“Rajinnya Tulis Begini…”- Netizen Puji Usaha Ibu Ni, Buat Buku Catatan Besarkan Anak!

Share

Ibu ayah mana tak inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Dari kecil lagi mesti kita sudah ada macam-macam perancangan untuk anak-anak kita. Betul bukan?

Ini sama kisahnya dengan seorang ibu ini yang berkongsi pendekatan yang begitu menarik sekali gus mencuri tumpuan warganet. Puan Noor Fathin Azlan, bukan sahaja memastikan dapat membantu anaknya mencapai kejayaan malah turut menyediakan buku catatan sendiri khusus untuk dijadikan panduan dan rujukan untuk membesarkan anak yang kini berusia 6 tahun.

Satu Anak, Satu Buku Catatan

Menurutnya, tujuan utama buku catatan tersebut adalah untuk catit tahap perkembangan anak mengikut usia anak, pemakanan sihat anak, kesihatan anak, pendidikan anak, rutin harian anak, kenal pasti minat dan bakat anak. Plus tolong buatkan hala tuju kerjaya anak.

Siti Aisyah nak jadi doktor — so apa yang mommy perlu bantu Siti Aisyah di awal usia 6 tahun?

Salah satunya, buat jadual pemakanan dan menu sihat untuk merangsang otak anak dan beri pendedahan awal sains dan matematik. Even one day Siti Aisyah tak mahu jadi doktor sekali pun, kursus seperti accountant, banking, computer science, AI, engineering dll tetap meletakkan sains dan matematik/matematik tambahan sebagai syarat utama.

Tak rugi beri pendedahan awal subjek sains dan matematik pada anak. Boleh merangsang otak anak. Bila anak mahir dalam sains dan matematik, insyaallah subjek lain juga akan jadi mudah untuk anak.

Dulu setiap malam selalu buat nota macam ni untuk bisnes, tapi bila melihatkan bisnes ni ada naik dan turun. Kita dah berkorban macam-macam, tiba-tiba dia boleh jatuh.

Sebab bisnes ni satu dunia yang tak boleh dijangka.

Sampai satu tahap, hati jadi lali dan kebal. Ah dia nak jatuh, jatuhlah. Takde nak down. Nanti esok bangkit dan berusaha, naiklah baik. Jarang orang yang bangkit dari jatuh dan berusaha takkan berjaya.

Bisnes ni kita boleh berusaha dan berkorban, tetapi bukanlah menjadikan dia sebagai yang paling utama dalam hidup.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Tapi anak ni,

Bila kita abaikan anak dari kecil, dah buat anak menjauh dengan kita, nak naikkan balik hubungan dengan anak seperti bisnes bukan mudah. Sebab masa itu tidak boleh diputar. Tak boleh nak putar anak jadi baby balik.

Dengan bisnes kita boleh bermula dari bawah semula, tapi dengan anak, kita hanya boleh melalui kesempatan yang ada sahaja. Entah sempat atau tidak.

Sekarang, i‘m happy jadi mompreneur yang meletakkan keluarga no.1 dan menjadikan bisnes sebagai punca pendapatan sahaja, bukan lagi penentu kejayaan diri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ibu di luar sana teruja dengan kesungguhan ibu muda ini.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club