Selalu kalau beli barang kat pasar raya, mereka akan ikat barang kita tu guna cable tie untuk tujuan keselamatan dan elak dari perkara yang tak diingini.
Bila balik rumah, nak buka cable tie benda first yang kita cari semestinya gunting atau pisau. Betul tak? Mana tidaknya, nak buka benda tu bukannya senang! Kena ada alat bantuan juga baru senang. Kalau tak ada, pishang dibuatnya!
Tapi… Rupanya selama ni kita tertipu! Sebenarnya ada cara mudah nak buka cable tie tu tau tanpa guna sebarang objek tajam pun.
Melalui perkongsian di aplikasi Tiktok, pemilik akaun @Sallywong menunjukkan cara mudah untuk membuka ikatan cable tie tersebut tanpa menggunakan sebarang alat!
Menerusi video yang berdurasi 34 saat itu, ada satu bahagian timbul dan cara untuk buka ikatan hanya perlu menekan yang menonjol itu menggunakan kuku dan menolak keluar tali cable tie sampailah ikatan itu terlerai. Mudah kan?
Video yang dikongsi itu mendapat perhatian warga maya sehingga mencecah 2.4 juta penonton, malah rata-rata mengakui itu pertama kali mereka tahu cara mudah untuk membuka cable tie.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Ads
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika dilaman rumah ada menanam pokok cili dan tidak lebat buahnya, baiklah diusahakan dengan hasilkan booster penggalak buah yang boleh dibuat sendiri dengan mudah.
Lihat sahaja perkongsian daripada Malmisa Swak Lis Lis ini, ternyata pokok cili yang ditanam berbuah lebat.
Cemburu juga dibuatnya jika hendak dibandingkan pokok cili kita yang ditanam di laman rumah. Terlalu sedikit buahnya.
Jadi, usah tunggu lagi jom kita pelajari cara hasilkan booster untuk tanaman.
AJINOMOTO BOOSTER UNTUK POKOK
saya nak share BOOSTER baja untuk tanaman, saya sendiri dah cuba. Ingat kita je ke kena ada booster, pokok pun perlukan juga.
Ajinomoto kaya dengan MSG antaranya ialah:
1. Menyuburkan pokok yang susah berbunga dan berbuah.
2. Daun sayur pulak, akan membesar 2x ganda dari size asal.
3. Pertumbuhan akan naik lebih cepat.
Cara Bancuhan:
1. 1 sudu Ajinomoto (15g) campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi.
2. Lepastu peram semalaman.
3. Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit-sikit je. Penting tanah.
Ekstra info : Siram sekali seminggu je. Jangan over siram hari-hari nanti pokok mati jangan salahkan kita tau.
Sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga.
Nanti lepas 1minggu baru booster buat kerja, kalau menjadi jangan lupa update sini ya.
Perlaksanaan PdPR kini juga dianggap sebagai sebahagian tanggungjawab ibu ayah dalam mengawasi anak-anak supaya fokus semasa belajar secara online.
Apa yang pasti, kemahiran PdPR bukan terletak dibahu guru-guru dan anak murid, bahkan kejayaan perlaksanaan PdPR nampaknya banyak bergantung kepada gandingan mantap guru dan ibu bapa. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Atas sebab itu juga, alangkah bagusnya kita sebagai ibu ayah mempersiapkan diri dengan ilmu internet contohnya berkaitan Google Classroom bagi membantu anak-anak kita dalam pembelajarannya.
Memahami secara ringkas tentang itu, perkongsian daripada Cikgu Hisyam ini boleh dijadikan panduan.
“Cikgu, macam mana nak hantar hasil kerja anak saya ni dalam Google Classroom”.
Sebelum rakan- rakan guru diserang bertubi- tubi dengan pertanyaan yang sama. Boleh gunakan manual ringkas yang saya sediakan ini. Manual ini saya sediakan bertumpu pada penggunaan Google Classroom pada peranti telefon pintar memandangkan banyak tutorial hanya bertumpu pada Google Classroom melalui pelayar web di komputer.
Versi pdf yang boleh dimuat turun boleh lihat pada pautan yang disediakan di ruang komen.
Selamat Berjuang Cikgu !
Langkah 1 :
Langkah 2 :
Langkah 3 :
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 8
Langkah 9
Kalau nak lampirkan lebih daripada satu gambar atau fail, klik semula butang ‘add attachment’
Semoga perkongsian ilmu berkenaan google classroom daripada cikgu Hisyam ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada ibu ayah dalam membantu anak-anak menghantar tugasan yang diberi kepada guru-guru.
Sumber : Hisyam Shamsudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarlah doa ibu bapa itu mustajab! Baru-baru ini tular satu rakaman oleh seorang guru yang menunjukkan seorang bapa sedang menghantar anaknya di hadapan pagar sekolah.
Perlakuan si ayah yang menadah tangan berdoa sebelum beredar menaiki sebuah motosikal benar-benar menyentuh hati sehingga ada yang menitiskan air mata.
Tak kurang yang menganggap anak kepada lelaki tersebut amat bertuah kerana memiliki seorang bapa yang penyayang. Pelajar bertuah tersebut adalah Nurul Aisyah, anak bongsu kepada Bakri Md Noor, 53.
Pelajar tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu bagaimana pun tidak menyangka perlakuan si ayah mendapat respond sedemikian oleh netizen.
” Sejak kecil lagi saya sudah terbiasa dengan amalan tersebut yang turut menjadi ikutan lima adik-beradik saya beradik yang lain. Abah memang buat macam dengan kami adik-beradik dari arwah mak ada lagi. Satu keluarga kami memang macam tu.
“Masa mak ada lagi, masa abah nak pergi kerja kami akan lambai abah dari rumah. Mak akan baca doa semoga perjalanan abah selamat. Jadi ia dah jadi ‘habit’ sebab mak dah selalu tunjuk, jadi kami pun ikut sekali.
Menurut, Nurul Aisyah atau lebih mesra disapa Aisyah berkata dia amat terharu dengan tindakan bapanya.
“Macam biasa saya akan salam abah kemudian cium pipi abah sebelum masuk sekolah. Saya tau abah doakan saya tapi bila tengok video tu, saya rasa terharu.
“Dalam hati kecil saya kata Alhamdulillah bertuahnya dapat bapa macam abah sebab jarang kita tengok bapa orang lain buat macam tu,” katanya.
Aisyah tidak menolak selain pentingnya usaha, doa ibu dan bapanya menjadikan mereka lima beradik cemerlang dalam pelajaran masing-masing.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, kakak sulung dan abangnya bekerja sebagai jurutera manakala kakak keempatnya menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan awam.
“Walapun saya tak tahu apa yang ibu dan abah doakan untuk kami tapi saya tahu mereka mahukan semua anak mereka berjaya.
“Abah dulu jurutera. Alhamdulillah kakak pun bekerja sebagai jurutera di Shah Alam manakala abang jurutera di sebuah syarikat di Pulau Pinang.
“Kakak ketiga saya suri rumah. Kakak keempat saya masih belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh dalam jurusan kejuruteraan awam.
“Insya-allah saya juga akan mengikut jejak langkah kakak-kakak dan abang saya tapi saya lebih berminat dengan komputer dan teknologi,” kata pelajar aliran sains itu.
Aisyah berkata bapanya pernah bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang sebelum mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga ibunya, Sabariah Ariffin yang menghidap kanser paru-paru pada 2014.
“Dulu abah engineer tapi dia sanggup berhenti kerja sebab nak jaga mak.
“Mak dikesan kanser tahap 4 hujung tahun 2014. Jadi abah jaga mak sampailah mak meninggal pada 29 November 2016,” katanya.
Selepas pemergian ibunya, Aisyah berkata bapanya membuat keputusan untuk tidak lagi bekerja dan berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan demi memberi tumpuan kepada dirinya yang masih bersekolah.
“Saya anak bongsu jadi memang rapat dengan mak. Sebelum mak meninggal, mak ada pesan dekat abah supaya jaga saya sampai habis sekolah.
“Abah tunaikan janji mak. Abahlah yang hantar dan ambil saya balik sekolah naik moto. Dia juga akan masak untuk Aisyah.
“Sekarang abah jual nasi lemak. Kalau ada orang order dia akan buatkan. Abah belajar dari arwah mak sebab dulu mak pun berniaga nasi lemak,” katanya yang tinggal bersama bapa dan abangnya di Juru, Pulau Pinang.
Memandangkan Aisyah akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) November ini, dia berazam untuk memperoleh keputusan cemerlang bagi membalas jasa bapanya.
“Saya pernah janji dengan arwah mak nak berjaya. Nak bawa mak jalan-jalan tapi tak sempat. Kalau nak patah balik masa memang tak dapat, jadi inilah peluang saya nak balas jasa abah.
“Bila tengok video viral ramai komen baik-baik. Alhamdulillah mereka doakan saya tapi pada masa sama saya rasa tertekan sebab takut kalau tak dapat result elok.
“Sampai saya terfikir. Ya Allah kalau tak dapat result elok macam mana nak balas jasa abah. Jadi saya akan cuba buat yang terbaik demi abah,” katanya yang menyasarkan untuk mendapat 6A, 3B dalam SPM nanti.
Sementara itu, Aisyah turut menasihati rakan seusianya supaya menghormati dan menghargai ibu bapa masing-masing.
“Saya harap sangat anak-anak muda hargai ibu bapa anda sementara mereka masih ada. Bila dah jadi macam saya baru nak rindu mak. Saya pun tak sangka akan kehilangan mak pada usia yang muda.
“Tak sempat nak tunjuk result PT3 kepada mak. Tak sempat nak bermanja lebih lama lagi dengan mak.
“Hargailah mereka kerana kita tak tahu sampai bila mereka akan bersama dengan kita. Allah boleh tarik nikmat kasih sayang tu bila-bila masa tanpa petunjuk atau amaran,” katanya sebak.
Kredit: mStar Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir termasuklah berkaitan dengan penyakit ghaib atau lebih dikenali sebagai penyakit ain.