
Tentunya bila ada pengisytiharan cuti umum di Malaysia, semua antara kita akan berasa gembira dan teruja mendengar perkhabaran tersebut.
Ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 bersamaan hari Isnin
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya itu, Mohd Zuki berkata kerajaan juga telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahan.
“Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.
“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” kata kenyataan itu.
Tentunya ini bolehlah dianggap satu ‘hadiah’ yang istimewa diberikan kepada rakyat bersempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.
Alhamdulillah. Daulat Tuanku! Jadi bolehlah kita rancang sebaiknya cuti yang ada untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.
Patutlah Susah Nak Siang Ikan Cencaru, Rupanya Salah Cara. Ni Yang Betul Barulah Mudah Tarik Buang Kulit Dan Isi Tak Koyak.

Ikan Cencaru adalah antara masakan yang menjadi kegemaran ramai. Namun cara untuk menyiang kulit ikannya bukan suatu yang mudah.
Jika silap caranya tentu habis isi ikan terkoyak sama. Bagi yang tak tahu cara untuk siang ikan cencaru atau juga dikenali sebagai ikan jaket, nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Masa Ai kecik² dulu selalu admire cara Bubuyi(Ibu) Ai buang kulit ikan caru nie. Memang teringin sangat nak siang, setiap kali bubuyi or ayah beli caru, Ai akan siang.
Jadi seawal umur 13 tahun Ai dah expert buang kulit caru nie. Hari nie Ai tunjuk cara Ai buang kulitnya ea.. pada Ai senang sangat .
Video pertama tue cara Bubuyi Ai dulu² yang Ai admire tue.. tarik guna pisau ataupun playar. Ai guna dua² cara nie ikut kesenangan Ai la..
3 cara tarik kulit tue ;
1) guna playar
2) guna pisau seperti video pertama
3) guna tangan seperti video kedua.
Jangan risau, tangan or jari Ai tak pernah luka guna cara-cara nie. Mungkin sebab dah biasa kot.
Semoga bermanfaat pada mereka² yang takut or x mahir buang kulit caru Try la. Senang sangat.
Video cara buat:
Guna pisau
Guna tangan
Selamat mencuba!
Sumber: Aira Ina Zalina
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Padah Tak Nak Mengalah, Anak Jadi Biadab! Deep Perkongsian Ini.

Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan menghormati orang tua. Asuhan kepada anak-anak perlu betul sejak kecil lagi supaya mereka akan menjadi anak yang mendengar cakap dan bersikap bertanggungjawab.
Namun, ekoran ibu bapa terlalu mengharapkan anak-anak menjadi terbaik, mereka alpa bahawa tindak tanduk mereka menjadi ikutan anak-anak. Benar perpatah kata, anak cerminan ibu bapa.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais yang membincangkan bahawa sikap ibu bapa boleh mengakibatkan anak menjadi seorang yang biadab. Moga kita muhabasah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak.
Padah tak nak mengalah, Anak jadi biadab!
Depan mata sendiri saya lihat ayah dan anak ni berebut-rebut telefon. Si ayah sedang membelek telefon, tiba-tiba si anak datang rampas telefon tu. Ini biadab!
Tapi yang paling biadab sebenarnya bila tanpa rasa bersalah si ayah pergi merampas semula telefon tersebut dari tangan si anak.
Si ayah 2 kali ganda biadab dari anak!
2 kali ganda biadab kerana,
1 – Ayah sendiri didik anak merampas barang tanpa meminta secara elok. Secara tak langsung si ayah mendidik anak jadi kurang adab dan tak tahu hormat barang orang lain.
2 – Tidak didik hormat orang tua. Sepatutnya tahap hormat anak pada ayah kena tinggi. Ni kalau telefon di tangan pun anak boleh main rampas je, maknanya memang tak ada hormat langsung la.
3 – Kalau bukan ayah yang ajar anak tentang budi bahasa, siapa lagi? Nak pinjam barang orang, minta izin dahulu. Kalau di izinkan baru ambil, jika tak di izinkan akur dan cuba lagi kemudian.
4 – Akhir sekali yang paling berat dan kritikal. Ayah tak ajar anak minta maaf! Ini yang paling utama sebenarnya.
Anak tu belum ada akal, emosi pun tak berapa matang lagi jadi dia belum sedar apa yang dia buat tu salah.
Ayah yang dah panjang akal dan matang emosi ni la yang kena banyak mendidik dan tunjuk teladan sebenarnya. Ayah patut lebih tahu mana baik mana buruk.
Bukannya ayah pula balas membalas perbuatan anak.
Ibarat takut anak ketagih gadget tapi tanpa sedar ajar anak ketagih adab buruk. Aduh! Silap besar tu.
Kalau betul tak nak anak ketagih gadget senang je. Kat rumah simpan semua gadget. Kita tak main gadget, anak pun tak akan ada keingginan nak main gadget.
Mendidik anak bukan kena sabar sahaja tapi kena ada empati juga!
Anak-anak ‘Menyerap’ Segala Perlakuan Ibu bapa, Jagalah Tingkahlaku

Isi Kandungan
ToggleIbu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Segala tingkahlaku ibu bapa diserap oleh anak-anak bukan setakat memerhati. Anak-anak yang usianya 3 tahun ke atas sudah pandai memerhati dan meniru.
Anak sememangnya belajar daripada tingkah laku ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak perasan bila berada di hadapan anak-anak. Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri.
Anak-anak ‘Menyerap’ Segala Perlakuan Ibu bapa
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
Jagalah Tingkahlaku
TUJUH perangai anak akan belajar atau tiru daripada ibu bapa:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.