Rakyat Dapat Cuti Pada Hari Isnin Pertama Bulan Jun Setiap Tahun!

Share

Tentunya bila ada pengisytiharan cuti umum di Malaysia, semua antara kita akan berasa gembira dan teruja mendengar perkhabaran tersebut.

Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 bersamaan hari Isnin

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya itu, Mohd Zuki berkata kerajaan juga telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021

sepanjang tempoh pemerintahan.

“Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” kata kenyataan itu.

Tentunya ini bolehlah dianggap satu ‘hadiah’ yang istimewa diberikan kepada rakyat bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.

Alhamdulillah. Daulat Tuanku! Jadi bolehlah kita rancang sebaiknya cuti yang ada untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.