pintar untuk menayangkan layar ke TV, menikmati manfaat yang dibawa oleh layar yang lebih besar dengan gambar yang lebih tajam.
Lebih-lebih lagi, anda tidak perlu membawa kunci kereta anda semasa keluar. Dengan Huawei Share, anda dapat membuka kunci kereta dengan telefon anda ketika anda semakin dekat dengannya. Anda juga dapat mengunci kereta anda walaupun anda berada jauh dari situ, yang sangat sesuai ketika anda berada di luar dan sekitar.
Pintu Gerbang Anda ke Sejuta Aplikasi
Huawei Share hanyalah satu langkah kecil. Di masa depan, Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan ekosistem untuk memberikan pengalaman hidup semula jadi dan pintar kepada pengguna. Widget Petal Search – Pintu Gerbang Anda ke Sejuta Aplikasi – HUAWEI sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya untuk pengalaman terbaik.
HUAWEI P40 PRO + dilengkapi dengan Petal Search Widget – Find Apps widget carian baru yang membantu pengguna mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan dengan lancar. – Direka oleh HUAWEI, alat baru ini memberi pengguna akses dan pilihan dalam dunia aplikasi dengan cara yang belum pernah mereka miliki sebelumnya. Bagaimanakah ia berfungsi?
Terdapat tiga langkah mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya Petal Search Widget – Find Apps.
Langkah 1
Untuk menyokong anda dalam mendapatkan semua aplikasi yang anda perlukan pada peranti Seri P40 anda, Petal Search Widget – Find Apps membantu anda melakukannya. Setelah siap, cukup klik bar ‘Cari Aplikasi’ di skrin utama anda untuk memulakan.
Langkah 2
Aplikasi Petal Search Widget akan menunjukkan kepada anda aplikasi teratas yang mungkin ingin anda muat turun. Cukup klik nama aplikasi yang anda cari di bar carian.
Langkah 3
Petal Search Widget – Find Apps akan memaparkan hasil yang paling relevan mengikut carian anda. Ini menyoroti apa yang anda boleh muat turun dari Huawei AppGallery, pasang melalui pautan rasmi, gunakan versi web, atau pasang dari kedai pihak ketiga yang lain.
Pengalaman yang lebih mudah dengan adanya Huawei One Tap Connectivity. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Huawei Together 2020, sila layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI Together 2020 kempen