Waktu nak bercucuk tanam, bersemangat betul! Tapi bila dah lama-lama, nak siram pokok pun rasa malas. Kalau bukan sebab malas pun, mungkin terlupa.
Berdasarkan perkongsian di Facebook ‘page’ Berkebun D Rumah, terdapat satu cara menanam sayur tanpa perlu disiram hari-hari tetapi hasil tanamannya subur dan segar belaka. Ini merupakan cara paling malas menanam sayur. Jom cuba!
CARA PALING MALAS TANAM SAYUR, TAK PERLU SIRAM HARI-HARI
Kalau cara ni pun malas juga pergi beli kat pasar saja la senang, malas nak drive? Order online saja. Eh nak pegang handphone pun malas? SILA MEN******.
Maaf ya sini tak ada nak scam-scam letak link sopi, pandai-pandai korang la mana nak cari benih.
LANGKAH-LANGKAH MENANAM SAYUR TANPA PERLU DISIRAM SETIAP HARI
1. LUAS KAWASAN DI TEPI RUMAH SUDAH MEMADAI UNTUK BERKEBUN
Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja.
Ads
2. SEDIAKAN BEKAS MENGGUNAKAN BOTOL UNTUK HASILKAN 2 LAPISAN
Botol ada 2 lapis, yang bahagian atas tu isi tanah kompos dan yang bahagian bawah isi air.
Jadi, tak perlu nak siram tiap-tiap hari, cuma tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang.
Paras air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya boleh terendam untuk menjaga kelembapan tanahnya sebab tak pakai sumbu.
Ads
3. TEBUK LUBANG PADA KEDUA-DUA BAHAGIAN POTONGAN BOTOL
Potong botol jadi 2 bahagian. Tebuk lubang seperti yang ada pada gambar.
Bertanda panah merah itu adalah lubang yang ada pada botol lapis atas isi tanah itu fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya.
Manakala lubang yang ada pada botol bahagian bawah ada 2 lubang kecil kanan kiri di bahagian atas fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan jaga buangan air yang terlebih.
Ads
4. GUNA MEDIUM TANAH KOMPOS & BAJA NPK
Tutup botol bisa dilepas kalau akarnya sudah sampai bawah, medium guna tanah kompos dan baja guna NPK (tanah yang mempunyai baja). Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman -+ 2 minggu setelah semai.
Sukatan 1 senduk makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali, untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus dibubuhkan dalam botol isi air tu dengan jumlah 1/4 sudu makan.
5. CARA PENUAIAN KANGKUNG, SAWI, SALAD & PAK CHOY
Bagi penuaian kangkung, potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah. Dalam masa 2 minggu sudah boleh tuai, ulang dan begitu juga seterusnya.
Dan untuk sawi, salad, pak choy boleh dipetik dengan cara ambil tangkai daunnya dan tinggalkan daun yang paling muda. Dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.
Upih pinang atau juga dikenali dengan pelepah pinang, lazimnya bila sudah tua akan gugur ke tanah.
Jika zaman dahulu, upih ini digunakan untuk bermain tarik upih oleh sekumpulan kanak-kanak.
Namun kini upih pinang yang jatuh ke tanah tidak lagi diambil malah terus dibiarkan begitu sahaja hingga mereput.
Jadi apa kata memberi sedikit nafas baharu pada penggunaan upih pinang, kita lakukan diy seperti yang dikongsikan oleh Norpadilah Afandi ini.
Nyata, bekas bunga yang dihasilkan dari pelepah pinang itu nampak begitu klasik dan ada daya tarikannya yang tersendiri.
Menurutnya tentang idea menghasilkan diy tersebut adalah kerana dirinya suka melazimi untuk buat sesuatu benda atau perkara baru setiap hari untuk menyantuni diri sendiri….juga sebagai satu terapi.
Bila pagi tadi usai menghantar anak ke sekolah, jumpa pelepah pinang yang baru gugur dari pokok…. Rezeki datang dalam bermacam cara, syukur apa adanya.
Daun kari sememangnya menjadi elemen penting jika menyediakan masakan kari untuk keluarga. Dan alangkah mudahnya jika daun kari tersebut hanya dipetik di laman rumah setiap kali ingin digunakan.
Pun begitu andai anda sekeluarga adalah penggemar masakan kari, tentunya mahukan pokok kari yang ditanam berdaun lebat.
Ada beberapa petua boleh dilakukan tanpa menggunakan modal. Contohnya seperti menyiram tanaman dengan air basuhan beras.Cara ini dikatakan berkesan dan ada lagi satu petua lain juga boleh dipraktikkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini hingga menjadikan pokok kari yang ditanam di dalam pasu berdaun lebat dan hidup subur.
Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian daripada wanita ini.
“Ni cara saya membaja pokok kari saya di dalam pasu. Menggunakan perut ikan. Juga boleh buat pada pokok2 lain juga.”
Step 1
Ambil perut isi ikan.
Step 2
Korek tanah dalam sedikit dan tanamkan isi perut ikan tadi.
Step 3
Timbus perut ikan dengan tanah dan pastikan tertutup sempurna. Ini penting untuk elakkan berbau.
Step 4
Sudah siap. Biarkan sahaja dan siram seperti biasa, dengan sedirinya perut ikan tersebut menjadi baja untuk pokok kari ini.
Tidakku minta,lahir ke dunia, tidakku duga, cacat begini. Bukanku pinta,
kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati. Bait-bait lagu ini cukup menyentuh hati.
Demikian juga gambaran yang boleh diberikan kepada kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Nurdayana Mohd Zain.
Seorang anak istimewa, yang dilahirkan tanpa hidung, namun sangat positif orangnya. Mungkin kerana orang disekeliling termasuk keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Dah tak malu tak ada hidung
Menurut ibu kepada adik Nurdayana, Lina Awang, 39, jika nak diberbandingkan dengan dahulu, anaknya menunjukkan perubahan yang baik, kerana dia sudah tidak berasa malu dan lebih yakin berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun baru berusia lapan tahun, namun adik Dayana kini lebih bersifat matang dan mula faham serta sudah menerima keadaan dirinya dengan positif.
Bantu ibu jual juadah berbuka puasa…
Kini Dayana banyak membantu ibunya berniaga juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan, yang terletak di hadapan rumahnya.
Tambah ibunya, walaupun dengan kekurangan yang ada dalam diri Dayana, dia merupakan seorang anak yang sangat ringan tulang dan suka membantunya berniaga burger, sebelum mereka mula menjual dadih dan puding jagung.
Guru dan rakan-rakan banyak tolong
Ujar Lina, antara faktor membawa kepada perubahan sikap anaknya adalah rakan-rakan dan guru yang tidak putus-putus memberi dorongan dan galakan kepada Dayana.
Sebagai ibu, Lina akan memastikan pendidikan menjadi keutamaan pada Dayana, malah anaknya yang meminati subjek Matematik selalu mendapat keputusan yang tidak menghampakan.
Teringin nak puasa…
Menyatakan hasratnya untuk berpuasa pada tahun ini, tetapi atas faktor kesihatan Dayana dinasihatkan tidak berpuasa dan kurang terlibat dalam aktiviti sukan.
“Atas faktor kesihatan, Dayana tidak boleh bersukan mahupun berpuasa walaupun dia memang mahu berpuasa seperti kanak-kanak lain…”
Difahamkan, Dayana masih menunggu panggilan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bagi meneruskan pembedahan yang dijangka bakal dilakukan apabila usianya menginjak remaja.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.