Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke World #QuranHour 2024 yang berlangsung di Masjid Negara di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.45 pagi diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Penasihat Kumpulan Media Karangkraf yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamudin Yaacub.
Edisi kali kesembilan itu dihadiri kira-kira 4,000 jemaah, mengangkat surah Al-Jumu’ah sebagai surah utama. Program ini bersiaran secara langsung di lima stesen televisyen utama selain media sosial selama sejam bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 1 tengah hari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusof, panduan daripada Surah Al-Jumu’ah adalah model bagi membina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat dan jitu.
“Kita hendak masyarakat di seluruh dunia berubah dengan al-Quran. Golongan ulama dan pemimpin diharapkan bergabung untuk membimbing ummah. Ummah #GrandReset mensasarkan tiga golongan iaitu Ulama, Umara’ dan Ummah untuk melakukan transformasi sosial sebagai formula menuju kemenangan akhir zaman.”
Barisan Panji Surah Al-Jumuah pada world #QuranHour terdiri daripada Qari Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Asem Othman Abdul Karim, dan Ustaz Ahmad Tarmizi.
Perkongsian tadabbur disampaikan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail dan Pengarah Pusat Tadabbur Ustaz Syaari Abdul Rahman, manakala Pesan Tokoh dibawakan oleh Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim dan bacaan doa penutup oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Hosni.
Sementara itu, bacaan ikrar al-Quran diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Munqiz Mohd Subki.
Turut hadir Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Asli Abd Halim dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Kisah Inspirasi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my