Terasa bahagianya membaca perkongsian dari seorang anak ini saat meraikan hari jadinya.
Umumnya, bila kita menyambut hari kelahiran pastinya kitalah yang menerima hadiah daripada seseorang.
Namun berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Encik Firdaus Wong ini, di mana dihari jadinya pada 18 Januari lalu, dia memberikan hadiah kepada kedua orang tuanya.
Kenapa dia melakukan itu, jom ketahuinya melalui perkongsiannya ini.
Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?
Ads
Breakfast dengan ibu bapa saya yang belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.
Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula?
Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005.
Ads
Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.
Ads
Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.
Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah dan kebajikan saya walaupun belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.
*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.
Siapa peminat kuih tradisional pasti cukup kenal dengan kuih ini. Mungkin ada yang dah biasa dengan resipi kaswi gula melaka, jom hari ini kita buat resipi kaswi pandan yang sama sedap.
Cara mudah untuk menyediakan sajian kuih tradisional ini dan yang pasti sangat sedap dan cukup lemak manis.
Jom admin kongsikan resipi dari air tangan Mas Cotek KASWI PANDAN LEMAK MANIS.. dia punya gedik tu tak boleh bwk bincang dah….. tak caye tgk hat opah kilaih tu.. pagi td punya cerita ni… udoh nak ptg baru nak bagitau kome… KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN²
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand CARANYA
~sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak
~panaskan kukus
~satukan kesemua bahan
~tapis jika perlu (opah blend je)
~tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
~buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair ~tutup api /keluarkan kuih
~biar betul² sejuk kemudian potong
~hidang bersama kelapa parut putih + garam
~siap SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak mana yang sanggup melihat ibu sendiri menderita kesakitan kan. Namun ketentuanNya tidak siapa boleh menduga. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Bagi Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar tiada yang lebih menyedihkan bila mana insan kesayangannya itu terlantar sakit.
Lebih memilukan, sebelah tangan ibunya, Rasimah Abd Rahman terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.Difahamkan tangan ibu Linda terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Linda menerusi laman instagramnya.
“Just wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite@sashasaidin@tie_sadaliofficial@abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat..
“Kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah ?..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda ?
“Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku???? ..mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia..
“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu ??.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa ?? .. linda syg mak linda sgt2 ? love u mak,” Tulis Linda dikapsyennya beberapa hari yang lalu.
Sebelum ini, Rahimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama akibat gigitan serangga dan menjalani pembedahan bagi membuang kuman.
Bagaimanapun minggu lalu, Rahimah mengadu sakit pada bahagian tangan tersebut sebelum doktor memberitahu jangkitan kuman sudah merebak ke dalam darah.
Selain Linda, adiknya Diana Rafar turut menerusi instagram memberitahu walaupun hanya tangan ibunya yang dipotong, namun ia perlu melalui proses seperti mana menguruskan seorang jenazah.
“Walaupun tangan tapi perasaan ini macam kehilangan orang tersayang, kuatkan kami ya Allah.
“Tangan yang dipotong kena lalu proses mandi, kafan, kebumi juga rupanya… Ya Allah gementar SubhanAllah, sedihnya,” katanya.
Berita tersebut mendapat reaksi dari pengikutnya dan ada yang mendoakan serta mengharapkan penyanyi tersebut terus tabah dan kuat.
norahaslin moga Allah memberi ketabahan & kekuatan pd mak linda & jugak linda❤
noor_carmelita Be strong kak @lindarafar. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak sekeluarga ❤️❤️❤️
manjamia_mjshadow Smoga mak n kak linda bertabah dlm ujian allah yer..perkara yg berlaku x dpt di undurkan semula..mungkin ade hikmah dsblk kejadian..cume redhakan la supaya hati lbh tenang walopun terlalu sedih utk diterima..kim slm pd ibu akak yer.
norema_998yes@lindarafarallahhuakbar serangga ape tu? Moga sembuh and hope kak Linda stay strong
Malah, ada yang berkongsi pengalaman dan situasi yang sama dialami mereka sebelum ini.
sitihajariskhak Sama mcm mak sy,17thn yg lepas,dktr sarankan kaki mak dipotong kedua²nya,kami adik beradik ambik keputusan untk setuju dgn saranan doktor,pdhal mak dh pesan xnk kaki mak dipotong,tpi sbb fikirkan kesihatan mak,kami smua setuju..mak x tahu kaki mak dipotong,lpas oprt mak raba² cari kaki mak?bla mak tahu kaki mak xde,mak tutup mata x nk bukak,dktr kata mungkin mak kecewa?akhirnya mak pegi tgglkn kami smua?? al fatihah untk arwah mak,bibah binti bujang
ariesyafrina Ya Allah…saya lalui benda yg sama dgn kak Linda…bezanya arwah mak saya potong kaki…part paling sedih bila mak sedar dari operation dia cari kaki dia yg sakit tu…saya nangis sedihhh…sampai terduduk atas lantai hospital…saya harap kaklinda sabar dgn ini semua ujian dari Allah
hudafaisal Sy fhm ape akak rase sbb arwah ayah sy mcmtu jgk..aliran drh xcantik sbb fistula dialisis so bile die luka akan lmbt smbuh..jd akan ade infection. So mase die kena potong tu mmg die cm trkejut jgk tp die snyap je..kami sekeluarga mmg buat biase je sbb xnk die rase beza..smua ape yg die xleh buat ktrg buat..mak sy siap upah jahit kain pelikat tuk die sbb senangkan die.. Kita kena jd penguat utk mereka,ibubapa kita.. Penat jaga tp mmg rase brbaloi sgt2..skrg die dah takde br shj mninggal..sntiasa rindu n syg die..akak jaga diri n mak akak k
Perkembangan terbaru, bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah sentiasa dinantikan oleh orang ramai. Sebelum ini dia dilihat semakin sihat dan comel.
Baru-baru ini, ayah kepada si cilik Ainul Mardhiah telah memuat naik gambar terbaru anaknya yang sudah pun berusia hampir 2 tahun dan kelihatan semakin sihat.
Kali ini, kanak-kanak tersebut sudah menunjukkan perkembangan positif apabila mampu bernafas tanpa tong oksigen.
“Dapat off sekejap oksigen ainul dalam 5 ke 10 minit,” demikian tulis Ahmad Saifuddin di ruangan instagramnya.
Bukan itu sahaja, ibunya Nurul Erwani turut memuat naik gambar wajah Ainul yang comel dengan potongan rambut baru. Malah Ainul juga nampak aktif bermain dan ada sahaja gelagat lucunya yang menghiburkan ibu bapanya.
Cuba teka apa perubahan pada saya hari ini🥰. Ini semua kerja mama saya, sebabnya mama saya geram dengan saya😆
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.