Rakan Nur Farah Kartini sedih sampaikan berita kematian, “sebak, tapi saya kena teruskan juga. Demikian kata Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Muhammad Farihin, 25, ketika ditugaskan membaca berita kematian sahabatnya Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tengah malam tadi.
Rakan Nur Farah Kartini Sedih Sampaikan Berita Kematian, “Sebak, Tapi Saya Kena Teruskan Juga”
Anas berkata, dia terkejut dan masih tidak percaya ketika mengetahui berita berkenaan.
“Kebetulan semalam memang giliran saya baca berita. Sewaktu dapat tahu berita itu kira-kira 9 malam, terduduk sekejap. Perasaan ketika itu bercampur baur antara percaya, betul atau tidak sehinggalah keluar kenyataan daripada pihak polis yang mengesahkan kejadian itu.
“Diakui apabila baca berita itu memang sebak, tapi kena tahan. Waktu ini emosi saya perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal. Apatah lagi saya menjadi antara orang pertama yang tahu berita ini.
“Lagi pula, ketika berita kehilangan Faa (Nur Farah Kartini) saya bersama rakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) membuat bacaan tahlil secara dalam talian. Tidak menjangka ia berakhir dengan tragedi pilu,” katanya.
Dalam satu hantarannya di laman Instagram, Anas turut berkongsi kesedihannya.
Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana tahap professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan.
Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya juga dedikasinya sentiasa diutamakan.
Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah. – tulis Anas di ruangan kapsyen.
Menurutnya, Nur Farah Kartini seorang rakan yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum.
“Kami mula berkawan ketika menuntut di Upsi. Kami satu pasukan pada setiap kali minggu orientasi pelajar baharu sepanjang tiga tahun. Walaupun saya senior dia, tapi kami sebaya.
“Dia seorang yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum. Lagi satu, dia juga aktif dalam persatuan di Upsi dan kami selalu bekerjasama. Pendek kata, dia seorang yang berdedikasi dalam kerja,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Upsi pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.
Ads
Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.
Usai genap tujuh hari melahirkan anak kedua, penyanyi Tasha Manshahar dan suami mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat bayi lelakinya itu.
Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Begitu pun itu merupakan satu momen yang cukup bermakna.
“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.
“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah,” tulisnya.
Momen majlis tersebut dimuatnaik sendiri isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Bukan Aku turut mengumumkan dia dan suami telah memutuskan untuk menamakan anaknya itu, Mateen Rizqi.
Dalam perkongsian yang sama, Tasha turut berkongsi dia dan suami memilih untuk menamakan anak kedua mereka dengan nama, Mateen Rizqi.
Begitu pun pasangan suami isteri ini masih belum mahu mendedahkan wajah penuh anak mereka itu.
“Introducing adik Muammar yang kami namakan Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.
“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin,” kongsinya lagi.
farhanafrancisKenapaaaaaa muka berseri bak raja sehari. Muka ku lepas bersalin ya Allaahhhh
musfirahnorazliHappy bethollll dak muammar tu 😍 sonok ye jd abang! Hahahaa moga dedua baby mommy membesar dgn sihat & soleh amin!
fatihah256Alhamdulillah. Tahniah. Semoga kedua duanya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan,semoga menjadi anak yang Soleh dan berjaya di dunia dan akhirat
Hati ibu mana yang tidak risau apabila bayi yang masih kecil meragam. Memang boleh buat panik!
Banyak cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi dalam membesarkan anak, Terutamanya buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Bagi pelakon Mira Filzah menjaga cahayamata pertamanya, Wan Khair Amir merupakan pengalaman yang sungguh mencabar.
Isteri kepada Wan Emir Astar ini menerusi coretannnya di Instagram miliknya mengakui bahawa mudah panik apabila anaknya menangis.
Dia memberi tahu pertama kali keluar berdua bersama suami dengan anaknya membuatkan dirinya berdebar.
Ekoran kebimbangan itu, dia hanya berani keluar bersama bayi dan suami tiga jam sahaja! Katanya biarlah anaknya besar sedikit.
“First time bawa Amir keluar berdua sahaja dgn @wanemirastar. So Mira duduk belakang dgn Amir. Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam, padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dgn Emir.”
“Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dlm hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. (First time mom kan, banyak sgt “what if” dalam kepala. )
“But Alhamdulillah, Amir baik sangat. Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. (Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur je lah dalam kereta. ) Time nak balik dia berjaga, tapi diam je sambil pegang tangan Mira. (Haih, my heart )
“Okay lah keluar tiga jam sahaja.
Lama lama Mama tak berani lah. Nak keluar berdua dgn Amir laaaagiii lah tak berani. Haha. Tunggu Amir besar sikit okay. Oh happy 2 months old sayang Mama! Love you @wankhairamir!
“Selamat Hari Raya Aidiladha evvvvveryone- Mira Filza
“New Moms Overthinking”
Coretannya itu mendapat perhatian para peminatnya. Ada yang memberikan kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman pertama masing-masing.
Seorang bayi perempuan maut dilanggar bas sekolah dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.
“Siasatan mendapati mangsa berumur setahun empat bulan mengekori kakaknya keluar dari rumah untuk pergi ke bas sekolah di hadapan rumahnya, tanpa disedari oleh kakak mangsa.
“Pemandu bas berkenaan kemudian menyedari bas yang dipandu telah melanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah bas tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian di badan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
“Pemandu bas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.