Raih Hasil Seberat 5 KG, Agong & Raja Permaisuri Rupanya Ada Bakat Terpendam Memancing Ikan!

Share

Menjadi satu kepuasan bila turun memancing, akan peroleh hasil ikan tak kira jenis apa  mahupun berat. Siapa sangka, sebenarnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam aktiviti ini.

Perkara itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.

Turut berangkat bersama, paduka anakanda Seri Paduka Baginda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Dalam hantaran berkenaan, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda berjaya mendapatkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak.

“Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Seri Paduka Baginda juga berkenaan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing yang berada di kolam tersebut.

Seterusnya, Seri Paduka Baginda berdua berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung.

Sumber: Facebook Istana Negara