Pemenang kategori Lawak Viral Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) iaitu Syahmi Sazli, Hasif dan Yoey Parey meraikan kejayaan mereka bersama peminat di Kelantan.
Menerusi hantaran video di TikTok, trio tersebut meraikan kejayaan mereka dengan memberikan barangan dan keperluan dapur kepada peminat yang datang di kedai milik Syahmi.
“Hari ini meraikan kemenangan bersama mereka yang datang ke kedai saya sambil berbagi sedikit barangan dapur. Terima kasih semua!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video berkenaan juga, dapat dilihat peminat tidak melepaskan peluang unuk bergambar bersama Syahmi, Hasif dan Yoey sambil memegang trofi yang dimenangi.
Menjengah di ruangan lom, rata-rata wargamaya menyampaikan ucapan tahniah kepada trio berkenaan serta terus mendoakan kejayaan mereka.
Ads
Sementara itu, Syahmi, Hasif dan Yeoy yang ditemui pada sidang media ABPBH 35 di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jumaat lalu, meluahkan rasa syukur dengan kemenangan tersebut.
Ads
Jelas Syahmi, mereka akan terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak konten untuk menghiburkan peminat.
Saya sangat bersyukur dengan kejayaan ini, Alhamdulillah undian berpihak kepada kami bertiga.
Ads
Walaupun melihat calon-calon lain juga sangat hebat dan mereka begitu aktif menghasilkan konten. Kami macam berehat sekejap sebelum ini sebab masing-masing agak sibuk dengan perniagaan.
Untuk perancangan seterusnya, kami memang sudah plan untuk buat semula drama-drama pendek di TikTok, Youtube. Akan aktif semula buat konten macam dulu.
Sumber: TikTok, Oh Bulan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perjalanan membesarkan anak-anak kita sememangnya cukup panjang. Sejak anak lahir, amanah dan tanggungjawab itu sebenarnya sudah bermula hingga anak-anak besar. Terlalu lama.
Disebabkan tempoh yang terlampau lama itulah kita jangan menjadikan perjalanan menjadi ibubapa ini sebagai perlumbaan buat anak-anak kita. Tak perlu memaksa tetapi nikmati sebaiknya perjalanan indah ini.
Itulah yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi facebooknya.
Dengan anak yang lebih tua, jadi senang nak rasa marah. Ada tu sampai rasa meluat tengok muka anak. Serius, ini memang ada.
Bukan salah anak, tapi selalunya salah kita juga. Waktu kita paling jahil sekali adalah waktu mula-mula jadi mak ayah, masa tu baru pertama kali merasa ada anak.
Waktu ni ilmu pun tak ada, pengalaman pun tak ada, main taram je besarkan anak. Kadang tingkah laku yang anak sulung & kedua tunjuk pada hari ini adalah hasil dari tingkah laku jahil kita waktu dulu.
Sebab tu ada yang rasa meluat & jelik tengok perangai anak sendiri bila mereka dah besar.
Yang dulu baik sekarang dah lain, yang dulu ikut je arahan sekarang dah melawan, yang dulu mudah tak banyak perangai sekarang melampau perangainya, banyak lagi la.
Makin besar, makin terserlah tingkahlaku yang banyak trigger kita. Nak buat macam mana? Saya selalu kongsikan 2 ayat ni jika nak capai ketenangan.
Childhood is a marathon, not race. Parenting is about gratitude, not result.
Enjoy & hargai parenting journey kerana journey ni panjang, sampai mati.
Dalam parenting, nak tenang fokus pada syukur dengan apa pun anak kita. Fokus pada result memang banyak la tak syukurnya. Bila tak syukur, mana mungkin datang tenangnya.
Anak sulung ini umpama cinta pertama ibu dan ayah, malah kalau dia juga merupakan cucu pertama, nenek dan atuk juga akan menyayangi seperti baru mula bercinta.
Tetapi semua akan berubah apabila kehadiran adik-adik. Ramai yang tidak ambil pusing perasaan anak sulung kerana merasakan mereka sudah besar dan pandai menjaga diri.
Ketahuilah, disebalik sikap mengalah anak sulung ada yang mereka sembunyikan seperti :
Anak sulung nak sangat merasa disayangi, dipeluk dan dicium seperti mana yang kita lakukan pada adik bongsu dia
Anak sulung nak sangat diberitahu dan diucapkan “Ibu sayang kamu” walaupun umur dia sudah meningkat dewasa
Anak sulung juga nak sangat kita bangga dengan pencapaian dia walaupun ianya kecil dan remeh di mata manusia yang lainnya
Anak sulung juga sangat perlukan kita menatap mata dia dengan penuh kasih sayang seperti mana kita tatap dia sewaktu pertama kali kita melahirkannya
Anak sulung juga sangat nak merasa kita gembira dengan kehadiran dia sepertimana kita gembira suatu ketika dahulu dengan kelahiran cahaya mata pertama kita
Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya menjaga kesemua adik beradiknya
Anak sulung nak sangat merasa kasih sayang kita kepada adik adiknya yang lain tidak mengurangi kasih sayang kita kepada dia.
Kehidupan ini sesingkat subuh. Usia dan ajal juga begitu rapuh. Tak kira di mana dan saat ketikanya Allah mahu mengambilnya, maka kembali ke pangkuan Sang Pencipta dengan tiada siapa mampu menghentikannya walau sesaat. Kenyataan ini sudah begitu lazim kita ketahui, namun bila saat ia benar-benar berlaku dalam keluarga sendiri, terasa kenyataan ini begitu mengejutkan malah berat dan sedih untuk dilalui.
Ini sepertimana memetik laporan daripada Sinar Harian bila mana hasrat seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A baru-baru ini untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan tidak kesampaian selepas meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu.
Bercerita mengenai Allahyarham, ibunya, Norhaswati Nawawi, 44, berkata, pada Rabu, Nadrah Wajihah mengalami demam yang pada awalnya disyaki denggi namun selepas pemeriksaan kesihatan dibuat hanyalah demam biasa.
Katanya, bagaimanapun pada Sabtu, anak sulung daripada empat orang adik beradik itu tiba-tiba tidak sedarkan diri kira-kira jam 3.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 4.45 petang.
“Pemergian Nadrah sangat mengejutkan buat kami sekeluarga kerana dia memang tak ada sejarah apa-apa penyakit sebelum ini, tiba-tiba sahaja dia rebah dan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Kami reda dengan pemergiannya kerana semua ini ketentuan ALLAH. Kami sayangkan Nadrah tetapi ALLAH lebih sayangkan dia dan ALLAH telah pinjamkan dia kepada kami selama 18 tahun,” katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pada Isnin.
Bahagia Bertukar Duka
Norhaswati berkata, Nadrah Wajihah pada Khamis mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di University of Cyberjaya melalui Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menurutnya, pada Jumaat pula, Allahyarham mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat Asasi Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Norhaswati yang merupakan seorang guru berkata, dua berita gembira itu bagaimanapun berakhir dengan kesedihan apabila Nadrah Wajihah dijemput Ilahi pada Sabtu.
“Memang Nadrah bercita-cita nak jadi doktor hafizah selepas dia berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran pada bulan Ogos tahun lalu. Walaupun tak kesempaian nak menyambung pengajian, saya percaya dia sebenarnya sudah berjaya mencapai cita-citanya.
“Dia anak yang sangat baik dan tak pernah meminta-minta daripada kami. Pemergiannya sangat dirasai bukan sahaja keluarga tetapi rakan-rakan dan guru-guru yang pernah mengajarnya,” katanya.
Pasangan Kembar Reda
Sementara itu, kembar Allahyarham, Sarah Wajihah Hamadi, 18, berkata, pemergian kakaknya itu amat dirasai tetapi dia tetap reda dengan apa yang berlaku.
Menurutnya, sejak dari kecil mereka tidak pernah berpisah malah pemergian Allahyarham pada Sabtu merupakan perpisahan pertama dan terakhir buatnya.
“Allahyarham seorang yang tak lokek ilmu dan selalu beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan. Mungkin itu antara rahsia kejayaan dia. Dia juga tak banyak cakap dan bercakap bila perlu sahaja selain sangat disenangi semua orang.
“Allahyarham juga rajin baca Surah As-Sajadah. Kami selalu berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan. Kadang-kadang kami berkongsi minat yang sama,” katanya.
Sarah Wajihah berhasrat menyambung cita-cita kakaknya dalam bidang perubatan walaupun telah menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Perbankan Islam di sebuah universiti di Jordan.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...