Jika kejayaan seorang anak diraikan dengan kehadiran ibu bapa dengan pelukkan, ciuman dan ucapan tahniah, namun sebaliknya bagi anak muda ini yang bakal bergelar doktor gigi ini.
Pemergiaan kedua ibu bapanya bukan alasan untuknya berhenti mengapai cita-cita, namun tetap menjadikan dirinya cakna untuk berjaya. Baru-baru ini, perkongsian anak muda ini yang dilaman facebooknya Amir Rusydi telah mencuri tumpuan ramai apabila meraikan kejayaannyanya menamatkan pengajian Ijazah Pergigian di Jordan university of science and technology dengan bergambar bersama foto arwah ibu bapanya.
Bagi melihat perkongsiannya pastinya mengalir air mata, namun kehidupan mesti diteruskan. Anak muda ini, menjadikan arwah ibu bapanya pembakar semangatnya untuk berjaya dalam hidup sekali gus menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya biarpun sudah tiada di dunia.
Sungguh inspirasi perkongsian doktor gigi ini.
Hari ini, tepat 10 tahun yang lepas (19/6/2009) nikmat untuk memiliki seorang ayah di dunia telah ditarik. Hilang separuh dari kekuatan hidup. Demi seorang mak yang nak melihat anak – anak berjaya, perjalanan mesti diteruskan.
Alhamdulillah, berjaya dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Tapi tak sangka Allah ambik nyawa mak seawal itu, (13/12/2013), 10 hari selepas habis peperiksaan SPM. Walaupun dah bertahun – tahun kehilangan, tapi masih berharap semua yang terjadi ni suatu mimpi.
Plan asal nak pergi ambik keputusan SPM dengan mak ayah dah tak tercapai. Tapi waktu tu hanya mampu cemburu tengok orang lain bergambar dengan mak ayah masing – masing. Dan masa tu jugak terfikir, nanti majlis konvokesyen universiti, aku mesti bawak mak ayah sama – sama jugak.
HADIAH UNTUK ARWAH MAK AYAH.
Alhamdulillah, 17/6/19, hari secara rasaminya aku tamat ijazah pergigian, dapat jugak bergambar dengan mak ayah, walaupun sekadar gambar di dalam gambar. Tapi rasa gembira sebab dapat bawak mak dan ayah sama – sama di hari bahagia ni. Hadiah untuk mak ayah.
“Dapat jugak bergambar dengan mak ayah, walaupun sekadar gambar di dalam gambar.”
Aku selalu terbaca di media sosial, anak – anak yang kehilangan ibu bapa akan tercicir dalam pelajaran, akan gagal dalam hidup. Alhamdulillah hari ini seorang anak yatim piatu berjaya buktikan yang tak semua sangkaan dan andaian orang awam ni betul ?
Semoga mak dan ayah sentiasa gembira dan bahagia di alam sana. Semoga setiap kebaikan dan pahala diperoleh sebagai seorang doktor nanti dapat disalurkan kepada mereka di alam sana.
With love,
Your little dentist ❤️ @ Jordan university of science and technology