Rai Anak 4 Hari 4 Malam Untuk Majlis Berkhatan, Keluarga Ni Berhabis RM856,000!

Share

Bagaikan meraikan acara gilang gemilang. Sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besaran sehingga kelihatan seperti mengadakan acara konsert  bagi meraikan anak yang bakal melangkah ke alam dewasa.

Malah apa yang lebih mengejutkan, majlis ini turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029), lapor portal berita Wolipop.

 

 

Berdasarkan  hantaran tular di laman TikTok, majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.

“Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

 

Wolipop menghubungi individu yang memuat naik hantaran tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai acara itu.

@gitopixel Jadi bagian dari hajatan sultan .. 4 hari 4 malam Di angkringan Teh Ita , support multimedia , Led , Lighting System #adella #angkringantehita #tehita #lalawidy #omadella ♬ Aa Ulah Depo Wae – rhoma irama

Menurut Gito  yang merupakan pemilik Pixel Visualindo, acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

“Daripada maklumat yang saya tahu, kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029),” kata Gito.

Tambahnya,  majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari.

“Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat,” jelasnya.

Tambah Gito, ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.

“Saya berasa seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,” ujar Gito.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi

Sumber : Detik.com & Kosmo

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club