Rajin Menanam Tak Rajin Nak Menyiram? Ikut Je Cara ni, Tanaman Subur & Segar Tanpa Siram Hari-Hari!

Share

Waktu nak bercucuk tanam, bersemangat betul! Tapi bila dah lama-lama, nak siram pokok pun rasa malas. Kalau bukan sebab malas pun, mungkin terlupa.

Berdasarkan perkongsian di Facebook ‘page’ Berkebun D Rumah, terdapat satu cara menanam sayur tanpa perlu disiram hari-hari tetapi hasil tanamannya subur dan segar belaka. Ini merupakan cara paling malas menanam sayur. Jom cuba!

CARA PALING MALAS TANAM SAYUR, TAK PERLU SIRAM HARI-HARI

Kalau cara ni pun malas juga pergi beli kat pasar saja la senang, malas nak drive? Order online saja. Eh nak pegang handphone pun malas? SILA MEN******.

Maaf ya sini tak ada nak scam-scam letak link sopi, pandai-pandai korang la mana nak cari benih.

LANGKAH-LANGKAH MENANAM SAYUR TANPA PERLU DISIRAM SETIAP HARI

1. LUAS KAWASAN DI TEPI RUMAH SUDAH MEMADAI UNTUK BERKEBUN

Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja.

 

2. SEDIAKAN BEKAS MENGGUNAKAN BOTOL UNTUK HASILKAN 2 LAPISAN

Botol ada 2 lapis, yang bahagian atas tu isi tanah kompos dan yang bahagian bawah isi air.

Jadi, tak perlu nak siram tiap-tiap hari, cuma tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang.

Paras air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya boleh terendam untuk menjaga kelembapan tanahnya sebab tak pakai sumbu.

 

3. TEBUK LUBANG PADA KEDUA-DUA BAHAGIAN POTONGAN BOTOL

Potong botol jadi 2 bahagian. Tebuk lubang seperti yang ada pada gambar.

Bertanda panah merah itu adalah lubang yang ada pada botol lapis atas isi tanah itu fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya.

Manakala lubang yang ada pada botol bahagian bawah ada 2 lubang kecil kanan kiri di bahagian atas fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan jaga buangan air yang terlebih.

 

4. GUNA MEDIUM TANAH KOMPOS & BAJA NPK

Tutup botol bisa dilepas kalau akarnya sudah sampai bawah, medium guna tanah kompos dan baja guna NPK (tanah yang mempunyai baja). Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman -+ 2 minggu setelah semai.

Sukatan 1 senduk makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali, untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus dibubuhkan dalam botol isi air tu dengan jumlah 1/4 sudu makan.

5. CARA PENUAIAN KANGKUNG, SAWI, SALAD & PAK CHOY

Bagi penuaian kangkung, potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah. Dalam masa 2 minggu sudah boleh tuai, ulang dan begitu juga seterusnya.

Dan untuk sawi, salad, pak choy boleh dipetik dengan cara ambil tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda. Dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.

Sumber: Theshaxfeen via Berkebun D Rumah