Rai Merdeka, Keluarga Ni Tanak 18kg Pulut & Siapkan Pulut Berhias Jalur Gemilang!

Share

Meraikan sambutan Hari Kebangsaan tentunya kita semua ada cara yang tersendiri. Apatah lagi sekiranya seseorang itu berkongsi tarikh yang sama dengan Hari Lahirnya, pasti berganda keistimewaan yang dirasa.

Berkongsi kisah tentang anak merdeka, Rafiqa Rizqin binti Roslan punya kisah menarik tentang kek berhias yang dibuat oleh ibunya.

Ini perkongsiannya.

Saya anak merdeka, lahir pada 31/08/1990. Jadi semangat kemerdekaan tu lagi bertambah-tambah untuk meraikan sambutan kemerdekaan dan tahun ini sambutannya cukup istimewa!

Ibu saya iaitu puan Rosmawati Nakim, 57, buatkan kek pulut berhias. 18kg beras pulut digunakan untuk menghasilkan pulut hiasan berbentuk jalur gemilang ini.

Mahukan keunikan

Idea timbul apabila ayah saya, merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR berbincang dengan AJK lain untuk membuat majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di tempat Pasar Malam Jalan TAR.

Dan kebetulan kami mahukan keunikan selain dari menggunakan kek, kami mencadangkan pulut berhias ini.

7 Jam Lamanya

Masak beras pulut bermula dari jam 2 petang seterusnya proses membentuk pulut jalur gemilang dan tamat dalam jam 9.15 malam.

Tujuannya adalah untuk memberi keunikan serta kelainan dari yang lain pada Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Pasar Malam Jalan TAR kami.

Rosmawati Nakim puas hati dengan hasil kerja tangannya.

Mak seorang sahaja yang membentuk pulut jalur gemilang tersebut, kami hanya membantu dari segi penyediaan memasak beras pulut tersebut.

Kami bersatu bersama-sama bagi memastikan tiada cacat cela dalam segala aspek membentuk pulut berhias jalur gemilang ini.

Dari sini terpupuk semangat kemerdekaan yang ada dalam diri untuk bersama-sama menyambut hari kemerdekaan.

Agihan Percuma
Kek ni akan diberi makan secara percuma pada para peniaga dan pengunjung nanti. Acara rasmi diadakan di hadapan Semua House dan acara bermula pada jam 5 petang, dan akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB DATUK DR. SHAHRUDDIN BIN MD SALLEH.

Sumber : Rafiqa Rizqin Roslan