Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa dalam diam otot kita semakin terdedah kepada kesakitan kerana jisim yang semakin rendah. Otot kita merosot secara beransur-ansur seiring peningkatan usia. Bermula dari usia 40 tahun, orang dewasa boleh kehilangan sehingga 8% daripada jisim otot mereka setiap dekad, dan selepas 70 tahun kadar ini hampir berganda.

Sarkopenia-atau kehilangan jisim dan fungsi otot berkaitan usia boleh memberikan kesan ketara kepada daya pergerakan dan kekuatan, meningkatkan kelemahan dan tempoh masa kemasukan hospital di samping mengurangkan daya tahan. Malah, kajian menunjukkan bahawa jisim otot rendah dikaitkan dengan keimunan yang terjejas, keradangan yang lebih tinggi dan kecenderungan mengalami jangkitan.

Oleh yang demikian, Abbott iaitu sebuah syarikat penjagaan kesihatan global, telah mengumumkan kerjasamanya dengan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan otot untuk menyokong komuniti sihat di Malaysia.

Ramai Abai Kesihatan Otot! Abbott Tingkatkan Kesedaran Tentang Kesihatan Otot Pada Masyarakat
Presiden MHAS, Prof. Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman berkata, pihaknya mendapati jisim otot badan merosot seiring dengan peningkatan individu berkenaan.

“Jika golongan dewasa ini tidak mengambil langkah pencegahan, kehilangan jisim otot berkaitan usia boleh menimbulkan masalah kesihatan secara keseluruhan dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian masing-masing.

Ads

“Melalui kerjasama bersama Abbott, kami berharap untuk menyokong golongan yang berumur di Malaysia dengan menggalakkan orang dewasa untuk menjalani saringan bagi mengukur kehilangan jisim otot dan mula bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri — bermula dengan diet dan berusaha mengamalkan cara hidup lebih aktif.”

Untuk membantu golongan dewasa lebih memahami kesihatan otot mereka, Abbott akan menganjurkan roadshow kesedaran kesihatan otot. Program ini termasuk cabaran #Stand4Strength yang akan diadakan di seluruh Malaysia dari April hingga Oktober 2024.

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengambil bahagian dalam cabaran #Stand4Strength ini yang dijalankan secara atas talian. Cabaran ini adalah untuk menggalakkan individu melakukan senaman duduk-berdiri (up down) dan mencatatkan keputusan mereka dalam Kalkulator Usia Otot yang terdapat dalam talian bagi menentukan usia otot sebenar masing-masing.

Ads

“Perubahan mudah seperti memberi tumpuan kepada makanan yang kaya nutrien seperti protein adalah salah satu daripada faktor paling penting untuk mencegah kehilangan otot dan menggalakkan penuaan secara sihat,” katanya.

Katanya, Abbott sejak lebih sedekad lalu sudah membangunkan penyelesaian pemakanan berasaskan sains untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh dunia.

Ads

“Inovasi serba maju kami adalah Ensure Gold StrengthPro yang baharu yang boleh memperkasa dewasa Malaysia untuk membantu meningkatkan kekuatan dan keimunan mereka demi kualiti kehidupan yang lebih baik.

Ramai Abai Kesihatan Otot! Abbott Tingkatkan Kesedaran Tentang Kesihatan Otot Pada Masyarakat

Ensure® Gold StrengthPro juga mengandungi nutrien penting lain, termasuk fruktooligosakarida (FOS) untuk penghadaman lebih baik, serta kalsium dan Vitamin D untuk tulang yang kuat dan adunan lemak berasaskan tumbuhan dengan omega-3 untuk menyokong kesihatan jantung. Ensure® Gold StrengthPro, yang disediakan dalam tiga perisa (vanila, gandum dan kopi), kini boleh didapati di gedung runcit, pasar raya dan platform e-dagang di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Ensure® Gold StrengthPro baharu, Kalkulator Usia Otot atau menyertai cabaran #Stand4Strength, layari https://www.family.abbott/my-en/ensure/tools-and-resources/tools/muscle-age-calculator.html.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI