Terasa bahagianya membaca perkongsian dari seorang anak ini saat meraikan hari jadinya.
Umumnya, bila kita menyambut hari kelahiran pastinya kitalah yang menerima hadiah daripada seseorang.
Namun berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Encik Firdaus Wong ini, di mana dihari jadinya pada 18 Januari lalu, dia memberikan hadiah kepada kedua orang tuanya.
Kenapa dia melakukan itu, jom ketahuinya melalui perkongsiannya ini.
Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?
Breakfast dengan ibu bapa saya yang belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.
Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula?
Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005.
Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.
Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.
Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah dan kebajikan saya walaupun belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.
*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.
Sumber : Firdaus Wong Wai Hung (official)