
Dalam minggu ini, sosial media dipenuhi dengan berita gembira dengan pemberian bonus daripada majikan. Bukan sahaja kakitangan kerajaan tetapi juga swasta.
Terbaru menerusi perkongsian usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming (KA) sekali lagi membuatkan warganet teruja. Mana tak menerusi hantaran terbaru, KA telah membuatkan staffnya meluahkan rasa syukur apabila diberi layanan istimewa.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff.
Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family,
bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak
NAK JADI STAFF KA
Melihat perkongsian KA, warganet meluahkan ingin menjadi staff KA, malah ada yang sanggup pindah ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
MESTI BACA: “Bro, U Win Malaysia Heart” Netizen Kagum Tengok Cara Khairul Aming Jaga Kebajikan Pekerja
Hari Pertama Puasa, Resipi Khairul Aming Buat Ramai Kecur Air Liur
Sumber: Twitter Khairulaming
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ibu Sedar Perubahan Fizikal, Tapi Anak Nafi Hamil. Remaja 14 Tahun Bersalin Bayi Perempuan

Tak boleh bayangkan luluhnya hati seorang ibu apabila mendapati anak gadis yang dipercayainya hamil di luar pengetahuan ahli keluarga. Rahsia remaja perempuan ini terbongkar apabila dia mengadu sukar membuang air besar kepada ibunya ketika berada di rumah mereka di sebuah kampung kawasan Baling, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya mengandung dan bakal melahirkan anak.
Selepas dua jam dimasukkan ke hospital, doktor memaklumkan kepada ibunya yang remaja perempuan terbabit disahkan selamat melahirkan bayi perempuan cukup sifat.
Menurut sumber, ibu pelajar berkenaan yang masih terkejut dengan keadaan itu kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki yang anaknya menjadi mangsa rogol sehingga hamil dan melahirkan anak.
“Hasil keterangan yang diambil, wanita terbabit memberitahu anaknya mengadu tidak boleh membuang air besar sebelum dia melihat darah turun melalui kaki remaja terbabit ketika berada di rumah mereka.
“Wanita itu juga mendakwa dia sebelum ini menyedari perubahan bentuk fizikal badan anaknya itu sejak tiga bulan lalu namun remaja berkenaan menafikan dia hamil dan hanya memberitahu berat badannya naik,” katanya.
Sumber berkata, ketika kejadian wanita terbabit juga ada mendakwa yang dia melihat cecair jernih atas tilam di ruang tamu tempat tidur anaknya namun remaja itu memberitahu yang dia terkencing.
“Bagaimanapun, wanita terbabit yang bimbang selepas melihat darah yang meleleh melalui paha anaknya terus membawa remaja berkenaan ke hospital.
“Ketika tiba di hospital ibu pelajar itu baru mengetahui yang anaknya sudah sarat dan selamat melahirkan bayi perempuan,” katanya.
Menurut sumber, susulan daripada laporan polis itu polis mengambil keterangan daripada pelajar berkenaan dan dia mendakwa ada melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia 20-an yang juga tinggal di kampung sama dengannya.
“Mangsa mendakwa dia ada melakukan hubungan seks dengan rela sebanyak tiga kali bersama dua lelaki terbabit sejak Februari lalu selepas mengenali mereka melalui rakan perempuan di sekolahnya.
“Remaja itu bagaimanapun mendakwa dia mengesyaki anak yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan seorang daripada lelaki terbabit kerana mendakwa mereka kerap melakukan hubungan seks selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan.
“Setakat ini, kita masih mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.
Sumber : HMetro
Isteri Makin Hebat Jika Suami Kerap Peluk. Barulah Tambah Sayang!

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.
.
Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.
Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.
Oleh itu para suami…..
1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.
Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?
Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:
Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.
Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.
Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.
Sumber: thecoverage.my via Dr. Amirul Amin
10 Petanda Anda Sedang Dibohongi Suami. Awas, Salah Satunya Gelisah Atau Tingkah Laku Berubah.

Dibohongi memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, baca tips berikut.
Mungkin boleh membantu anda mengetahui sama ada suami anda sedang berbohong atau tidak.

1. Berhenti seketika sebelum menjawab soalan
Ciri yang satu ini petanda kebohongan yang paling umum. Berhenti seketika biasa digunakan untuk mencari alasan yang sesuai. Bahkan jika suami sudah mempunyai alasan kukuh, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat kembali apa yang sudah sedia tersusun.
2. Menutupi wajah
Faktanya, beberapa ciri-ciri di wajah kita boleh memberi tindakan ketika kita gugup. Jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang seolah-olah direka, memang anda patut rasa curiga!
3. Tidak mahu melihat mata isteri
Ketika suami tidak mahu mengakui apa yang mungkin telah dilakukan, lihat air muka atau lebih tepat matanya. Jika dia mengelak untuk bertentangan mata semasa bercakap pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
4. Berpeluh-peluh
Jika suami tiba-tiba berpeluh (padahal cuaca tidak panas), kemungkinan dia sedang berbohong. Berpeluh adalah salah satu tanda orang sedang gugup atau takutkan sesuatu. Mungkin juga gugup untuk bercakap yang benar dengan anda kan?
5. Cerita sering berubah
Setiap orang kadang-kadang boleh menjadi pelupa, namun jika cerita yang disampaikan suami sering berubah, jadi anda harus berwaspada.
6. Menjadi defensif
Saat ada yang ditutup-tutupi, suami akan mudah menjadi defensif, sehingga akan marah semula kepada isteri untuk menghindari pertanyaannya yang lebih lanjut.
7. Memberikan terlalu banyak maklumat
Kadang-kadang kerana berusaha keras untuk meyakinkan anda, suami akan memberikan terlalu banyak maklumat, bahkan menceritakan hal-hal yang tidak penting, seolah-olah mahu mengelak anda bertanyakan lebih lanjut.
8. Sering gelisah
Ketika takut rahsianya terungkap, suami nampak gelisah. Misalnya, menggoyang-goyangkan kakinya, mengambil dan memainkan sesuatu di tangan dan sebagainya bagi menutupi kesalahannya.
9. Tidak menjawab pertanyaan
Suami mungkin akan mencuba mengubah topik perbualan dengan hati-hati untuk menggelak pertanyaan anda yang lebih lanjut. Contohnya, buka cerita lain yang tiada kena-mengena dengan hal yang dibincangkan atau mengajukan pertanyaan kepada anda tentang hal lain yang tidak berkaitan.
10. Suara atau tingkah lakunya berubah
Anda tentu mengenal suami dengan baik. Jadi jika anda menanyakan sesuatu lalu tiba-tiba suara suami berubah nadanya, atau sikapnya tiba-tiba jadi aneh, maka boleh jadi suami sedang berbohong.
Jika 10 tanda di atas ada pada suami anda, sebaiknya jangan cepat melenting. Kena ingat, selesaikan dengan baik dan terus menuduh suami berbohong. Selidik terlebih dahulu sama ada betul atau tidak. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
sumber: TheAsianParentsMalaysia