Rakyat Malaysia Guna Sepenuhnya Gaji, Sukar Nak Menyimpan Setiap Bulan. Take Note Kajian RinggitPlus Ini.

Share

Biasa tengok tak, jika awal gaji semua pasaraya penuh atau ramai yang share dimedia sosial makan di restoran itu ini. Tapi apabila memasuki pertengahan bulan, semua dah ‘senyap’ duduk di rumah.

Malah ada juga ungkapan biasa anak-anak pada ibu ayah, ‘Mak, Along tak balik kampung bulan ni, tunggu gaji dulu.’.

Makan pun dah mula catu sana sini. Kadang-kadang kita juga seperti mereka, mengeluh bermacam-macam apabila tiba tengah bulan.

Semua ini disebabkan, kita kurang arif mengenai perancangan kewangan.
Tahukah anda bahawa jumlah rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat menyimpan wang pada setiap bulan meningkat dua mata peratusan pada tahun ini kepada 21 peratus berbanding 19 peratus pada tahun lepas, menurut Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2021.

Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus Hann Liew berkata situasi krisis kredit itu disebabkan keadaan pandemik dan ekonomi semasa.

“Sebanyak 21 peratus daripada rakyat Malaysia memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat menyimpan satu sen pun pada setiap bulan, meningkat daripada 19 peratus responden pada tahun lepas.

“Mereka yang dapat menyimpan kurang daripada RM500 atau tidak dapat membuat sebarang simpanan adalah sebanyak 56 peratus pada tahun ini berbanding 49 peratus pada tahun lepas dan mereka yang dapat menyimpan RM1,500 atau lebih pada setiap bulan adalah sebanyak 15 peratus berbanding 20 peratus pada tahun lepas.

“Secara ringkasnya, menyimpan lebih sukar daripada sebelumnya dan kita dapat mengaitkannya dengan pandemik dan keadaan ekonomi,” katanya pada acara RMFLS 2021 secara maya hari ini.

Kajian RMFLS 2021 melibatkan 3,000 responden dalam semua kumpulan pendapatan di Malaysia.

Duit KWSP tak cukup untuk bersara

Dalam pada itu, Hann berkata kajian tersebut turut mencatatkan penurunan peratusan yang besar dalam kalangan rakyat yang percaya simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka mencukupi untuk persaraan.

Katanya, sSebanyak 15 peratus daripada responden kami pada tahun ini menyatakan bahawa mereka percaya simpanan KWSP mereka mencukupi untuk persaraan berbanding 30 peratus pada tahun lepas – ini adalah penurunan yang besar.

Manakala sebanyak 85 peratus daripada responden berpendapat simpanan KWSP mereka sahaja tidak mencukupi untuk persaraan dan hampir separuh daripadanya – 45 peratus – menyatakan bahawa mereka belum memulakan sebarang perancangan persaraan – ini adalah metrik sama yang membimbangkan. Sama seperti tahun lepas, perbezaannya lebih besar daripada yang kami jangkakan.

44% guna sepenuhnya gaji setiap bulan

Kajian itu turut menunjukkan bahawa 52 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak akan dapat bertahan lebih daripada tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan; 44 peratus membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka dan 76 peratus percaya bahawa mereka mengawal wang mereka.

“Pada tahun ini, membina dana kecemasan menjadi alasan utama rakyat Malaysia untuk menyimpan wang,” katanya, sambil menambah pandemik telah mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia daripada tabiat kewangan yang lemah sebelum ini mengenai simpanan dan perbelanjaan.

Sumber: Bernama

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club