Berpuasa di perantauan mungkin merupakan sesuatu yang mengujakan bagi yang pernah menjejakkan kaki di bumi Madinah. Apatah lagi saat menanti detik berbuka puasa, duduk bersama-sama jemaah lain di dataran Masjid Nabawi untuk menanti masuknya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
Dapat bersama-sama berbuka dengan tamar dan air, meskipun sajian ringkas namun ianya menjadi detik yang cukup istimewa dan pastinya akan terus dirindui.
Bersempena dengan itu bagi menyemarakkan lagi Ramadan kali ini, Karangkraf menganjurkan program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi tujuan memberi orang ramai merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi menjelang Ramadan tahun ini.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Ads
Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan Covid-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
Firdaus Hussamuddin
“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.
“Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.
Ads
“Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tazkirah Sebelum Berbuka
Firdaus yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Ads
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank),” jelasnya.
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
“Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.
Jom sertai program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang.
Kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada Chef Amer dan dengan mendaftar RM 20, anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan berpeluang memenangi susu berkhasiat Provital Immuna Plus dan banyak lagi!
Tiada siapa yang ingin menjalani hubungan toksik walaupun dengan seseorang yang kita cinta? Jangan dera diri dengan berdiam diri sebaliknya keluarlah dari kepompong tersebut dan carilah seseorang yang lebih menghargai anda.
Hubungan cinta ini bukan sekadar pada kesetiaan pada perasaan cinta tersebut tetapi ianya juga haruslah bersifat melindungi. Kalau dengan orang yang dicintai kita sudah dipukul, bagaimana pula dia mahu melindungi kita?
Pelakon Diana Danielle berkongsi pengalaman berada dalam hubungan toksik sebelum menyulam cinta dengan pelakon Farid Kamil.
Didera Secara Fizikal
Menerusi program ‘Studio Sembang’ bersama aktres Amelia Henderson, Diana mendedahkan kejadian buruk itu berlaku ketika usianya masih belasan tahun.
Kata Diana, 31, dia pernah dipukul oleh bekas kekasihnya yang tidak didedahkan identiti sehinggakan mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk.
Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid.
Saya didera secara fizikal oleh individu itu. Saya keluar daripada situasi (perhubungan) itu sejurus orang itu ‘sentuh’ saya kali pertama.
Tidak ada peluang kedua, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson terus mengambil keputusan ‘angkat kaki’ dan berpisah dengan lelaki terbabit.
Saya sangat gembira tidak lagi berada dalam perhubungan itu. Mana-mana lelaki letak tangan di anggota badan anda, tolong keluar daripada hubungan toksik itu.
Dia macam tiada diskaun-diskaunlah. Saya tahu apa yang saya mahu dalam perhubungan. Saya tahu sebetulnya apa yang saya mahukan.
Farid Pilihan Tepat
Dalam pada itu, pelakon drama Raisha mengakui berasa lebih tenang dan sentiasa positif selepas berkenalan Farid. Katanya lagi, dia juga yang mula jatuh cinta dengan pemilik nama Farid Kamil Zahari selepas beberapa kali bekerja sekali.
Bila saya jumpa Farid waktu itu, saya berasa tenang, lebih fokus dan dia salurkan energi positif yang saya kagumi.
Sebelum berkahwin dengan Farid, saya pernah bekerja dengannya dalam beberapa projek sebelum itu. Saya sentiasa dambakan dan selalu bermimpi tentangnya. Saya juga memang peminat dia.
Saya yang mula-mula jatuh cinta dengannya sebelum dia jatuh cinta dengan saya. 10 tahun perkahwinan dan 15 tahun perkenalan. That is love.
Terdahulu, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.
Nak mencuci bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya. Nak tak nak, kenalah hantar ke dobi kan. Tapi selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan.
Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak. Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum. 6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Bila sebut mengenaik biskut raya yang menjadi kegemaran sejak kecil bagi setiap seseorang tentu banyak kalau hendak disenaraikan. Pun begitu dalam banyak-banyak biskut, biskut Cornflakes inilah yang menjadi antara yang begitu digemari.
Kerangupan kepingan cornflake memberi rasa yang istimewa pada biskut raya tersebut. Sekali makan berkali-kali hendak lagi. Tidak dengan itu, untuk membuatnya pun mudah sangat. Tanpa perlu acuan biskut pun boleh jadi!
Jadi raya kali ini jika terasa rindu untuk merasai keenakan rasa biskut conflakes apa kata anda sediakan dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini. Nampak mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Setahun sekali, tak kisah la raya kat mana pun nanti, memang tak pernah miss biskut favorite dari kecik ni..time free abam gunakan untuk membakar biskut paling simple…paling ketagih bile makan
BISKUT CORNFLAKES LEJEN
Resepi :
250gm butter/majerin
50gm tepung jagung
100gm gula aising (kalau nak guna gula castor or brown kurangkan sikit gula)
200gm tepung gandum
1 mangkuk Cornflakes yang dah diramas (untuk masukkan sekali dalam adunan +- 80g untuk bagi lg crunch yang ni agak-agak je kalau kurang nak taruk lebih pun boleh
1 sudu kecil esen vanila
Cornflakes secukup rasa
Cara-cara :
– Pukul butter & gula hingga sebati & nampak berkrim.( saya pukul guna mixer sebab buat banyak adunan asal sebati je adunan tak perlu lama)
– Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik )
– Masukkan cornflakes yang dah diramas ke dalam adunan dan sebatikan.
– Sudu kan atau cubit² comelkan adunan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golek2 kan. (Ikut kreativiti masing² jgn terlampau besar).
– Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing².
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.