Rajin-rajinlah Minta Pertolongan Pada Anak Lelaki, Bukan Suka-suka Tapi Ada Sebabnya!

Share

Sekiranya anak-anak sudah terbiasa dengan melakukan kebaikan kepada orang tuanya sedari kecil, bila dia sudah dewasa kita harapkan agar dia tak lupa menghargai kita disaat kita sudah tua kelak.

Anak kecil umumnya lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan. Dan melalui perkongsian Puan Sarah, ada memberi peringatan dan seruan buat anak lelaki.

SERUAN BUAT ANAK LELAKI.

Kenapa mesti diajar tentang kerja rumah dan kekemasan.

Kita mengajar anak untuk memasukkan baju yg diguna ke dalam bakul.
Tetapi kita lupa mengajar anak untuk mengangkat bakul berisi baju yang kotor ke dalam mesin basuh dan menekan button START.

Kita mengajar anak supaya solat.
Tetapi kita lupa menyuruhnya melipat dan menyusun sejadah selepas solat.

Kita mengajar anak membawa pinggan yang diguna ke dalam sinki tetapi kita lupa mengajar mereka on paip dan START membasuh pinggan.

Kita mengajar anak bangun tidur dengan bacaan doa bangun tidur.
Tetapi lupa menyuruhnya melipat dan mengemas bantal selimut di katil.

Kita mengajar anak tutup pintu kereta dengan baik dan masuk rumah memberi salam.
Tetapi lupa menyuruh mereka mengambil semua barang di kereta sebelum masuk ke dalam rumah.

Kita mengajar mereka makan dengan tertib tetapi kita lupa mengajar mereka, menyiapkan tempat hidangan, menyusun pinggan cawan sebelum makan.

Apa yang salah pada kelupaan kita?

Tahukah anda..
Ada seorang insan yang beragama buddha,
Tertarik dengan islam kerana melihatkan seorang Dato’ dan seorang driver berdiri sebelah menyebelah, berlaga bahu, hanya dengan satu saf jemaah?
Tanpa mengira siapa kau dan aku.

Ada pula seorang lelaki ,
Tertarik dgn ajaran islam,
Hanya kerana melihatkan seorang anak kecil menyusun pinggan mangkuk selepas makan di kedai, lalu memasukkan kerusi ke bawah meja.
Sebelum dia berlalu pergi.

Tetapi kenapa pula masih ada masyarakat kita yang beranggapan,
Anak lelaki tidak perlu diajar semua ini, bimbang jatuh keegoannya?
Atau bimbang besar nanti menjadi anak yg di control isteri?
Atau bimbang isteri hilang hormat pada suaminya.

Percayalah.
Membina didikan dengan ketaatan akan dibimbing jua dengan ketaatan.
Anak kecil lebih mudah disuruh dan diminta pertolongan berbanding anak yang sudah besar.

Rajin-rajinlah bersuara pada anak.

Umi penat, boleh tolong umi picit kaki?

Ayah penat, tolong picit kepala ayah.

Abang tak sihat, adik tolong ambilkan air untuk abang.

Ajari mereka menjagamu disaat sakit.
Sekalipun hanya sakit kepala. Agar dia tak lupa, menghargaimu disaat sakit di hari tua.

Ingat pesanan orang lama.
Didik anak masa kecil LETIH TENAGA.
Tapi jaga anak masa besar LETIH OTAK.

Lebih baik letih tenaga dari letih otak.
Letih tenaga, kita masih muda menjaga anak.
Letih otak, kita dah tua untuk menanggung stress dan beban.

Sumber : Sarah Saifuddin 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club