Menjadi satu kepuasan bila turun memancing, akan peroleh hasil ikan tak kira jenis apa mahupun berat. Siapa sangka, sebenarnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam aktiviti ini.
Perkara itu dikongsikan di laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.
Turut berangkat bersama, paduka anakanda Seri Paduka Baginda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Dalam hantaran berkenaan, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda berjaya mendapatkan seekor ikan Siakap Merah dan Jenahak.
Ads
“Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga berkenaan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing yang berada di kolam tersebut.
Ads
Seterusnya, Seri Paduka Baginda berdua berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung.
Tugas seorang guru sebenar amat mencabar, terutamanya bagi murid yang baru melangkah ke darjah satu.
Tentunya ada pelbagai gelagat yang dilalui oleh guru, Mohd Fadli Salleh apabila menguruskan anak-anak ini.
Begitulah yang dilalui seorang guru yang terkejut apabila mendapati seorang murid membawa banyak duit syiling ke sekolah.
Menurutnya lagi pernah berlaku ada murid membawa wang sehingga RM2500 ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Murid darjah satu
“Cikgu! Cikgu! Ada budak tu bawa duit banyakkkk”.
Terus aku ke meja budak yang dimaksudkan. Rileks berpeluh tubuh je dia tunjuk duit satu bekas tanpa rasa bersalah. Kawan-kawan pakat keliling kagum belaka.
“Ni duit saya. Saya nak beli kat kedai buku jap lagi,” jawabnya megah. Sedikit pun tak ada rasa bersalah.
Adeh. Dia buat perangai dahhhh. Hari tu dah taklimatkan tak boleh bawa duit tabung, tak boleh bawa duit banyak-banyak.
Agaknya dia ke tandas masa tu or dok ralit buat benda lain.
Ni bila seorang je mula, kalau aku tak cegah esok confirm budak lain akan tiru juga.
So, terus aku cegah semua murid dengan nada tegas tadi. Kalau tak, sahih ada buka beg mak dia rembat duit bawa ke sekolah, yang bawa tabung, bawa kad bank bagai.
Budak. Nak harap apa dari depa?
Pernah berlaku sebelum ni budak tahun 1 bawa duit kutu mak dia. Mak dia mak kutu, dia rembat duit kutu mak dia RM2500 bawa ke sekolah. Lepas tu bagi kat kawan-kawan. Meraung mak dia wei.
Yang bawa anak kucing pun adaaaa. Letak dalam beg. Tunjuk dan bangga dengan kawan-kawan. Mengiau kucing dalam beg mujur tak mti ja.
Ini tahun 1 maaaa. Macam-macam tragedi lagi bakal berlaku sebelum mereka benar-benar faham tentang alam persekolahan dan segala macam peraturan.
Korang kecik-kecik dulu pun boleh tahan nakalnya. Cuma korang tak ingat ja.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Adam Corrie memaklumkan dia pernah ditegur kerana makan menggunakan chopstik walaupun selepas memeluk agama Islam.
Justeru, bapa kepada seorang cahaya mata ini meminta orang ramai hormat dengan budaya pelbagai kaum Di negara ini. Hal tersebut dikongsikan menerusi laman Instagramnya.
“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya.
“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah.
Jelasnya lagi, kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan oleh orang Cina.
“Bukan sebab gelojoh.Bezakan antara budaya dan agama. Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan.
“Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai ‘chopstick’ lah, budaya bangsa sendiri,” jelas Adam dengan panjang lebar.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...