Kisah pemuda ini cukup istimewa sekali. Walaupun bukan beragama Islam, namun pemuda berusia 28 tahun itu sering membantu apabila ada aktiviti di surau seperti gotong royong, membersihkan surau dan sebagainya.
Siapa sangka, akhirnya pemuda ini memperoleh hidayah Allah dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Kisah Dono atau nama Islamnya Muhammad Omar Arumugam dikongsi oleh seorang kenalan Allahyarham, Syahril A. Kadirmenerusi laman Facebook sejurus kehilangan pemuda tersebut. Dono meninggal dunia tengah malam semalam akibat kemalangan jalan raya di Damansara Damai, Selangor. Menurut Syahril A. Kadir, beliau mengenali Dono ketika arwah masih belasan tahun dan mereka tinggal berdekatan kawasan kejiranan. KISAH DONO DAN BUKU IQRA’NYA… NAMANYA Muhammad Omar Arumugam. Baru berusia 28 tahun. Kami memanggilnya Dono. Saya mengenalinya ketika dia masih remaja lagi. Tinggal di kawasan kejiranan kami. Walaupun bukan beragama Islam pada awalnya, Dono sering datang ke surau kalau ada aktiviti seperti gotong royong, membersihkan surau dan sebagainya. Dari situ pintu hatinya terbuka untuk lebih mengenali agama suci ini dan kemuncaknya beliau memeluk agama Islam. Pun begitu, seperti mana dituntut oleh Islam, Dono tidak pernah ‘membuang’ keluarganya walaupun berbeza fahaman dan pendirian. Dia tetap bersama keluarga bukan Islamnya. Menyedari ilmu agamanya belum cukup, bila ada kelapangan, Dono akan tetap mencuri sedikit masa untuk belajar mengaji dengan rakan-rakan. Malah buku Iqranya tetap tersimpan rapi untuk kegunaannya bila dia datang. Malam tadi seperti kelazimannya, selepas pulang dari kerja, Dono datang dan bergurau senda dengan rakan-rakan setaman kami. Kira-kira jam 12.30 malam, beliau pergi ke kedai serbaneka Damansara Damai yang cuma kira-kira 300 meter dari kawasan perumahan kami untuk membeli sedikit barangan. Tetapi dia tidak pulang-pulang sehinggalah kami menerima Whatsapp daripada rakan-rakan yang Dono ditemui terbaring dengan luka parah di kepala. Motor yang ditungganginya rosak teruk. Tiada versi yang jelas sama ada dia terbabas atau pun dilanggar, yang pasti ketika ditemui Dono sudah tidak bernyawa lagi. Tak sampai setengah jam bergelak ketawa dengan rakan-rakan, Dono pergi buat selama-lamanya. Ketika saya menulis berita ini, jenazahnya masih di PPUM menunggu untuk dibedah siasat pagi nanti. Kini yang tinggal adalah buku Iqra’ Dono dan kenangan bersamanya. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan menempatkannya di syurga tanpa hisab. Saya hilang kata-kata. Selamat jalan adikku.
Tapai pulut bila dihidang sejuk-sejuk ketika majlis keraian menjadi antara menu istimewa yang tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh tetamu. Ini memandangkan manisan tradisional ini menjadi kegemaran ramai dan tidak semua pandai membuatnya. Kalau salah cara dan ramuannya, memang tak menjadi. Apatah lagi jika membuat tapai merupakan percubaan pertama bagi seseorang.
Buat keluarga yang menggemari rasa tapai pulut bolehlah mencuba untuk buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Abby Razy ini. Resipi dan tips yang diberikan cukup lengkap dan barulah tapai yang dibuat menjadi dan rasanya manis leting serta berair.
“First try buat tapai, sampai termimpi-mimpi. Barang legend jangan main, orang kata payah nak buat tapai ni. Kalau tak betul cara tak jadi. Guna daun legend, daun getah dan daun pisang.
“Pastikan ragi betul-betul elok. Penyimpanan ragi cara tidak betul akan mnyebabkan tapai tak jadi. Ni pun bukan reti nak bungkus guna dedaun tu, nasib baik cik abe terrerrr sebab pernah tolong arwah maknya bungkus tapai setibanya Syawal tiap-tiap tahun.
“Bila balik raya 2,3 hari sebelum 1 Syawal, mesti terserempak dengan arwah tengah buat tapai. Dari situlah cuba-cuba kecek kiro ambik ilmu. Alhamdulillah, tak ingar dah berapa kali repeat buat tapai. Sebab anak-anak dan suami suka makan, saya pun suka.
“Saya pun belajar dari cik abe cara bungkusan tu. Kalau tak ada seni memang tak kemas.
1kg beras pulut
1/2 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu, tapi yang ni saya tak jemur pon. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna alu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
bekas dadih/daun getah/daun pisang.
Cara-cara:
1-Basuh beras pulut bersih2 dan rendam min 2jam..
2-Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min..
3-Siramkan pulut yang telah dikukus dgn 3cawan air, sambil kaup balik.. (sy xalihkan pulut kedalam bekas, sy siramkan air trus dr pngukus)
4-Kukus semula pulut tadi dalam 10min/sehingga naik wap..
-tutup api dan alihkan pulut yg telah masak kedalam dulang besar utk disejukkan. (Ratakan pulut td, supaya cpt sejuk)
5-Biarkan pulut betul2 sejuk..
6-Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi keatas pulut, balik2kan pulut td, ayak ragi keatas pulut skli lg.. (agak2 ragi rata pd pulut)
7-Sudukan pulut td kedalam bekas dadih/daun getah.
8-Susunkan kedalam bekas sesuai. (sy letak dlm besen)
9-Balut besen tersebut dgn Kain..
10-Simpan ditempat yg gelap slma 2hari..
11-Selepas 2hari, baru tgk tapai tu ye..
Ekstra info :
Pastikan betul betul pulut yang dikukus betul-betul sejuk. InsyaAllah, menjadi tapai manis dan berair.
Menjadi kebiasaan bila kita membeli kediaman sama ada rumah baharu daripada pemaju mahu pun rumah sub sale, tentu ada sahaja yang ingin diubah suai mengikut citarasa dan rekaan sendiri. Maklumlah rumah yang dibeli ingin dijadikan sebagai kediaman impian yang selesa dan indah untuk dihuni bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, dalam ada yang teruja melakukan pengubahsuaian rumah, lebih baik baca dan fahamkan terlebih dahulu mana satu yang boleh dan mana pula yang dilarang dilakukan untuk mengelak menanggung kerugian di kemudian hari.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect untuk dijadikan rujukan sebelum kerja-kerja renovate dilakukan.
BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?
1. Tiada permit.
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.
Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.
2. Tambah floor area tanpa kelulusan PBT
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.
Nak renovate tambah floor area ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.
Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.
Gambar sekadar hiasan
3. Tak bincang dengan jiran
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.
Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran. Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.
4. Renovate sampai line pagar depan.
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga
6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.
5. Renovate LUAR dari pagar depan!
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.
Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.
6. Submit pelan lulus lain, buat di site lain!
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.
To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Momen paling indah buat ibu bapa adalah melihat anak membesar di depan mata. Biar apa jua karenah dan perangai si anak, namun hati rasa gembira dan bersyukur dengan anugerah terindah dari Yang Maha Esa.
Namun, apabila anak-anak sudah besar pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila si anak tinggal berjauhan. Sunyi dan sepi di rumah yang dahulunya riuh dengan gelak tawa.
Demikian luahan hati seorang ibu ini cukup menyentuh hati. Kisah ini dimuat naik oleh seorang pengguna twitter @LNH_15 dengan meletakkan status Instagram Stories milik ibunya. Cukup terharu dan sebak tatkala membaca bait-bait kata-kata ibunya.
PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK2
Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka…… kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.
Gambar hiasan
Pagi esoknya… seorang akan bertanya emak. “Mak… mana pensil saya.”. Kemudian sorang lagi brtanya… ” bedak mana makkk?” Sorang pulak akan tanya…” anak tudung saya mana mak?. Mak segera lupakan jeritan semalam… “Tu laaa… lain kali jangan sepah barang2.”
Gambar hiasan
Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2…😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun… sikit jer bajunya.
Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mak boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi… mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.
Gambar hiasan
Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA… kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni. Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit… suruh anakanak2 buka atau tutup. Kamu semua dah ada dunia sendiri. Dan mak/abah sentiasa memohon… YA ALLAHHH…peliharalah anak2 ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.
Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari…
Dedicated to all parents… Kehidupan kita sekarang…untuk kawan2 yang seangkatan dan seusia.😥
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.